Sunday 22 May 2011

Sambutan Perayaan Hari Guru

Tanggal 16 Mei 2011, warga guru SK Bukit Kenak telah menyambut Perayaan Hari Guru 2011. Tema perayaan pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara . Adalah diharapkan warga guru khususnya terus menjadi tonggak utama dalam menjana pendidikan yang berkualiti kepada anak didiknya.

Perhimpunan pagi hari guru.....

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari guru




Perlawanan Bola Tampar



Kumpulan 1 v/s Kumpulan 2, kumpulan 1 menang


Kumpulan 3 v/s kumpulan 4, kumpulan 4 menang



Kumpulan 5 v/s kumpulan 6, kumpulan 6 menang.





Heroooo...... akhirnya juara.......... KUMPULAN 1

Wednesday 4 May 2011

Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan pada 27 Februari 2011. Majlis ini telah dilancarkan dihadapan lebih 500 orang pelajar SK Bukit Kenak. Penyelaras program iaitu Pn Suhaila bt Abd Ghani merangkap Guru Media telah memberi penerangan mengenai program tersebut. Program NILAM pada kali ini telah dirasmikan oleh Guru Besar En Wan Mohd Zain b Wan Bakar. Majlis telah diserikan lagi dengan upacara memotong kek sebaga tanda perasmian program NILAM. Majlis ini diakhiri dengan acara nyanyian lagu NILAM oleh semua pelajar. AJK Nilam 2011 mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan mengharapkan program ini dapat berjalan dengan jayanya.




Aktiviti PSS seterusnya adalah Lawatan ke Pesta Buku Kuala Terengganu. Lawatan ini telah diadakan pada 10 April 2011. Disertai oleh para pelajar tahun 5 dan 6. Pelajar juga turut dibawa melawat Taman Tamadun Islam.








BOLA SEPAK MSST 2011



Dua murid SK Bukit Kenak telah terpilih mewakili MSS Daerah Besut ke Kejohanan Bola Sepak MSST bawah 12 tahun yang telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2011 di Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu. Murid tersebut Muhammad Aiman Al-Hakim bin Mat Husin dan Nik Amir Hamzah bin Ahmad ialah pelajar tahun enam. Mereka telah membantu kesebelasan pasukan bola sepak MSSDB untuk menggondol tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. TAHNIAH!!