Sunday 25 December 2011

Johan Dikir Arab sempena Mahrajan Bahasa Arab Peringkat Negeri Terengganu 2011

Alhamdulillah hasil usaha dan ketekunan, seramai 20 org musrid SKBK yang menggelarkan diri mereka AMJAD telah berjaya meneruskan kemenangan tradisi dalam pertandingan Dikir Arab Mahrajan Bahasa Aran Sekolah Rendah peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2011. Yang mana bertempat di SK Padang Mengkuang, Marang pada 10 Oktober yang lalu. Kumpulan ini di bawah bimbingan Cik Yusni binti Ab. Llah yang mana di bantu oleh rakan-rakan guru yang lain. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi minat murid-murid untuk menguasai bahasa Arab di sekolah. Jutaan Terima Kasih juga kepada pihak Pentadbiran Sekolah terutama Guru Besar yang memberikan sokongan moral dan kepercayaan.

Tuesday 6 December 2011

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan PK HEM Hajah Pn Wan Kuntom bt Wan Abdullah

18 November 2011.Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak mengadakan Majlis Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan PK HEM Hajah Puan Wan Kuntom bt Wan Abdullah.Jamuan ini diadakan di Restoran Fatirah Nyior Tujuh..Semua guru-guru dan kakitangan sekolah turut hadir dan meriahkan majlis tersebut.Turut hadir majlis ini bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak Pn Noraini bt Ismail.Ini hari terakhir guru-guru bekerja.Selamat bercuti kepada guru-guru SKBK.
Antara makanan pada majlis tersebut
                                                           jamuan akhir tahun skbk 2011






Monday 5 December 2011

Hari Terakhir Hajah Puan Wan Kuntom bt Wan Abdullah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak

17 November 2011.Hari Terakhir Hajah Puan Wan Kuntom bt Wan Abdullah di Sekolah Bukit Kenak.Beliau ditukarkan di Sekolah Kebangsaan Sg Lerek Setiu.Beliau dinaikkan pangkat menjadi guru besar di sekolah tersebut.Beliau sempat berkhidmat selama 3 bulan di sekolah ini.Segala jasa dan pengorbanan beliau kami hargai.Kami warga Sekolah Bukit Kenak mengucapkan selamat berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sg Lerek Setiu.
 kenangan Hajah Pn Wan Kuntom bt Wan Abdullah

Sunday 4 December 2011

Hari Penyerahan Wang RM100 kepada murid-murid

16 November 2011 Hari Penyerahan Wang RM100 kepada murid-murid dari darjah 1 hingga darjah 6.
Tepat pukul 11 pagi,kebanyakkan ibu bapa telah hadir untuk menerima wang rm100 setiap seorang murid. 10 orang ibu bapa terpilih menerima wang di pentas kantin sekolah yang disampaikan oleh Dif Kehormat.Ibu bapa penuh kesabaran untuk menerima wang tersebut.Ketika itu cuaca panas terik.Terima kasih yang menghadiri majlis ini.
Ibu bapa mengambil tempat
Dif Kehomat
Salah seorang bapa menerima wang

04 Disember 2011

Admin minta maaf lama tidak update blog atas sebab-sebab tertentu.Pada 14 November 2011,Sekolah Kebangasaan Bukit Kenak telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2011.Majlis diadakan di kantin sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut.Ramai ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 ialah pengerusi En Wan Mohd Zain Wan Bakar,timbalan pengerusi Hj Mohd Faiz bin Awang,naik pengerusi 1 Hjh Wan Kuntom bt Wan Abdullah,dan naik pengerusi 2 Pn Norhayati binti Nasir.Majlis ini diadakan pada pukul 8.15.Aturcara Majlis ialah pukul 8.15 Ibu Bapa mengambil tempat.Pukul 8.30 ketibaan Dif Kehormat dan ucapan oleh Pengerusi Majlis,bacaan doa,persembahan Koir,ucapan Guru Besar Sk Bukit Kenak dan ucapan perasmian oleh Pegawai  Pelajaran Daerah Besut.Selepas itu,persembahan nasyid dan diikuti Penyampaian Hadiah dan Graduasi Pra Sekolah.Seterusnya Penyampaian Hadiah Tahap 1,Tahap 2.Para Ibu Bapa tidak bosan apabila murid PPKI membuat persembahan.Gelagat murid PPKI menghiburkan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.Selepas itu,Penyampaian Hadiah KAFA dan Cemerlang UPKK,Hadiah Kelas PPKI,Hadiah Pemulihan Khas,Hadiah Nilam,Hadiah Khatam Al-Quran,Penyampaian Sijil Graduasi Tahun 6 dan akhir sekali Persembahan Dikir Barat dan Penyampaian Anugerah Khas.Selepas selesai majlis ini,semua tetamu dijamu jamuan ringan dan bersurai.
Persembahan koir
Penyampaian Hadiah Murid Pra Sekolah yang disampaikan oleh Pn Norhayati 
Penyampaian Hadiah bagi murid Tahap 1 yang disampaikan oleh Guru Besar En Wan Mohd Zain
Penyampaian Hadiah bagi murid Tahap 2 yang disampaikan oleh En Wan Mohd Zain
Penyampaian Hadiah KAFA yang disampaikan oleh En Wan Zain



Saturday 3 December 2011