Sunday 25 March 2012

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar 2012 telah melabuhkan tirainya tepat jam 5.00 petang 8 Mc 2012.  Kursus sehari yang diadakan di perkarangan SK Bukit Kenak ini  dianjurkan oleh Unit Kaunseling SKBK. Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta kursus seramai 180 orang   yang  terdiri daripada Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, Pengawas Buku Teks , Persatuan Rakan Sebaya (PRS), Ketua dan Penolong Kelas. .Majlis dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Bukit kenak,  En. Wan Mohd Zain b. Wan Bakar.



Beberapa aktiviti telah diadakan bagi mengisi slot Kursus Kepimpinan Pelajar pada tahun ini seperti Ceramah Kepimpinan yang di sampaikan oleh Setiausaha Kaunselor sekolah, Ustaz Shakir B. Sofian, Ceramah Disiplin  yang di sampaikan oleh Setiausaha Disiplin Sekolah, Tn. Hj. Khairul Zamani b. Abdul Razak dan Ceramah Pusat Sumber yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, En. Ilham Radzie b. Jusoh yang di jemputan dari PKG jerteh.




Bagi mengisi slot terakhir kursus kepimpinan pelajar 2012 ini, peserta di uji dengan kecerdasan dan kepintaran IQ dengan merekacipta sesuatu produk untuk kegunaan harian dari bahan-bahan yang terbuang.  Slot ini berlansung dengan meriahnya di mana pelajar memberikan komitmen dan kerjasama yang cukup erat dalam menghasilkan ciptaan mereka.


Bagi  menghargai jasa semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan kursus sehari ini, penyampaian cenderahati kepada semua guru di sampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Mohd Faiz b. Awang di akhir kursus tersebut.

Sebagai penutup Kursus Kepimpinan Pelajar 2012,  satu majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya  di dalam pertandingan rekacipta yang diadakan. Majlis disampaikan oleh Guru Penolong Kanan HEM, Tn. Hj. Abdul Yazid b. Mohd. Zain.  Majlis di akhiri dengan Perasmian Penutup yang  di rasmikan oleh Ustaz Mohd. Faiz b. Awang, Penolong Kanan 1 SK Bukit Kenak. Dari Admin SKBK, Terima kasih kepada semua guru di atas kejayaan perjalanan kursus sehari, KURSUS PEPIMPINAN PELAJAR 2012.