Friday 31 August 2012

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN GURU

30 Ogos 2012, Serentak dengan sambutan  Majlis Hari Raya Aidilfitri, turut diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Cikgu Roslinda bt Md. Din  ke Sk Bukit Tempurung yang berkuatkuasa 16 Ogos 2012.  Cikgu Roslinda yang berasal dari Melaka telah berkhidmat sebagai guru Matematik di SK Bukit kenak  bermula 8 Jun 2008. Di kesempatan ini ADMIN  mewakili pihak  SKBK mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa-jasa Cikgu Roslinda mendidik anak-anak di SKBK tanpa rasa jemu. JASAMU TETAP DIKENANG SEPANJANG ZAMAN....



Editor: Din/Din/2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

30 Ogos 2012,  Satu Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Majlis sambutan hari raya kali ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan masyarakat setempat yang turut  sama-sama  menyediakan kuih muih di kios yang disediakan oleh pihak sekolah untuk jamuan kepada semua pelajar.  Majlis yang julung kalinya di adakan ini mendapat sambutan yang begitu meriah dari Lapan JKKK yang masing-masing menyediakan juadah mengikut JKKK masing-masing kepada pelajar. Lapan JKKK tersebut terdiri daripada JKKK Bukit Kenak (Juadah Laksa Penang), JKKK Alor Saji (Juadah Mee Kari), JKKK Gerai (Juadah Lemang), JKKK Lay Out Gerai (Juadah Mee Hon goreng dan Keropok), JKKK Pak Wong (Juadah Tapai), JKKK Gong Nangka (Air Cendol), JKKK Gong Lilit (Juadah Akok) dan JKKK Sri Aman (Juadah Pulut Lepa).


Wajah-wajah Hari Raya

Antara 8 JKKK Sekitar SK Bukit Kenak yang sama-sama turut memeriahkan majlis dengan menyediakan juadah di Kios masing-masing.

Majlis Sambuatan Hari Raya kali ini dimulakan dengan Tazkirah Hari Raya yang disampaikan oleh Al-fadil ustaz Mat Rani b. Yaacob. Seterusnya Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu hari raya yang disampaikan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SKBK. Acara kemuncak sambutan hari raya kali ini diteruskan dengan jamuan kuih raya dan juadah hari raya yang disediakan oleh 8 JKKK yang mengambil bahagian kepada semua pelajar.

Persembahan guru dan pelajar.







Wajah-Wajah Ceria Hari Raya

Para pelajar menjamu juadah Hari Raya





Selamat Hari Raya Dari Kami Di SKBK






Editor: Din/Din/2012

Thursday 9 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA KGKT  2012

2 Ogos 2012, Warga Guru dan kakitangan SKBK telah mengadakan majlis berbuka puasa anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SKBK 2012 bertempat di Syam Restauran. Majlis yang begitu meriah telah dihadiri  lebih dari 100 tetamu yang terdiri dari  ahli keluarga masing-masing.




Guru Besar dan Guru-guru sibuk melayan keluarga masing-masing

Admin bersama keluarga turut memeriahkan majlis
 sibuk melayan keluarga masing-masing



Editor : Din/Din/2012