Wednesday 25 July 2012

Kempen  Kibar Jalur Gemilang


17 Julai 2012, Bersempena Kempen Perayaan Bulan Kemerdekaan yang ke-55,  SK Bukit Kenak telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah.  Kempen yang dijalankan serentak di seluruh negara itu, telah berjaya dilancarkan dengan jayanya.  Program dimulakan dengan nyanyian lagu  negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.  Seterusnya ucapan kemerdekaan disampaikan oleh seorang  wakil guru.  Acara kemuncak diteruskan dengan gimik mengebarkan jalung gemilang sambil menyanyikan lagu Patriotik beramai-ramai. Acara tamat sekitar jam 10.00 pagi.


Tuesday 24 July 2012

Program Ambang Ramadhan


17 Julai 2012, Sempena bulan Syaaban, yang menandakan hampirnya kedatangan ramadhan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh rahmat ini maka seharusnya kita saling ingat mengingati tentang Ramadhan itu sendiri.  Maka dikesempatan itu, pihak Kelab Guru  dan Kakitangan (KGKT) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu Program Ceramah Di Ambang Ramadhan yang diadakan di Kantin SK Bukit kenak.  Penceramah Jemputan pada majlis tersebut adalah al-fadhil ustaz Hj. Mohd. Khairudin b. Hj. Salleh, penceramah bebas yang dijemput khas untuk memperkatakan tetang Fadhilat Ramadhan.  Majlis ini dihadiri oleh semua guru,  kakitangan serta semua pelajar SKBK.


Ceramah di sampaikan oleh penceramah jemputan.

Beberapa program dianjurkan sempena Program Ambang Ramadhan ini seperti ceramah, kuiz dan juga pertandingan mewarna bagi pelajar tahap 1.  Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis di tamatkan tepat pukul 1 tengahari.


Bagi mengakhiri majlis tersebut, majlis penyampaian hadiah di adakan untuk pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yazid selaku GPK HEM SKBK.

perkhemahan unit beruniform SKBK tahun 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBK TAHUN 2012


26 April 2012, Unit Kokurikulum SK Bukit Kenak telah berjaya mengadakan satu perkhemahan unit beruniform di Pusat Perhilitan, Bukit Marak Jerteh Terengganu. Perkhemahan ini diketuai oleh YM Ku Hashim b. Tg. Kechik yang bertindak sebagai Kem Komanden sepanjang perkhemahan tersebut.  Perkhemahan Unit Beruniform ini disertai oleh 80 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri dari KRS, Puteri Islam, Pengakap, Tunas Puteri dan St. John Ambulance. Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Pengarah Perhilitan Daerah pada 28 April 2012.



Aktviti Hari pertama dan memasang khemah..


BBQ.. Guru-guru dan pasangannya bersama-sama belajar memeriah lagi makan malam..




Majlis Perasmian oleh Pengarah Perhilitan Daerah Besut
Aktivit malam terakhir..





Thursday 5 July 2012

MAJLIS HARI KELUARGA KGKT SKBK 2012


MAJLIS HARI KELUARGA KGKT SKBK 2012

Pada 23 JUN 2012 hari Sabtu,Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak mengadakan MAJLIS HARI KELUARGA KGKT SKBK 2012 di PELADANG SETIU AGRO RESORT.Majlis ini disertai semua warga SKBK.Aturcara majlis seperti berikut:
               8.00 pagi-Pendaftaran Guru dan Kakitangan
               8.30 pagi-Senamrobik
               9.00 pagi-Aktiviti Telematch
                       -Bowling padang(perempuan & lelaki dewasa)
                       -Tarik tali (lelaki dewasa)
                       -Pancing botol lelaki dan perempuan(10,11&12 tahun)
                       -Rebut kerusi (remaja lelaki dan perempuan)
                       -Pancing ikan kertas(kanak-kanak 7-9 tahun perempuan &lelaki)
                       -Gula-gula dalam tepung(kanak-kanak 5 &6 tahun)
                       -Gula-gula dalam tepung (suami isteri terbuka)
                       -Terompah gergasi (perempuan dewasa)
                       -Pecah belon / baling belon berisi air (suami isteri terbuka)
                       -Isi air dalam botol lelaki dan perempuan (kanak-kanak 7-12 tahun)
                       -Bayi tercomel (2 tahun ke bawah)
               12.30 tengahari-Makan tengahari,solat zohor
               2.00 petang     - Memancing (terbuka) / Berkenu (acara pilihan) /
                                        mewarna kanak-kanak bawah 7 tahun
               3.00 petang     -Majlis penyampaian hadiah
               4.00 petang     -Bersurai


                                                                                       
tarik tali~