Monday 25 February 2013

SAMPAI BILA HARUS BEGINI..

25 FEBRUARI 2013,  Sampai bila harus mengharungi air sebegini lagi!  Itulah yang bermain di fikiran guru  dan pelajar di SK Bukit Kenak kerana terpaksa mengharungi air setiap kali hujan untuk  ke kelas mahupun untuk bergerak di sekitar sekolah. Setiap kali hujan air akan  memenuhi  setiap laluan ke kelas, ke  kantin, bilik guru dan laluan ke pejabat.  Malah pada hari ini,  keadaan hujan yang tidak henti-henti selama 3 hari berturut-turut menyebabkan air melimpah memasuki kelas dan  bilik guru menyebabkan pengajaran dan pembelajaran pelajar banyak terganggu.  Keadaan pelajar yang basah kuyup kerana terpaksa bergerak tanpa laluan khas menyebabkan mereka tidak selesa ketika mengikuti P&P.  Selain itu,  bilik guru yang digelanggi air turut menyebabkan ketidakselesaan untuk guru-guru bergerak dan menyiapkan tugasan.  Bukan itu sahaja, keadaan ini juga menyebabkan banyak peralatan elektrik, elektronik dan komputer  terpaksa dialihkan setiap masa apabila air melimpah masuk ke bilik guru. Perabot-perabot di bilik guru dan kelas juga terpaksa digelanggi air sepanjang hari hujan.


Air memenuhi setiap ruang di sekitar sekolah selepas hujan petang tadi...


Laluan ke kantin dan ke kelas  di tengelami air. Pelajar terpaksa menggunakan titi kayu untuk bergerak..


Menggunakan titi kayu  untuk ke kelas..

Keadaan ini sudah lama berlaku semenjak pembinaan blok-blok baru yang belum siap sepenuhnya sejak 3 tahun lalu. Ini menyebabkan  saluran longkang  tersumbat dan tiada aliran air keluar kerana pembinaan blok sekolah yang masih belum sepenuhnya.  Aliran air ini seterusnya akan memenuhi sekitar sekolah dan memasuki kelas.  Bagi ibubapa juga, menjadi satu kerumitan kerana terpaksa menurun dan mengambil pelajar di depan pintu sekolah, ditengah-tengah hujan lebat menyebabkan anak-anak mereka terpaksa berlari untuk mencari tempat berteduh sebelum ke kelas.


Air memasuki kelas... guru terpaksa menggunakan titi kayu untuk ke kelas..


Bilik guru digelanggi air..



Thursday 21 February 2013

2 ANUGERAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H/2013M PERINGKAT PARLIMEN BESUT

RABU, 20 FEBRUARI 2013. SK Bukit Kenak (SKBK) telah berjaya mengondol dua anugerah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M Peringkat Parlimen Besut yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Besut dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Besut.  Majlis yang disertai hampir 3000 orang dari lebih 100 penyertaan yang terdiri dari seluruh  JKKK, Badan-Badan berkanun, Pejabat-pejabat kerajaan, Kolej pengajian, seluruh sekolah menengah dan sekolah rendah bagi Parlimen Besut.

Bersama 2 Anugurah yang dimenangi... Johan Sepanduk Terbaik Keseluruhan dan Naib Johan Maulidur Rasul
Kategori Sekolah Rendah

Di  majlis sambutan kali ini,  SK Bukit Kenak telah berjaya mengondol dua anugerah iaitu   Johan bagi kategori SEPANDUK TERBAIK KESELURUHAN dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.  Selain itu SKBK juga turut memenangi anugerah Naib Johan PERBARISAN MAULIDUR RASUL KATEGORI SEKOLAH RENDAH dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200.  Kontijen SKBK seramai 25 orang pelajar yang diketuai oleh Adik Mohd. Farid Ariffin b. Abd Azim Tat telah bergerak dari Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Raja ke Mini Stadium Kg. Raja sejauh 4km dengan alunan selawat dan membawa sepanduk yang  berjaya menarik perhatian juri untuk merebut kedua-dua anugerah tersebut.  Persiapan yang agak terlewat iaitu  sehari sebelum majlis bermula oleh guru-guru pengiring yang diketuai oleh Pn. Wan Norezamani bt Mohd. Nor bersama pelajar tidak menjadi penghalang untuk SKBK  memenangi kedua-dua anugerah tersebut.  Syabas buat semua JK Sambutan dan perayaan SKBK..


Sedang membuat persiapan sebelum perbarisan bermula..
 
Bersedia untuk bergerak...






Perarakan bermula...


DIN/din/2013

Tuesday 19 February 2013

MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 DAN CERAMAH MOTIVASI

ISNIN, 18 FEBRUARI 2013,  Sebagai permulaan tahun 2013,  pihak sekolah telah mengadakan temu murni ibubapa/penjaga bagi pelajar tahun 6.  Program ini merupakan program pertama pihak sekolah sebelum meneruskan dengan  beberapa siri lagi  program yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi  pencapaian UPSR  bagi tahun 2013.

Program yang  dipengerusikan oleh En. Nasober b. Ibrahim dimulakan dengan  ucapan selamat datang dan  terima kasih kepada  ibubapa/penjaga  yang memberikan sambutan yang tinggi terhadap program pertama yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada  tahun ini.  Bagi memberkati majlis,  program dimulakan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Mat Rani b. Yacob.  Seterusnya program diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, En. Wan Mohd Zain b. Wan Bakar.  Dalam ucapan tersebut Tuan Guru Besar menyarankan beberapa perancangan oleh pihak sekolah  bagi meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian UPSR pelajar SK Bukit Kenak (SKBK) pada tahun ini. Beliau amat berharap agar ibubapa/penjaga dapat memainkan peranan serta  bersama-sama dengan  pihak sekolah untuk memastikan setiap perancangan itu berjaya.

Ucapan dari guru-guru.
Program diteruskan lagi dengan pembentangan perancangan aktivit UPSR pada tahun 2013 oleh Penyelaras UPSR, En. Khairulzamani b. Abd Razak .Beberapa program telah dirancangkan bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi UPSR pada  tahun ini.  Selesai sahaja  pembentangan perancangan aktivit oleh penyelaras UPSR, Guru-guru subjek pula diberi peluang untuk menyampaikan laporan kemajuan bagi subjek masing-masing kepada ibubapa.  Seterusnya ibubapa/penjaga bersama pelajar dipecahkan kepada kelas anak masing-masing untuk  sesi dialog bersama guru kelas.

Sesi dialog antara guru-guru dan ibubapa
Penamat kepada Program temu murni pada kali ini,  Ibu bapa/penjaga dan pelajar dihidangkan dengan Ceramah Motivasi Ibubapa yang cukup bertenaga oleh Dr. Wan Rozeb b. Wan Salleh dari  Ummi Motivasion Training & Consultant.  Ceramah motivasi yang padat dengan ilmu dan maklumat tersebut telah berjaya  menarik tumpuan ibu bapa untuk bersama-sama pihak sekolah membantu meningkat prestasi anak masing-masing dalam UPSR yang bakal tiba nanti. 

Dr. Wan Rozeb b. Wan Salleh sedang menyampaikan ceramahnya

Program melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 petang. 




DIN/din/2013

Monday 18 February 2013

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2013


SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2013 pada 17 Februari yang lalu melibatkan 57 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini. Majlis tersebut yang bermula seawal 8.30 pagi telah disempurnakan oleh YBhg Inspektor Muhd. Rusdi bin Ruslin dari  Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu. Majlis ini juga dihadiri oleh Wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Tn. Haji Rashid bin Idris.
Majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, Cik Suhaila bt. Abu Bakar dan diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh Adik  Muhammad Farid Ariffin bin Abdul Azim Tat. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.

Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhammad Zain bin Wan Bakar.  Sebelum penyerahan watikah, YBhg Inspektor Muhd. Rusdi bin Ruslin menyampaikan ceramah antaranya mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.

Selesai ceramah beliau , YBhg Inspektor Muhd. Rusdi bin Ruslin telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Pengawas yang dilantik, . Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru dilantik iaitu Adik Muhammad Hazim bin Tarmuzi dari Tahun 6 Jaya.

Dan bagi menghargai kesudian YBhg Inspektor Muhd. Rusdi bin Ruslin untuk hadir menyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pengawas, Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan hadiah cenderahati kepada beliau. Majlis ini diakhiri dengan sessi fotografi Pengawas SKBK bersama guru-guru Badan Pengawas, Pihak Pengurusan Sekolah  serta jemputan yang hadir. Sedikit jamuan mengakhiri majlis pada jam 10.00 pagi.

Badan Pengawas SK Bukit Kenak mengucapkan tahniah kepada semua Pengawas Sekolah yang telah terpilih untuk sesi 2013, serta mengharapkan agar semua Pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.


yus/stpost13

Saturday 16 February 2013

LARIAN CERGAS 2013

KHAMIS, 14 FEBRUARI 2013.  Larian Cergas 2013 bermula lagi.  Sudah menjadi kelaziman bagi guru-guru dan pelajar di SK Bukit Kenak menjadikan Larian Cergas sebagai pembuka tarai acara kokurikulum bagi setiap tahun. Walaupun dengan kekangan masa yang begitu padat pada minggu ini, ianya tidak menjadi halangan bagi  guru-guru untuk menjayakan Larian Cergas pada tahun ini.  Walaupun dengan hanya tiga kali latihan bagi setiap rumah sukan, namun Larian Cergas yang berlangsung pada hari ini begitu meriah.  Beberapa atlek muda dan muka baru telah berjaya dikesan untuk diasah bakat menjadi atlet yang beriwabawa pada masa hadapan.

Senamrobik beramai-ramai sebelum lariah di bawah kelolaan D'Aura fitnes...

Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dimana guru-guru dan pelajar bersama-sama bersenamrobik bagi memanaskan badan sebelum larian bermula.  Senamrobik setengah jam yang ditaja oleh D' Aura Fitnes  telah membakar semangat pelajar untuk memulakan larian pada pagi ini.

Larian Bermula....

Penamat..... Wajah-wajah keletihan dan keriangan.....
Ini Wajah-Wajah  Ceria Guru Kita... SKBK Boleh !!
Larian  Cergas 2013 telah tamat sekitar jam 10.30 pagi  dengan penutupan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Mohd Faiz b. Awang.  Pada Tahun ini Rumah Biru berjaya mengondol Johan keseluruhan bagi acara Larian Cergas.   Tahniah kepada pelajar dan guru-guru rumah Biru. Syabas..


Majlis penyampaian hadiah di akhir larian..



DIN/din/2013

Friday 15 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH/ 2013 MASIHI

KHAMIS, 7 Februari 2013 / 26 Rabiulawal 1434 Hijrah 

             " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "

Begitulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.  Bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Pihak sekolah bersama guru-guru dan pelajar telah mengadakan perarakan yang bermula dari sekolah menyusuri Kampung Bukit Kenak  ke Masjid Al-Falah, Kg Gerai sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.  Setelah tiba di masjid, guru-guru dan pelajar disajikan dengan ceramah bertajuk Persediaan Sebelum Mati yang disampaikan oleh Al-fadhil ustaz  Kamaruddin bin Mohd Shahril  dari Majlis Agama Islam Terenggganu.


Perasmian Sambutan oleh Tuan  Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar


Ceramah Maulidur Rasul Yang Disampaikan Oleh Penceramah Jemputan


Setelah selesai ceramah, pelajar berarak pulang ke sekolah semula untuk mengikuti beberapa aktivi lain yang dipertandingkan.  Antara yang dipertandingkan dalam Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah Selawat dan Perbarisan, Banner Paling Cantik, Hiasan dan Kreativiti yang paling menarik, Keseragaman  antara ahli rumah sukan, pertandingan melukis, mewarna dan pertandingan kuiz. Sambutan di akhiri dengan penyampaian hadiah untuk pemenang bagi kesemua acara yang dipertandingkan.



Kemeriahana Sambutan Maulidur Rasul oleh Guru dan Pelajar


Penuh Warna Warni

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang..


DIN/din/2013