Sunday 21 April 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN (P) DAN NAIB JOHAN (L) KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH

17 APRIL  2013 - Pasukan Bola Baling SK Bukit Kenak telah berjaya merangkul ke dua-dua tempat bagi kejohanan Bola Baling MSS Zon Jerteh yang berlangsung di SK Tanah Merah. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula 17 April 2013 hingga 18 April 2013 telah disertai 9 buah sekolah rendah di Zon Jerteh. Pada kejohanan kali ini, SK Bukit Kenak telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila kedua-dua pasukan yang dihantar iaitu Lelaki 12 tahun dan perempuan 12 tahun telah berjaya melangkah masuk ke peringkat Separuh akhir dan akhir setelah memungut mata tertinggi diperingkat kumpulan untuk di nobatkan sebagai Johan (P) apabila memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Manakala bagi peserta lelaki di nobatkan sebagai naib johan kumpulan berdasarkan jumlah jaringan apabila berkongsi mata yang sama dengan SK Padang Luas.

Bergambar bersama guru pengiring selepas menerima hadiah..

Pada perlawanan Akhir di hari yang kedua, Pasukan SK Bukit Kenak perempuan bertemu dengan SK Pelagat dan telah berjaya mengalahkan pasukan  tersebut dengan jaringan 3-0 seterusnya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dan SK Pelagat, Naib Johan.  Manakala bagi pasukan lelaki, pada  perlawanan akhir SK Bukit Kenak sekali lagi bertemu dengan SK Padang Luas dan akhirnya SK Bukit Kenak terpaksa mengalah di masa tambahan dengan jaringan 1-0 dan seterusnya di nobat sebagai Naib Johan keleluruhan.


Perlawanan Akhir SK Bukit Kenak bertemu SK Pelagat..

Admin mengucapkan syabas dan tahniah, kepada semua guru bola baling sekolah, terutama jurulatihnya yang membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan ini. Semoga kejayaan pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk perlawanan di peringkat Daerah kelak.  Seramai 5 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan telah terpilih untuk mewakili Daerah dalam Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Besut yang akan berlangsung pada 23 April 2013 dan 24 April 2013 di SMK Nasharuddin Shah, Alor Lintang. Selamat berjaya.

Johan Kategori Perempuan 12 Tahun.. SKBK.


Naib Johan Kategori Lelaki 12 Tahun.. SKBK






DIN/din/2013

Thursday 18 April 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH TAHUN 2013

SK Tengku Mahmud - Pada 18 April 2013, seramai 15 orang murid SKBK telah mewakili Zon Jerteh dalam Pertandingan Action Song Peringkat Daerah tahun 2013. Hasil usaha tenaga pengajar iaitu guru-guru serta kesungguhan anak didik, SKBK berjaya mendapat tempat ke-3.

Sekitar Karnival Bahasa Inggeris Daerah Besut 2013

Semoga Usaha murni ini dapat menyumbang kepada peningkatan potensi diri murid SKBK In Sya Allah.


YSN/13

Wednesday 17 April 2013

SMART ENGLISH YDSM COMPETITION 2013 DISTRICT LEVEL

SK Alor Peroi - Pada 15 April 2013, murid-murid SKBK telah menyertai SMART ENGLISH YDSM COMPETITION 2013 DISTRICT LEVEL jam 8.30 pagi. Sebanyak 5 buah sekolah yang mewakili setiap zon dalam daerah Besut iaitu SK Bukit Kenak (Zon jerteh), SK Alor Keladi (Zon Hulu Besut), SK Kg. raja (Zon Kota Putera), SK Kerandang (Zon Jabi) dan SK Kuala Besut (Zon Kuala Besut). Walaupun dengan usaha yang gigih namun rezeki kita hanya mendapat Saguhati.


Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah :
1. Silent Reading
2. Reading Aloud
3. Spelling
4. Aural- Oral Comprehension
5. Chain Story Telling
6. Word Chain Dictation

Action Song : Oh malaysia

ysn/13


Sunday 14 April 2013

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT ZON JERTEH 2013

SM Imtiaz Besut - Seramai 8 murid telah menyertai kejohanan Badminton Peringkat Zon Jerteh yang diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Padang Landak pada 3 -4 April 2013 yang lalu. Dalam kejohanan ini, SK Bukit kenak meraih tempat ke-3 perseorangan Perempuan yang diwakili oleh adik Nurul Suraya bt. Mohamad  dan tempat ke-3 Beregu Lelaki yang diwakili oleh adik Muhammad Farhan Aqimie b. Hashim dan adik Muhd. Haikal b. Mat Daud.

Suasana sepanjang kejohanan Badminton Zon Jerteh 2013

Sunday 7 April 2013

Majlis Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita kisah-kisah dari al-Qur'an serta Nasyid Peringkat Zon Jerteh Tahun 2013

SK Seberang Jerteh - Tanggal 1 April 2013, Majlis Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita kisah-kisah dari al-Qur'an serta Nasyid Peringkat Zon Jerteh Tahun 2013 telah diadakan dengan jayanya. Murid SKBK tidak terkecuali menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Antara kemenangan diperolehi ilah, Tempat ke-2 Bercerita Lelaki yang diwakili oleh adik Muhammad Hazim bin Tarmuzi dari Tahun 6. Nasyid juga merangkul tempat ke-3 yang diwakili oleh 9 murid dari kumpulan Soutul Amjad.



Adik Muhammad Hazim bin Tarmuzi

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29

SK Bukit Kenak - Pada 3 Mac 2013 yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 telah diadakan dengan meriahnya. Kali ini Yb Dato' Seri Hj. Idris bin Jusoh ADUN Jerteh merangkap Pengerusi MARA telah sudi merasmikan majlis ini.

Bergotong-royong memasak jamuan untuk murid dan ibu bapa
Jamuan Makan Tengahari disediakan secara bergotong-royong kepada semua murid dan ibu bapa.

Menyambut Ketibaan Jemputan, YB. Dato' seri Hj. Idris bin Jusoh ke majlis.
Majlis diberkati dengan bacaan Doa oleh Ustaz M. Fakhrul Razi diikuti ucapan Guru Besar serta Pengerusi PIBG

Persembahan Action song Sart English menyerikan agi Majlis.

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2012

Pelancaran Tabung Kilat

Mesyuarat PIBG diteruskan.
Cabutan Bertuah sebagai memeriahkan lagi Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 DAN 2 TAHUN 2013

SK Bukit Kenak - Tanggal 11 Mac dan 13 Mac 2013 yang lalu, unit j-QAF SKBK telah menjalankan program tahunan Kem Bestari Solat bagi murid Tahun 1 hingga 6 termasuk murid PPKI yang seramai 520 orang. Dengan bantuan dari guru KAFA, seramai 26 fasilitator termasuk guru Pendidikan Islam dan j-QAF. 


Murid dipecahkan kepada 3 stesen iaitu LDK Bilik Darjah bagi murid tahun 1 dan 2 bagi pengukuhan amali wudhu serta bacaan dalam solat. Manakala bagi murid tahun 3 hingga 6 serta PPKI mereka melalui stesen amali di surau dan tayangan video Solat. Program yang bermula pada jam 12.30 tengahari ini berakhir pada jam 4.30 petang


Pelbagai kaedah dipilih oleh fasilitator seperti tunjuk cara, latih tubi serta kuiz bagi menarik murid menguasai objektif penguasaan Wudhu' serta Solat


YSN/j-QAF13