Sunday 30 June 2013

PERTANDINGAN BINTANG KECIL DAERAH BESUT 2013

Kg. Air Tawar, Besut - Pada 28 Jun yang lalu (Sabtu) bertempat di Pekan Budaya Air tawar, Besut, telah berlangsung Pertandingan Bintang Kecil peringkat Daerah. Sekali lagi SKBK dijulang nama sebagai Naib Johan kategori Sekolah Rendah yang diwakili oleh Adik Nurul Izzah bt. Yusaini dari tahun 6 jaya. Dengan membawakan lagu "AdaMu" nyanyian asal Najwa Latif Adik Nurul Izzah memberikan persembahan terbaiknya hasil bimbingan Cikgu Zarinawati Shaari yang juga ibunya sendiri.

Menyampaikan persembahan di hadapan para Guru dan rakan-rakan.


TAHNIAH KEPADA ADIK NURUL IZZAH BT. YUSAINI DI ATAS SUMBANGAN MENGAHARUMKAN NAMA SEKOLAH.

Saturday 29 June 2013

KEM MOTIVASI DAN BENGKEL BIMBINGAN
MENJAWAB SOALAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2013

29 JUN 2013,  Selesai sudah Kem Motivasi dan Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan UPSR peringkat Sekolah 2013.  Program selama 3 hari 2 malam di Kem Damai Resort, Bukit Kluang disertai seramai 84 orang pelajar tahun 6 ini telah bermula pada 27 Jun lalu dan melabohkan tirainya pada tengahari ini.  Sepanjang program ini beberpa slot telah disusun bagi memberikan pelajar 'input' yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.

Program dimulakan dengan pendaftran pelajar pada petang khamis selepas waktu sekolah dimana ibubapa sendiri yang menghantar anak-anak mereka bagi memberikan semangat untuk pelajar.  Selepas sahaja pendaftaran, pelajar diagihkan ke bilik masing-masing untuk mempersiapkan diri bagi mengikuti aktiviti seterusnya.  Selepas selesai solat asar dan minum  petang, pelajar dibawa ke pantai untuk sesi riadah dan menenangkan minda sambil membina istana pasir.



Pelajar bersama ibubapa pada sesi pendaftaran di meja urusetia




Beriadah sambil membina istana pasir..
Sekitar jam 7.00 malam pelajar mula bersiap untuk makan malam dan bergerak ke surau. selepas solat maghrib, bermulalah sesi bengkel bimbingan menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman yang disampaikan oleh penceramah jemputan Pn. Norhafizah bt. Zainal dari SK Kerandang.  Sesi selama 2 jam tersebut berakhir sekitar jam 10.00 malam dan disambung dengan majlis solat Isya dan sembahyang hajat yang di bimbing oleh Ustaz Mat Rani b Yacob.

Pelajar menikmati jamuan sebelum program bermula

Program diteruskan lagi keesokkannya dengan  bimbingan menjawab soalan bagi Bahasa Inggeris yang dikendalikan sendiri oleh Panitia Bahasa Inggeris SKBK, di ikuti dengan subjek Bahasa Melayu Penulisan yang disampaikan oleh Pn. Zam bt. Ismail dari SK Pusat, Matametik oleh En. Ruzimi dari SK Bukit Tempurung dan di akhiri pada sebelah malamnya dengan subjek Sains oleh En. Alias b. Abd. Ghani, Guru Besar SK Amir.


Pelajar dihidangkan dengan teknik menjawab soalan oleh Panel Pemeriksa UPSR

Pada sebelah pagi hari terakhir, program dimulakan dengan  motivasi ibubapa  yang disampaikan oleh Pn. Nazilan bt. Md Salleh, Penolong Pegawai PPD Besut. Di dalam  ucapanya, Pn. Nazilan menjemput ibubapa bersama-sama  pelajar dan guru bagi bersama-sama membantu  meningkatkan prestasi anak masing-masing.  Beliau juga turut menyarankan bagaimana kaedah yang  terbaik yang ibupaba boleh lakukan bagi meningkatkan motivasi pelajar memandangkan tempoh peperiksaan yang semakin hampir.Beliau juga turut berharap ibubapa dapat meluangkan masa yang secukupnya untuk duduk bersama anak sewaktu mengulangkaji pelajaran agar anak-anak lebih bersemangat untuk mencapai 5A dalam UPSR. Sebagai mengakhiri majlis, beliau turut mewakili Tuan Pegawai PPD Besut merasmikan penutup Kem Motivasi dan Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan UPSR 2013,

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah sama-sama menjayakan program ini terutamanya guru-guru Tahun 6 yang diwakili oleh Penyelaras UPSR nya, Tn. Hj. Khairulzamani kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan begitu teliti dan berkesan.




DIN/din/2013

Monday 17 June 2013

PERKHEMAHAN KADET ST. JOHN AMBULANS DAERAH BESUT TAHUN 2013

Kem Damai, Bukit Keluang - Pada 13 hingga 15 Jun yang lalu telah diadakan perkhemahan Kadet St. john Ambulans Daerah Besut yang disertai oleh sekolah menengah dan rendah. Seramai 14 orang murid (7 Lelaki) dan (7 perempuan) telah dari tahun 5 SKBK telah terpilih untuk menyertainya. Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam bentuk yang lebih santau dan menarik.

Persiapan di tapak perkhemahan

Majlis Penutup dan penyampaian Hadiah

Meninkmati saat-saat indah sewaktu perkhemahan.


Pertandingan membina Istana Pasir


Pertandingan Masakan Rimba

Berjaya merangkul hadiah Johan Kategori Sekolah Rendah.