Thursday 19 September 2013

SAMBUTAN SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

15 SEPT 2013, JERTEH - Bagi menanam semangat patriotik dan cintakan negara  di kalangan pelajar sekolah, satu Sambutan Semarak  Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan di Dewan Terbuka  SK Bukit Kenak.  Walaupun sambutannya yang agak sederhana namun sambutan ini tidak kurang meriahnya dengan aktiviti-aktivit sepanjang program tersebut berlangsung.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi di mana semua  guru dan pelajar berkumpul di dewan terbuka SKBK. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shakir b. Sofian.  Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pengkisahan kemerdekaan Tanah Melayu yang disampaikan oleh tokoh tempatan yang juga merupakan JKKK Alor Saji, En. Fauzi b. Mohamed.  Pengkisahan yang begitu menarik ini sedikit sebanyak telah menarik minat pelajar tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu dalam menuntut kemerdekaan di tanah melayu.   Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmaian Sambutan Semarak  Kemerdekaan oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar
Ucapan perasmian oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain Wan Bakar, bacaan doa oleh Ustaz Shakir dan pengkisahan kemerdekaan oleh En. Fauzi b. Mohamed


Sebaik selesai sahaja ucapan perasmian oleh Tn. Guru Besar, para pelajar dan guru-guru bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu patriotik dengan begitu bersemangat sekali dan disambut dengan laungan merdeka! merdeka! merdeka! sebanyak 3 kali oleh Tn. Guru Besar.

Guru-guru dan pelajar sama-sama menyanyikan 3 buah lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang

Bagi melengkapkan lagi sambutan kali ini, diadakan juga pertandingan basikal berhias.  Bagi pelajar yang memasuki acara ini, para pelajar mestilah menghiaskan basikal masing-masing dengan jalur gemilang. Hiasan yang paling menarik dan kreatif akan diumumkan sebagai pemenang.  Selain daripada itu, para pelajar juga mengikut pertandingan melukis dan mengecat poster kemerdekaan.  Selesai sahaja majlis, para pelajar  mengikuti jamuan makan tengahari dan di akhiri dengna majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.  Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Pertandingan basikal berhias..


Pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan

Wajah-wajah merdeka...


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

DIN/din
HARI KELUARGA SKBK

14 SEPT. 2013, Tok Bali Pasir Puteh  - BEGITU MERIAH DAN SANTAI.... Begitulah ungkapan yang  boleh ucapkan sepanjang 2 hari 1 malam Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Bukit Kenak. Program yang  bertempat di Sweet Beach Resort  Tok Bali Pasir Puteh itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru, kakitangan sekolah serta ahli keluarga masing-masing. Sebanyak 25 bilik telah ditempat khas untuk penginapan ahli keluarga SKBK. Para peserta dan ahli keluarga masing-masing telah mendaftar masuk ke resort pada Hari Jumaat. Acara pertama pada petang tersebut adalah acara bebas dimana ibubapa bersama anak masing- masing bermandi-manda di kolam renang dan bersantai di pantai.

Pendaftaran peserta ahli keluarga SKBK......

Bagi menghangatkan suasana, acara lebih meriah telah diadakan pada malamnya dengan bermula acara memancing ikan dan  BBQ.  Acara  memancing ikan telah bermula seawal jam 9.00 malam disertai lebih dari 10 peserta manakala bagi guru-guru yang tidak mengikuti acara memancing pula berkumpul beramai-ramai sambil menikmati ayam, ikan dan sotong bakar di persisiran pantai. Majlis tamat sekitar jam 1.00 pagi.


BBQ bersama ahli keluarga SKBK pada sebelah malam...

Pada Hari ke dua program, peserta telah bersedia seawal jam 7.00 pagi untuk mengikuti makan pagi. Seterusnya ke pantai untuk mendaftar bagi mengikuti beberapa acara telematch yang telah disusun sepanjang hari tersebut.  Sebaik selesai pendaftaran, bagi memanaskan badan semua ahli keluarga dan anak-anak kecil mengikut"Senamrobik Keluarga"  di bawah instraktornya Pn. Fanora bt. Mat dari D'Aura Fitnes.

Bermula dengan senamrobik seawal pagi di tepian pantai....

Program diteruskan lagi dengan acara bola sepak pantai yang disertai oleh guru-guru lelaki.  Dalam acara ini, peserta disyarakatkan memakai kain pelekat semasa acara berlangsung. Pelbagai gelagat peserta boleh di lihat sewaktu acara itu berlangsung.

Acara bola sepak pantai berkain pelikat... GPK juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba..


Bermacam-macam aksi pemain dan peminat bola sepak  pantai dapat dilihat sepanjang kejohanan berlangsung


Program diteruskan lagi dengan beberapa cara kanak-kanak seperti bawa bola ping pong dengan sudu, tiup belon, baling belon berisi air, mengutip gula-gula  dan di akhiri dengan acara bola tampar pantai bagi ibu-ibu.

Acara mengutip  gula-gula untuk kanak-kanak bawah 5 tahun


Acara isi air dalam botol, bawa bola ping pong dengan sudu dan tiup belon turut juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana

Acara bola tampar pantai untuk kaum ibu

acara baling belon berisi air berpasangan


Bersantai bersama ahli keluarga masing-masing



Tamat sahaja acara telematch di pantai, peserta dan ahli keluarga seterusnya beralih tempat ke dewan makan untuk acara jamuan dan penyampaian hadiah seterusnya majlis penutup Program Hari Keluarga selama 2 hari di Sweet Beach Resort. Acara penyampaian hadiah dan penutup di rasmikan oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar.
Ucapan perasmian dan majlis penyampaian cenderahati oleh Tn. Guru Besar, Pengerusi kelab guru dan GPK kepada  semua guru dan kakitangan.


Penyampaian cenderahati kepada semua guru dan staf serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara telematch

Penyampaian hadiah dalam acara BAYI TERCOMEL bersama ibu dan bapa masing-masing.


Menikmati jamuan makan tengahari sebaik selesai semua acara



Alhamdulillah program selama 2 hari telah mencapai objektifnya iaitu bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama kakitangan SKBK. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Program Hari Keluarga SKBK bagi tahun ini. Tidak lupa juga kepada semua staf Sweet Beach Resort terutamanya pengurusnya En. Halimi b. Hj. Ibrahim di atas kerjasama yang diberikan sepanjang majlis ini berlangsung.



DIN/din/2013

Sunday 8 September 2013

SOLAT HAJAT PERDANA 2013

SK Bukit Kenak - Bersempena peperiksaan UPSR yang akan berjalan pada 10-12 September ini, program Solat Hajat Perdana telah diadakan di surau SKBK pada 5 September 2013. Dengan kerjasama erat pihak pentadbiran, para guru, PIBG serta ibu bapa murid program ini berjalan dengan lancar. Dengan meneruskan tradisi membawa hidangan oleh ibubapa, semua yang hadir dapat menjamu selera. Murid dan guru serta ibubapa telah berkumpul disekolah seawal jam 7 malam untuk bersiap-sedia.


Semoga dengan usaha murni ini dapat membangkitkan semangat anak-anak tahun 6 SKBK untuk lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menggapai 5A demi masa depan mereka yang lebih cerah dan dapat membanggakan sekolah, guru dan ibubapa mereka.

Wednesday 4 September 2013

Bermain air....

Guru-guru yang turut serta





Menikmati makanan yang dibawa bersama








Tuesday 3 September 2013

ZIARAH KE RUMAH MURID KEMATIAN IBU

SK Bukit Kenak, Jerteh - Di atas keprihatinan pihak sekolah, satu lawatan ke rumah murid yang baru sahaja kehilangan ibu iaitu adik Nor Fariha Suffya binti Abdullah telah dibuat. Dengan diwakili oleh PK Ko SKBK Puan Norhayati binti Nasir dan  Ustazah Rosemaria Ariffin, Ustazah Mek Jarah bt Awang, ustazah Suriani bt Mohamad, Pn. zuraini Hassan, Pn Zatil Athmarina serta Cikgu Hamidah bt Abdul Majid melawati rumah murid berkenaan di Kg. Gerai Lay Out, Jerteh. Bukan itu sahaja mereka mewakili warga SKBK menyampaikan sumbangan dari pihak guru, staff serta murid. Nor Fariha kehilangan ibunya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) yang menderita pelbagai komplikasi kesihatan.
Menyampaikan sumbangan kepada Adik Nor Fariha

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Allahyarhamah ibu adik Nor Fariha dan ditempatkan bersama orang-orang solih. Amin. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah