Wednesday 22 January 2014

PROGRAM TEMU MURNI SERTA MOTIVASI UPSR 2014


SK Bukit Kenak - 15 Januari yang lalu jawatankuasa UPSR 2014 telah mengadakan Program Temu murni serta Motivasi bagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini di rangka bagi mendapatkan maklum balas ibu bapa murid dalam mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak mereka. Pogram ini dirangka di bawah seliaan Penyelaras UPSR 2014, Puan Roslina bt. Md. Yasin dengan bantuan jawatankuasa yang lain bertempat di dewan terbuka SKBK.

Pendaftaran Ibu Bapa mengikut Kelas
Tepat jam 9.00 pagi, semua ibu bapa dilihat memasuki dewan terbuka bagi Program Temu Murni terlebih dahulu bersama pihak pentadbiran sekolah serta para guru tahun 6. Majlis dipengerusikan oleh Guru kaunselor, En. Yusoff bin Mamat yang mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa. 

Petemuan empat mata dengan Para ibu bapa murid tahun 6

 Bagi meneruskan majlis, Tuan haji Muhamed Faiz bin Awang, GPK Pentadbiran mewakili pihak Guru Besar bagi pertemuan empat mata dengan para ibu bapa. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kerjasama dari ibu bapa dalam menjayakan target UPSR demi kecemerlangan anak-anak. Selain itu dalam pertemuan ini juga, pihak sekolah mencadangkan jumlah bayaran Tabung UPSR pada tahun ini ialah RM150 dan juga bayaran Modul sebanyak RM 30. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ibu bapa. Beliau menjelaskan Target yang ingin dicapai pada tahun ini ialah 5A- 25 orang , 4A 1B -10 oranr dan bagi merealisasikan target ini, secara umum tradisi tahunan akan diteruskan termasuk KEM Motivasi Teknik Menjawab Sekolah akan diadakan di luar kawasan sekolah sepertimana tahun-tahun lepas. Selain kerjasama dari pihak PIBG juga penting menjayakan impian sekolah ini.

GPK Pentadbiran, Hj, Mohamed Faiz bin Awang bersama dengan Penceramah Motivasi En. Shamsi bin Hj. Shamsudin dari Intelligent Mision, Kota Bharu, Kelantan.

Program seterusnya, Program Motivasi yang menjemput En. Shamsi bin Hj. Shamsudin dari Intelligent Mision selaku penceramah. Pendekatan yang dibawa beliau berjaya menarik perhatian murid-murid tahun 6 yang begitu khusyuk mengutip ilmu-ilmu dari beliau. Sentuhan hati ibu bapa terhadap usaha mereka dalam membantu anak-anak dapat dilihat dengan kesungguhan ibu bapa menyertai program ini. Laungan "You Are Champion" bergema sekuatnya di dewan terbuka SKBK sebagai tanda azam tersemat di hati para murid.

Semoga Usaha keras semua pihak dalam menjayakan visi dan misi sekolah ini mendapat keberkatan dan restu Allah. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa UPSR, Pihak pentadbiran sekolah, Ibu-bapa serta anak-anak didik SKBK dalam menjayakan program ini.






Tuesday 21 January 2014

MAJLIS KESYUKURAN DAN SOLAT HAJAT MENDUDUKI BANGUNAN SEKOLAH SERTA BULAN MAULIDUR RASUL 1435 H

SK Bukit Kenak  - Pada 9 Januari yang lepas satu majlis kesyukuran dan Solat Hajat telah dijalankan. Ia juga bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Antara pihak yang dijemput ialah, wakil JKR, Majlis Guru Besar, PPD Besut , Jawatankuasa PIBG serta ibu bapa penjaga murid.

Jamuan untuk semua warga SKBK dan jemputan.

Para jemputan serta warga SKBK mengerjakan solat Hajat di dewan Terbuka SKBK yang diimamkan oleh Ustaz Hj. Mohd. Rani bin Yacob. Ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga di atas kemudahan bangunan baru SKBK

Solat Hajat Berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Hj. Mat Rani bin Yacob
 Seusai solat hajat para Jemputan dijemput menjamu selera di kantin. Keceriaan terpancar di wajah para jemputan. Jamuan ini disediakn dengan kerjasama guru-guru serta masyarakat setempat.
Jamuan Kesyukuran
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga SKBK , Ibu bapa serta murid-murid dan menjadi sinar baru dalam lembaran baru SKBK.



Thursday 2 January 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014


SK Bukit Kenak - Awal Persekolahan bermula lagi dengan penuh keceriaan dan semangat iltizam yang baru. Tahun 2014 menyaksikan murid tahun satu seramai 92 orang menjadi warga SKBK. Seawal 7 pagi, kelihatan ramai penjaga yang menjalankan tanggungjawab mereka menghantar murid ke sekolah. Pelbagai karenah dan telatah dapat dilihat.

               Jam 7.30 pagi, perhimpunan ringkas dibuat di dewan terbuka SKBK yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Yusof b. Mamat selaku kaunselor. Beliau mengalu-alukan kehadiran para murid, ibubapa dan guru dan seterusnya menjemput Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd. Faiz bin Awang. Dalam ucapan beliau, beliau memberi sedikit penerangan kepada ibu bapa tentang perubahan kedudukan bilik darjah untuk tahun 2014 kerana bangunan baru sudah boleh diduduki, disamping program Transisi Murid Tahun 1 dari minggu pertama hingga ke minggu ke-3.

              Setelah itu Tuan Guru Besar dijemput memberikan ucapan yang mana dalam ucapan beliau amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan murid dalam memartabatkan prestasi SKBK. beliau juga mengingatkan tentang dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan dunia pendidikan serta berpesan kepada warga SKBK agar berhati-hati dalam keadaan persekitaran sekolah yang belum sepenuhnya siap.


      Pelbagai karenah dapat dilihat mengimbau kembali kenangan lampau yang indah di alam persekolahan. Semoga tahun 2014 lebih cemerlang, menyerlahkan kehebatan Warga SKBK yang boleh dibanggakan.