Wednesday 30 April 2014

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Sk Bukit Kenak - Bertempat di dewan terbuka SKBK telah diadakan Majlis Pelancaran Nilam 2014 peringkat Sekolah yang melibatkan semua warga SKBK sepertimana berikut :

Tarikh : 20 April 2014
Masa  : 7.45 pagi - 9 pagi

Aturcara Majlis 

7.45 pg : - Murid dan guru mengambil tempat
               - Aluan Pengerusi Majlis
               - Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
               - Penyampaian Watikah Pengawas PSS
               - Promosi Program NILAM oleh Penyelaras, Pn. Fanora bt. Mat
9.00 pg : Majlis berakhir

Murid SKBK sedang mendengar penjelasan tentang NILAM

Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas PSS

Gimik Pelancaran NILAM

Promosi Pelancaran NILAM oleh Ustazah Fanora bt. Mat, Guru Media SKBK

Wednesday 23 April 2014

SMART ENGLISH PIALA YAYASAN DIRAJA SULTA MIZAN PERINGKAT ZON JERTEH 2014

Tarikh : 17 April 2014
Masa  : 11.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat : SK Apal, Besut Terengganu

Murid  yang terlibat : - 12 orang tahap 2 dan 8 orang dari tahap 2 merangkumi tiga kategori murid, prestasi rendah, sederhana dan tinggi.
Aktiviti yang dijalankan :
i. Station 1 - Murid Tahap rendah
ii. Station ii - Murid Tahap Sederhana
iii. Station iii - Murid Tahap tinggi

Pencapaian : Naib Johan Zon jerteh

Pasukan Smart English SKBK bersama guru mereka. Admin (paling kanan) Cik Yusni Ab. Llah, Pn. Roslina Md. Yasin, Pn. Wan Norezamani Wan M. Noor, Cik Suhaila Abu Bakar dan Pn. Zarinawati Shaari.

Antara persembahan dari wakil sekolah yang bertanding

SKBK merangkul Naib Johan

Cuba lagi!



KEM BESTARI SOLAT FASA 1 DAN 2 SKBK 2014

Sk Bukit Kenak -Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Antara objektif yang ingin dicapai :
i. Murid dapat mengambil wudhu' dengan sempurna
ii. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu dengan betul.
iii. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar
iv. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjemaah.
Sessi Tayangan Video Solat 
Amali bacaan dan pergerakan solat berjemaah.
Santai... makan tengahari
Solat Berjamaah bagi waktu Zohor dan Asar bagi Tahap 1 dan 2

Amali Wudhu' bagi murid Tahap 1 terutama tahun 1
Amali Bacaan dan pergerakan dala Solat Tahap 1

Tuesday 22 April 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN TEMU MURNI IBU BAPA MURID TAHUN 6 2014

Sk Bukit Kenak - Telah berlangsung Program Motivasi dan Temu Murni Murid Tahun 6 di Dewan Terbuka SKBK. Ini melibatkan semua ibu bapa dan murid tahun 6. Seawal jam 8 pagi para ibu bapa memasuki dewan terbuka SKBK dan mereka duduk sebelah menyebelah dengan anak masing-masing. En. Yusoff bin Mamat membuka tirai program sebagai pengerusi majlis. 

Dalam pada itu, Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyampaikan amanat beliau kepada semua yang hadir. Antara intipati ucapan beliau ialah prestasi OTI 1 yang merosot berbandibg tahun-tahnu lepas yang mana pad tahun 2013, SKBK mencatat kenaikan 20% 5A dan melepasi target negeri. Sehubungan dengan itu beliau menyeru agar pihak ibu bapa agar menekankan kehadiran murid ke kelas tambahan. Usaha pihak sekolah juga dapat dilihat melalui program Bengkel Teknik Menjawab Soalan Hujung Minggu yang bermula sejak 12 April lagi  selama 2 minggu berturut-turut. Yang mana bengkel ini dikendalikan oleh pakar Matapelajaran sendiri yang dijemput khas.

Pendaftaran Ibu bapa dan murid mengikut kelas dan ketibaan Pakar Motivasi Dr. Arzek dari Umi consultant

Penyampaian Insentif kepad murid yang mendapat keputusan yang baik dalam OTI 1
Pihak sekolah juga mengadakan sedikit insentif kepada murid-murid yang mendapat A dalam OTI 1 iaitu  Adik Nur Amni Nazeri, Adik Nur Izzah Ramli dan Adik Nur Maisarah Said, kesemuanya dari kelas 6 Jaya.
Insentif ini disampaikan sendiri oleh Guru Besar SKBK. Ini adalah sebagai perangsang kepada murid-murid lain untuk berusaha mencatat keputusan yang lebih baik.

Pelbagai reaksi dari murid dan Ibu bapa

Selesai majlis penyampaian Insentif Tahun 6, program motivasi diteruskan dengan penampilan hebat Pakar Motivasi, Dr. Arzek dari Umi Consultant. Pelbagai pendekatan yang beliau gunakan bagi meimbulkan kesedaran tentang peri pentingnya berusaha mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Para ibu bapa juga dilhat tersentuh dengan pendekatan beliau.

Majlis Temu Murni Guru Kelas dengan Ibu bapa

Seusai program Motivasi, Ibu bapa diberi ruang untuk bertemu dengan guru kelas anak mereka untuk mendapatkan keputusan OTI 1 serta berkomunikasi sendiri dengan guru kelas tentang anak mereka.
Usaha pihak sekolah ini amatlah murni bagi kecemerlangan anak didik SKBK dan masa depan mereka kelak.

Sunday 20 April 2014

MAJLIS PERASMIAN KEM BESTARI SOLAT 2014

Sk Bukit Kenak - Bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Kenak, telah berlangsung Majlis Perasmian Kem Bestari Solat 2014 meliputi semua murid tahun 1 hingga 6 serta murid PPKI. KBS kali ini melibatkan 13 guru KAFA, 4 GPI, 9 j-QAF dan 4 guru praktikum selama 2 hari.

Aturcara Majlis :
7.45 pagi  - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis: Ustaz M. Fakhrul radzi b. Mokhtasar
                - Ucapan penyelaras j-QAF SKBK : Cik Yusni bt. Ab. Llah
8.00 pagi - Ucapan Perasmian oleh Guru besar
8.15 pagi - Gimik perasmian

Ucapan Perasmian oleh En. Wan Mohd. Zain bin Wan bkar
 Majlis ini disempurnakan sendiri oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Beliau dalam ucapan beliau mengingatkan para murid peri pentingnya Solat dalam kehidupan. Beliau juga berkongsi kisah pejuang Islam yang terkenal iaitu Salahudin Al-Ayubi yang banyak memberi sumbangan yang besar kepada dunia Islam.
Tuan Guru Besar memotong riben sebagai tanda perasmian Kem Bestari Solat.
Semoga dengan Program ini dapat menyemarakkan lagi budaya cintakan Solat dan pengamalannya sebagai tiang agama di bumi SK Bukit Kenak tercinta ini.

PROGRAM BIMBINGAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN FASA 1 2014

Sk Bukit Kenak - Bagi memperkasakan UPSR SKBK, satu program teknik menjawab soalan telah dijalankan. Program ini melibatkan semua murid tahun 6 yang mana dijayakan oleh Jawatankuasa UPSR 2014 yang bertempat di Perpustakaan SKBK selama 4 hari sepertimana berikut :

Tarikh / Hari M/Pelajaran
11.04.2014 / Jumaat- Sains
12.04.2014 / Sabtu  - Bahasa Inggeris
18.04.2014 / Jumaat - Matematik
19.04.2014 / Sabtu   - Bahasa Melayu

Suasana Pembelajaran Program Teknik Menjawab Soalan Fasa 1
Antara penceramah yang dijemput ialah Encik Izlan b. Ibrahim , Guru Besar SK Pelagat bagi subjek Sains dan Tuan Masri b. Tuan Yaakob dari SK Bukit Awang iaitu pemeriksa Kertas Soalan negeri.

TAKLIMAT FROG VLE KEPADA MURID TAHAP 2

SK Bukit Kenak,- Bertempat di Makmal Komputer SKBK, telah berlangsung Taklimat Aplikasi Frog VLE bagi semua murid Tahap 2 selama 3 hari. Bermula pada 7 April, ianya berakhir pada 9 April 2014. Ini bagi memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan Aplikasi ini bagi pembelajaran maya. Taklimat ini diselia dan disampaikan sendiri oleh Admin Frog VLE Sk Bukit Kenak, Cik Suhaila bt. Abu Bakar dengan dibantu oleh Pegawai ICT.
Admin FROG VLE SKBK, Cik Suhaila bt. Abu Bakar

Melihat aplikasi  FROG VLE

Murid Tahap 2 sedang mempelajari FROG VLE



Thursday 10 April 2014

APA ITU FROG VLE?

Sebarang pertanyaan dan maklumat berkenaan Frog Vle boleh di layari di :


Sama-samalah kita implimentasikan cita-cita murni dunia pendidikan.




Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Besut 2014 - SKBK Naib Johan Action Song

SK Kampong Raja, Besut - Hari ini dalam sejarah yang lalu telah berlangsung Karnival Bahasa Inggeris peringkat Daerah Besut . SKBK yang diwakili oleh seramai  15 orang acara Action song hasil kerja keras Pn. Zarinawati bt. Shaari, Cik Suhaila bt. Abu Bakar, Pn. Wan Wan Norezamani wan Mohd. Noor dan dibantu Cik Yusni Ab. Llah.
Antara Acara yang dipertandingkan ;
1. Action Song
2. Public Speaking
3. Choral Speaking
4. Story Telling
Wajah ceria anak-anak SKBK
Admin (kiri) Bergambar dengan Team Jurulatih Action Song dan GPK Pentadbiran SKBK Hj. Mohd. Faiz bin Awang
Bersama Kumpulan anak-anak Action Song, Tahniah!

SKBK Tuan Rumah Majlis Tadarrus Al-Qur'an dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM 2014 Peringkat Zon Jerteh

SK Bukit Kenak, 3 April 2014 - Julung-julung kalinya SKBK menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarrus Al-Qur'an dan Festival Nasyid Sekoah-Sekolah KPM 2014 Peringkat Zon Jerteh. Majlis yang gilang-gemilang ini berjalan lancar dengan kerjasama dan kerja keras warga SKBK. Di mana penyertaan kali ini meliputi semua sekolah dalam Zon Jerteh.
Persiapan tempat yaang sangat Indah.
Antara acara yang dipertandingkan :
1. Tilawah Al-Qur'an
2. Hafazan surah
3. Bercerita kisah-kisah dari Al-Qur'an
4. Nasyid
Acara-acara yang dipertandingkan.
 Pasukan Nasyid SKBK Raudhatul Jannah berjaya mendapat tempat ke-3 Nasyid manakala pserta Hafazan SKBK juga berjaya mendapat tempat ke-3. Semoga keputusan ini akan menyuntik semangat untuk memperbaiki dan membuat yang lebih baik di masa hadapan.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua peserta dan pemenang.
Bagi merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang, Ustaz Mohd. Noor bin Salleh, Penyelia Kanan Agama PPD Besut telah dijemput. Beliau dalam ucapannya menyebut tentang pentingnya penyertaan murid dalam pertandingan sebegini bagi memupuk pekerti yang mulia serta sayangkan agama. Beliau juga berterima kasih di atas kerja keras yang dibuat oleh para guru dalam melatih anak-anak didik untuk berjaya dalam acara MTQ kali ini serta memuji persiapan yang luar biasa dibuat oleh pihak tuan rumah.

Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyampaikan cenderahati kepada Penyelia kanan Agama PPD Besut.
JUTAAN SYABAS DI ATAS KERJASAMA SEMUA WARGA SKBK YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI.

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROMOSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2014

SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 pada 20 Mac 2014 yang semua murid SK Bukit Kenak. Majlis tersebut yang bermula seawal 7.45 pagi telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada semua murid SK Bukit Kenak berkenaan wujudnya Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBK.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Cik Nurul Aklima binti Saffeai dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fakrul Radzi bin Mokhtasar. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Kaunselor SK Bukit Kenak 2014, En. Yusoff bin Mamat.  Beliau menjelaskan temtang apa itu yang dimaksudkan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Beliau berharap dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan khidmat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. En. Yusoff bin Mamat selaku kaunselor mengatakan bahawa segala perkongsian murid yang terlibat akan dirahsiakan kecuali setelah mendapat kebenaran dan persetujuan murid itu sendiri. Turut berucap dalam majlis tersebut, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Tn. Hj. Abd. Yazid bin Mohd Zain yang mengatakan bahawa wujudnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Ini adalah perlu bagi membantu murid-murid sekolah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja untuk murid yang bermasalah, malah ia penting bagi semua murid untuk medapatkan nasihat, pandangan serta pendapat, kata-kata semangat dalam bidang akademik. GPK HEM juga mengingatkan semua murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Interaksi dengan murid sebagai pelanggan UBK
Majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan sedikit ucapan, seterusnya merasmikan majlis ini.
Perasmian dan penyampaian Brosur dan Buletin UBK
Seterusnya majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua kelas tahap dua iaitu merangkumi Tahun 4, 5, dan 6. Penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, diiringi oleh GPK HEM dan Kaunselor SK Bukit Kenak 2014. Ketua kelas setiap Tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir ke pentas untuk menerima Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling.
by Admin

PPKI SK Bukit Kenak Juara Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas peringkat daerah Besut 2014

Tahniah kepada semua guru dan PPM PPKI
Pusat Latihan dan Balapan SMK Nasiruddin Shah - Pada 1dan 2 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas peringkat daerah Besut 2014. Kejohanan telah diadakan di trek Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Tuan Hj Mohammed Bin Embong
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah menghantar  seramai 6 orang murid untuk menyertai acara-acara yang telah dipertandingkan. Hasilnya PPKI SKBK telah Berjaya meraih 3 pingat Emas, 1 pingat Perak, dan 3 pingat Gangsa.
Adik Muhammad Zukri bin Mohd. Yusof memperoleh pingat Gangsa dalam acara Lontar Peluru
Adik Nor Fatihah bt. Nordin dikalungkan pingat Perak acara Lontar peluru
Adik Muhammad Kamil bin Muhammad Yamin  3 Emas: Lompat Jauh, 100meter dan 200meter

Wajah-wajah anak PPKI yang membanggakan seluruh warga SKBK.
Pencapaian murid PPKI
Muhammad Kamil Bin Yamin                        3 Emas: Lompat Jauh, 100meter dan 200meter
Nor Fatihah Bt Nordin                                   Perak Lontar Peluru dan Gangsa 200meter
Muhammad Zukri Bin Mohd Yusof               Gangsa Lontar Peluru
Kuartet 4X100meter Lelaki                            Gangsa 4X100meter
Pencapaian yang cemerlang ini telah melayakkan PPKI Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak mendapat anugerah Sekolah Terbaik Keseluruhan Daerah Besut bagi kategori sekolah rendah. Ini adalah pencapaian yang terbaik pernah diraih PPKI SKBK setelah 5 tahun penubuhan kelas PPKI di SKBK. Manakala Muhammad Kamil pula telah dipilih mewakili daerah Besut ke Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Negeri pada 17 dan 18hb April 2014 di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong PPKI SKBK selama ini.

Sunday 6 April 2014

SKBK Johan Action Song Karnival Bahasa Inggeris 2014 peringkat Zon Jerteh .


SK Nyiur Tujuh, Jerteh - 17 Mac 2014 yang lalu telah berlangsung Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Jerteh. SKBK yang diwakili oleh seramai 20 orang murid iaitu 15 orang acara Action song, 2 orang Scrabble, seorang Public Speaking dan seorang Story Telling. Murid-murid ini dilatih oleh guru-guru dari panitia Bahasa Inggeris


Johan Action Song yang disandang oleh Pasukan Action Song SKBK dengan tajuk 'Rainbow'
Menerima hadiah dari Guru Besar SK Nyiur Tujuh En. Wan Zuhairi

Tempat ke-2 Public Speaking yang diwakili oleh adik Nur Maisarah bt. Said
Tempat ke-2 Scrabble oleh adik Ahmad Adib Darwish bin Khair Arifuddin
Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas pencapaian yang membanggkan ini. Pasukan Action Song SKBK akan mewakili Zon Jerteh ke peringkat Daerah pada 10 April 2014 yang akan berlangsung di SK Kampong Raja, Besut.