Thursday 25 June 2015

MAJLIS SAMBUTAN DI AMBANG RAMADHAN TAHUN 1436H /2015

SK Bukit Kenak, 17 Jun 2015 - Alhamdulillah, Panitia Agama Islam dengan jayanya menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Ramadhan dengan tema : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dijalankan.




Kuiz Ambang Ramadhan
Persembahan Kalam Jamei oleh Kumpulan Al-Wardah
Ceramah Ambang Ramadhan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Mohd. Shahril,, Guru Pelawat Pejabat Agama Islam Daerah Besut

 Alhamdulillah, semoga usaha-usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Illahi.

Karnival Kalam Jama'ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015

SK Pusat Jerteh, 16 Jun 2015 - Telah berlangsung Karnival Kalam Jama''ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015. SKBK diwakili oleh Kumpulan Al-Wardah denga persembahan Kalam Jamaei yang bertajuk " Al-Aqlus Salim fil Jismis Salim".

Persembahan oleh pasukan-pasukan Dikir Barat 
Tahniah Kumpulan Al-Wardah SKBK mendapat tempat ke-3 Kalam Jamei.

Friday 19 June 2015

PERKHEMAHAN TAHUNAN DAN KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015



Pusat Perhilitan Bukit Marak, 19-20 Mei 2015 - Perkhemahan yang disertai oleh seramai 84 murid dari tahun 6 ini berjalan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti diatur bagi memenuhi keperluan para peserta.


Hari Pertama :
Mendirikan Khemah

Majlis Perasmian

Guru serta wakil PIBG bertugas menyediakan makanan dan minuman para peserta

Solat Zuhur berjemaah.

Aktiviti Riadhah yang dikendalikan oleh puan Wan Norezamani serta En. Zainuddin

Bengkel Motivasi
Hari Kedua :

Senamrobik

Ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR

Makan Malam dan barbeque murid bersama guru serta PIBG

Santai malam bersama En. Kamarul Hisham dan En. Mohd. Shahril
Hari Ketiga :
Menyelami jiwa anak SKBK bersama kaunselor SKBK En. Yusoff Mamat

Majlis Perasmian Penutup serta Penyampaian Penghargaan kepada Pusat Konservasi Biodiversiti Bukit Marak.


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

SK Bukit Kenak, 18 Mei 2015 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti diatur. Dengan kehadiran para murid SKBK, guru-guru KAFA, wakil PIBG serta Staf SKBK, Hari Guru disambut dengan begitu meriah dan bermakna.

Sambutan dari murid-murid SKBK
 Anak-anak SKBK berkumpul seawal 7.45 pagi sebelum mengambil tempat di dewan Al-Khawarizmi. Manakala seekor lembu disumbangkan oleh Pengusaha kantin, Puan Amnum sempena hari Guru kali ini. Guru-guru lelaki serta staf menyembelih sendiri lembu tersebut dan menyediakannya untuk dimasak.
Gotong-royong memasak oleh para guru dan staf SKBK

Memasak untuk semua warga SKBK

Perarakan guru SKBK yang diiringi oleh para murid serta wakil PIBG
Aktiviti pertama ialah perarakan masuk guru SKBK dengan diiringi oleh tuan Guru Besar, GPK 1, NYDP PIBG Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta guru-guru. Perarakan ini diringi oleh paluan kompang oleh kumpulan kompang SKBK dibawah seliaan Cikgu YM Ku Hashim bin Tg. Kechik.
Ucapan Perutusan Hari Guru serta NYDP PIBG
 Kemuncak sambutan ialah penyampaian perutusan hari Guru serta ucapan yang dihadiri oleh semua murid SKBK. Sebanyak 4 biji kek disumbangkan oleh PIBG, Bank Rakyat, ADUN Jerteh serta Kedai Sekolah.
Ucapan wakil murid serta Guru Besar menerima Hadiah Kek dari Bank Rakyat sempena Hari Guru

Bacaan Ikrar Hari Guru serta Nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu-lagu patriot
Hari Guru dimeriahkan lagi dengan kehadiran KPPD Tn. Hj. Ab. Halim bin Hasan serta Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris

Persembahan Choral Speaking oleh murid SKBK dengan Tajuk "Teacher" serta nyayian oleh NYDP PIBG, Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta para guru SKBK. 

Jamuan makan tengahari kepada semua murid serta seluruh warga SKBK
Alhamdulillah sambutan Hari Guru SKBK berjalan lancar dan meriah dengan semua warga SKBK meraikannya dengan menghargai setiap pengorbanan guru mendidik anak-anak SKBK.
TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SAYA.