Saturday 31 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2015

SMK Seri Nering, 28 Januari 2015 - Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah telah berlangsung di SMK Seri Nering dengan penyertaan dari 22 buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah. Yang mana SKBK tidak ketinggalan mengambil bahagian pada kali ini.  Seramai 4 perserta lelaki dan 4 peserta perempuan mewakili sekolah ke kejohanan ini yang mana merangkumi 6 kategori ialah Lelaki 18, Perempuan 18, Lelaki 15, Perempuan 15, Lelaki 12 serta Perempuan 12. Guru pengiring SKBK ialah En. Tajul Asyikin bin Jurid serta En. Kamarul Hisyam bin Sulong yang juga selaku jurulatih.

Aturcara Kejohanan :
7.30 pagi : Pendaftaran
8.00 pagi : Kejohanan Bermula
10.00 pagi : Rehat
11.00 pagi : Majlis penyampaian Hadiah.
12.30 tgh : Bersurai.
Sekitar Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah 2015
 Pencapaian:
Mata kejohanan kali ini dikira sehingga nombor ke-30. SKBK tidak ketinggalan melakar kejayaan yang mana Adik Azuhairi bin Alias dari tahun 6 Maju telah mendapat tempat ke-9 dan adik Intan Puteri Maisarah bt. Zaid juga dari kelas yang sama mendapat tempat ke-11. Keseluruhannya SKBK menduduki tangga ke-8 berdasarkan mata dari 44 buah sekolah Rendah.
Tahniah kepada Guru pembimbing serta peserta Kejohanan. 


Salah seorang peserta wakil SKBK, adik Azuhairi Alias mendapat tempat ke-9.

Insya Allah semoga SKBK akan terus maju dan hebat dalam bidang ko-kurikulum terutama kejohanan sukan.

MAJLIS WATIKAH PENTAULIAHAN PENGAWAS 2015

SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2015 pada 26 Januari 2015 melibatkan 46 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini.
Majlis tersebut yang bermula seawal 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar serta dengan kehadiran ASP Abd. Halim bin Abdullah serta Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Jerteh iaitu Koperal Ibrahim bin Che Kar .Majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, En. Yusoff bin Mamat dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhammad Zain bin Wan Bakar.  Beliau menekankan sekali lagi tentang 6 Aspirasi Murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Beliau mengharapkan pengawas sekolah menjadi role-model kepada murid-murid dalam aspek ketinggian sahsiah serta akhlak yang mulia dan budaya memberi salam perlu dilaksanakan bermula dari pengawas sekolah.  Turut berucap dalam majlis tersebut,ASP Abd. Halim bin Abdullah yang mana beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.Setiap pengawas perlu menitik beratkan pelbagai aspek yang berkaitan sahsiah serta keterampilan diri tanpa mengabaikan nilai-nilai mulia sebagai pengawas sekolah.
Add caption

Sesi bergambar Pengawas 2015

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 1

SK Bukit Kenak, 25 Januari 2015 - Bermula 11 januari yang lepas, program Transisi Tahun 1 kini berada di penghujungnya. Bagi mendekalti para murid baru ini satu Majlis Temu Murni bersama para penjaga mereka telah diatur bagi memberi gambaran jelas dunia persekolahan. Sepanjang tempoh program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penyelaras Tahun 1 kali ini ialah Pn. Nor Fauziah bt. Aminudin dengan dokongan para guru kelas iaitu Pn. Sariah Abdul Ghani 1 Maju dan Puan Zarinawati Shaari 1 Usaha serta semua guru yang mengajar tahun 1. Antara Objektif Perlaksanaan Program ini ialah :
1.  Murid dapat menyesuaikan diri untuk memasuki Tahun 1.
2. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan rakan baru dalam masa yang        singkat.
3. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara      menyeluruh sebelum memulakan proses P&P.
4.  Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.

95 Orang Murid Tahun 1 mendaftar masuk ke SKBK 
Pada tahun ini seramai 95 orang murid tahun 1 mendaftar masuk ke SKBK  yang mana 35 orang di kelas 1 Jaya, 32 orang di kelas 1 Maju dan 28 lagi di kelas 1 Usaha. Pelbagai aktiviti dirangka sejajar dengan objektif Program Transisi kali ini. Bagi melicinkan program, setiap murid disediakan tanda nama yang mewakili kelas masing-masing dan sebarang aktiviti dijalankan mengikut kelas selama 2 minggu pelaksanaannya.
Suasana Minggu Pertama Transisi
Aktiviti Sukan dan pertandingan
 Antara aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak baru SKBK ini ialah pertandingan sukaneka yang mana rata-rata menunjukkan minat dan proaktif. Ini digalakkan oleh imbuhan berbentuk hadiah bagi yang menang. Para guru tahun 1 dilihat sangat bersedia dan bersama-sama membimbing anak-anak ini dan tidak lupa para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa datang memberi sokongan kepada anak masing-masing.
Penyampaian hadiah sukaneka
Majlis Penutup Minggu Transisi 2015, 22 Januari 2015 jam 11.30 pagi:
Setelah hampir dua minggu program ini berlangsung, akhir tiba di titik akhir, yang mana anak-anak baru SKBK telah dapat menghadam dunia persekolahan baru mereka. Majlis ini dipengerusikan oleh Kaunselor SKBK, En. Yusoff bin Mamat yang mana beliau juga merupakan salah seorang tulang belakang program Transisi kali ini. Beberapa aspek berkaitan dengan persekolahan dan perubahan tingkah laku murid menjadi topik beliau supaya para penjaga dapat memahami situasi anak mereka di sekolah dan tidak cepat menimbulkan spekulasi.
Ibu Bapa dan murid di Majlis Penutup Program Transisi 2015
Beliau menjemput guru Penyelaras Tahun 1, Puan Norfauziah bt. Aminuddin bagi memberi penerangan lanjut tentang keperluan dan program ini kepada para penjaga. Dan sebagai penutup, GPK Pentadbiran Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain dijemput untuk memberikan ucapan serta merasmikan penutup program Transisi 2015. Beliau dalam ucapan, menyampaikan salam Takzim tuan Guru Besar yang tidak bersama-sama dalam majlis tersebut di atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Beliaudalam pada itu mengingatkan para penjaga agar prihatin dan mengambil berat berkaitan persekolahan anak-anak tahun 1 dan memberi kerjasama kepada para guru agar anak-anak ini berjaya dididik dan hebat akademiknya kelak.
Penyerahan Buku Teks dan Buku Aktiviti kepada murid tahun 1
Selesai majlis tersebut, satu agenda terakhir dilaksanakan iaitu, penyerahan buku teks serta buku aktiviti kepada semua murid tahun 1 mengikut kelas dengan kehadiran para penjaga mereka bagi memudahkan urusan tersebut di buat. Alhamdulillah Program Minggu Transisi pada kali ini berjalan lancar dan semoga akan diteruskan lagi dengan jayanya di tahun-tahun yang mendatang. In sha Allah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU TAHUN 1 DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Monday 26 January 2015

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU PN. ROSE MONALISA MUHAMAD


SK Nyiur Tujuh, 22 Januari 2015 - SKBK sekali lagi kehilangan seorang warga pendidik, Pn. Rose Monalisa bt. Muhamad yang dinaikkan pangkat menjadi GPK HEM Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak. Beliau mula melaporkan diri di SK Nyiur Tujuh pada 16 Januari yang lalu. Dengan inisiatif Kelab Guru dan Staf, satu rombongan kecil mengiringi yang dirai ke sekolah baru beliau. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini selama lebih kurang 5 tahun sebagai guru PPKI.

Rombongan dari SKBK ke SK Nyiur Tujuh.
Semoga Puan Rose Monalisa akan terus sukses dalam karrier beliau sebagai pendidik di tempat baru. Selamat maju Jaya dan panjang umur semoga berjumpa lagi.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kasih terpaut di dalam hati
Jasamu puan akan dikenang.

Wednesday 21 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 HIJRAH BERSAMAAN 2015 PERINGKAT SEKOLAH

SK Bukit Kenak, 21Januari 2015 - Seawal jam 7.15 pagi, semua murid berkumpul untuk sarapan pagi sebelum majlis sambutan bermula dengan tema : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Sambutan kali ini melibatkan semua murid SKBK yang berjumlah 586 dan semua earga pendidik, Staff serta kakitangan swasta. Bagi menjayakan majlis, seramai 6 orang RELA bertugas pagi mengawal lalulintas. Suasana agak meriah dengan semua memakai pakaian baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung berwarna-warni. Antara objektif sambutan kali ini ialah :

1. Mendidik murid mengenali dan  mencintai Rasulullah s.a.w. 

2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah saw 
3. Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw. 
4. Melahirkan kerjasama dikalangan murid  dalam merealisasikan aktiviti sekolah.

Perarakan Maulidur Rasul mengikut Rumah Sukan sekitar Kg. Bukit Kenak.
Aturcara Majlis :



7.45 pagi   : Jamuan murid-murid di kantin

8.15 pagi   : Berkumpul di Dewan
8.30 pagi   : - Bacaan Doa Oleh Ustaz Rozani bin Hassan
                   - Ucapan Guru Besar
                   - Ucapan Wakil KPPDB Ustaz Mohd. Nor bin Salleh
                   - Ceramah Maulidur Rasul oleh Yg. Berbahagia Ustaz Ahmad Azhar bin Harun
                     Pegawai Agama Daerah Besut
9.30 pagi   : Perarakan Maulidur Rasul Mengikut Rumah Sukan
10.30 pagi : Rehat (Jamuan Guru dan Kakitangan di Bilik K.Hidup)
11.30 pagi : Pertandingan Kuis Mulidur Rasul 
12.45 tgh   : Majlis Bersurai

Pelbagai persiapan dilakukan bagi meastikan Sambutan kali ini berjalan lancar dengan kerjasama murid serta Warga SKBK dari aspek penyediaan makanan, persiapan tempat, sepanduk serta kawalan murid dengan kerjasama guru-guru KAFA dan pekerja swasta.
Ustaz Mohd. Nor bin Salleh dan Guru Besar memberi ucapan di majlis sambutan.

 Bertepatan dengan tema kali ini "Perpaduan Nadi Transformasi Negara", tuan guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar dalam ucapan beliau mengingatkan tentang toleransi yang perlu ada dalam masyarakat yang berbilang bangsa tanpa menggandaikan nilai-nilai agama seperti yang berlaku dalam isu K-Pop baru-baru ini. Beliau juga menyentuh peribadi junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W yang perlu dijadikan contoh teladan yang terbaik. Begitu juga dengan Ustaz Mohd. Nor bin Salleh yang mana dalam ucapan beliau membawa murid-murid menelusuri sejarah kelahiran Baginda Rasul yang perlu dikenang dan mengajak murid-murid menjadikan baginda ikon untuk berjaya.

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Ahmad Azhar bin Harun, Pegawai Agama Daerah Besut.
Majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Azhar bin Harun yang sangat menarik dan mencuri tumpuan para murid. Beliau berjaya mendapat perhatian dari murid skbk dalam ceramah beliau sambil berqasidah tentang sirah kelahiran Baginda Nabi disamping memberi imbuhan kepada yang berjaya menjawab soalan dari beliau. Adik Mohd. Alif Nasarudin bin Nordin dari kelas 5 Jaya berjaya memberi huraian berkaitan yang ditanya oleh beliau.

Penyampaian Cenderahati kepada jemputan yang hadir.
 Seusai perarakan, murid-murid menikmati makanan mereka di kantin dan para guru, jemputan, RELA, Guru KAFA serta pekerja swasta  di bilik Kemahiran Hidup. Setelah itu para murid berkumpul di dewan SKBK untuk program Kuiz Maulidur Rasul.
Kuiz yang mendapat sambutan dari para murid yang dikendalikan oleh En. Yusof bin Mamat dan Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian.
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Jutaan Penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.

Monday 19 January 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

SK Bukit Kenak, 18 Januari 2014 - Satu majlis penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 telah berlangsung peringkat SK Bukit Kenak. Di mana melibatkan seramai 554 murid dari tahun 1 hingga 6 kecuali murid dari kelas 5M yang akan menerimanya di peringkat zon. Para penjaga murid dipanggil mewakili anak masing-masing bagi menerima bantuan ini. Seramai 18 orang guru kelas juga terlibat mengikut kelas masing-masing yang dijalankan serentak di dewan terbuka SKBK.
Di pengerusikan oleh En. Yusof bin Mamat, Kaunselor SKBK

Ucapan E. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar, Guru Besar SKBK

Dalam pada itu, guru besar SKBK En. wan Mohd. Zain bin Wan Bakar dalam ucapan beliau mengingatkan para ibu bapa dan penjaga agar dapat memanafaatkan wang RM 100 yang diterima untuk keperluan persekolahan murid-murid. Beliau juga mengingatkan agar wang tersebut tidak sekali-kali digunakan bagi tujuan lain selain pendidikan murid dan beliau berterima kasih kepada para ibu bapa kerana sanggup hadir dan menunggu dengan sabar pengagihan wang di laksanakan.
Penjaga menandatangani penerimaan Bayaran Awal Persekolahan 2015

Semoga dengan Bantuan Awal Persekolahan ini dapat meringankan beban para penjaga menyediakan keperluan persekolahan anak masing-masing 
Alhmdulillah dengan kerjasam semua pihak, majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2015 dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sunday 11 January 2015

FIRST DAY, FIRST BELL, FIRST LESSON : SELAMAT MENEMPUHI SESI PERSEKOLAHAN 2015

SK Bukit Kenak - 11 Januari 2015, hari ini hari pertema sesi persekolahan 2015. Hujan renyai-renyai di awal subuh menyambut bersama hari yang lama dinantikan oleh warga SKBK.  Trafik di hadapan sekolah agak sesak dengan kereta-kereta penjaga yang menghantar murid ke sekolah terutama murid Tahun 1.

Para Penjaga Murid tahun 1 menghantar anak masing-masing ke kelas.
Gambar Ihsan penjaga.
Hari persekolahan berjalan lancar dengan semua persediaan yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran guru.Semoga sesi 2015 ini lebih cemerlang dan berjalan lancar. Insya Allah.

Friday 9 January 2015

RPT KSSR Semua Subjek Setiap Tahun & RPT Tingkatan 1 Hingga 5

Kepada semua warga pendidik SKBK klik pautan di bawah untuk mendapatkan RPT KSSR Tahun 1 hingga 5

RPT KSSR Tahun 1 - 5. Klik Di sini


HARI PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2015

Sk Bukit Kenak - Pada 8 Januari yang lalu telah berlansung Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali pertama 2015 yang di hadiri oleh semua guru dan staff SKBK sejurus selesainya Pendaftaran murid bagi sesi 2015. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SKBK, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar.

Para Guru dan Staff SKBK
Tuan Guru Besar memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan beliau yang menggambarkan perasaan terima kasih dan bangga dengan warga skbk yang seperti keluarga. Beliau seterusnya menyentuh perihal tugas dan tanggungjawab para pendidik dalam melaksanakan amanat. Ditekankan juga isu First Day, First Bell, First Lesson. Beliau dalam pada itu meminta para juga menambahbaik aspek dokumentasi dimana setiap guru dibekalkan satu fail PPB untuk memartabatkan lagi tugas para guru. Bermula tahun 2015 ini juga, SKBK akan menggunapakai sistem 'Punch Card' bagi merekod kehadiran guru dan staf.

Dokumen penting bagi sesi persekolahan.
SKBK pada tahun ini menerima dua warga baru, iaitu En. Wan Suhaimi Wan Hassan iaitu GPK HEM yang baru dari SK Kuala Besut 2 dan Cik Hajah Zarida dari SK Pasir Akar. Manakala kekosongan GPK Pentadbiran diisi oleh Tn. Hj. Abdul Yazid bi. Muhd. Zain mantan GPK HEM SKBK. Para guru juga diberikan penerangan jelas tentang bidang tugas masing-masing bagi sesi 2015 dan tidak banyak perubahan besar berlaku sama ada dalam J/Kuasa Kurikulum, J/Kuasa HEM mahupun J/K Ko-kurikulum.

Mendengar amanat yang disampaikan oleh barisan kepimpinan SKBK.
Semoga sesi persekolahan yang akan bermula pada 11 Januari depan bakal menjanjikan transformasi serta penambahbaikan yang akan membawa SKBK ke puncak kegemilangan. Insya Allah.