Thursday 30 April 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SKBK

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SK BUKIT KENAK 2015
SK Bukit Kenak, 30 April 2015 - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Sehubungan dengan itu, KM1M ini telah diatur oleh J/Kuasa Pusat sumber sekolah bagi menjayakan aspirasi membaca di kalangan murid. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. 

           Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.


Terdapat empat objektif program ini, iaitu :
1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun.
2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
3. Memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan         bacaan.
4. Memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
ATURCARA PROGRAM :

8.00 pagi   : Murid-murid berkumpul di Dewan
8.30 pagi   : Ucapan GPK Pentadbiran dan Perasmian KM1M
8.45 pagi   : Resensi Buku BM dan BI
9.00 pagi   : Persembahan Murid
9.30 pagi   : Aktiviti dalam Kelas (Bacaan Buku 30 Minit)
10.15 pagi : Rehat Tahap 1
10.45 pagi : Rehat Tahap 2 dan Mewarna Tahap 1
11.15 pagi : Melukis Poster Tahap 2
12.45 tgh   : Tamat program

Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan KM1M tahun ini dan semoga usaha yang murni ini dapat mendidik anak SKBK dalam memupuk budaya membaca dan ilmu hingga mereka dewasa kelak. Tahniah dan syabas di atas penganjuran program sebegini yang semestinya memberikan sejuta hikmah dan manafaat untuk semua murid dan warga SKBK.
TAHNIAH DAN SYABAS.

Wednesday 22 April 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH BESUT 2015

Laporan Oleh : Mohd. Shahril Md. Shah
                         (Penyelaras  PPKI)

Pingat yang dimenangi
 Pusat Latihan Olahraga dan Balapan, Alor Lintang - Pada 14 dan 15 April 2015, telah berlangsung Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Besut. Kejohanan ini telah dilangsungkan di balapan Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alor Lintang. Kejohanan telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Bin Mad Ali, Pengawai Khas, Unit Pendidikan Swasta dan Khas PPD Besut.
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak (PPKI SKBK) telah menghantar seramai 8 orang murid untuk menyertai 6 dari 8 acara yang dipertandingkan bagi kategori Junior Lelaki dan Junior Perempuan. Walaupun PPKI SKBK gagal mempertahankan takhta kejuaraan seperti yang dimenangi pada tahun lepas, PPKI SKBK masih mampu meraih kejayaan dengan merangkul 1 pingat Emas dan 3 pingat Perak. PPKI SKBK meraih tempat kedua keseluruhan dari lain-lain sekolah yang bertanding di belakang Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah.
Majlis Penyampaian Pingat.
Walaupun sekadar tempat kedua keseluruhan, murid-murid PPKI SKBK telah berjaya melonjakkan imej SKBK sebagai pencabar pada kejohanan tahunan ini.  Seorang murid  PPKI SKBK iaitu Nor Fatihah Bt Nordin telah terpilih mewakili daerah Besut ke Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada 27 dan 28 April 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Bil
Nama Murid
Acara
Kejayaan
1
Nor Fatihah Bt Nordin
Lontar Peluru P
Pingat Emas
2
Siti Noorliayana Bt Ahmad Rosli
Lompat Jauh P
Pingat Perak
3
Khairul Azman Bin Abd Ghafar
Lontar Peluru L
Pingat Perak
4
Pasukan 4X100m Lelaki
4x100meter L
Pingat Perak

Monday 20 April 2015

PENYAMPAIAN WANG SAGUHATI HAFAZAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU

SK Bukit Kenak, 19 Mac 2015 - Seramai 30 orang murid dari tahun 4 hingga 5 menerima wang saguhati hafazan Juz Amma yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Terengganu yang berjumlag RM 50 setiap seorang. Ini merupakan program yang diadakan pada tahun 2014.
Penyampaian disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Hj. Abdul Yazid bin Mohd.Zain yang diiringi oleh Ketua Panitia Pend. Islam Puan Hasliza bt. Husin serta Penyelaras program Hafazan Ustaz Rozani Hassan.

Tahniah dan Syabas kepada adik-adik SKBK diatas kesungguhan menghafaz Al-qur'an dan semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehan.

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON JERTEH 2015

SK Bukit Kenak, 15 April 2015 - SKBK sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Karnival Bahasa Melayu 2015.Majlis Guru Besar Besut Zon Jerteh telah mengadakan Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Jerteh, Terengganu  untuk sesi persekolahan 2015 pada 15 hb April  2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Jerteh ,Terengganu.
Karnival ini  melibatkan 126 orang murid-murid dan 28 orang hakim serta guru pengiring. Sekolah yang terlibat sebanyak 12 buah sekolah.Hakim telah dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Jerteh,yang dilaksanakan pada 23 hb Mac 2015.
 Antara kategori yang dipertandingkan dalam Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Jerteh adalah;
1.      Bercerita Tahap 1 – 12 buah sekolah
2.      Bercerita Tahap 2 – 12 buah sekolah
3.      Pidato                       - 12 buah sekolah
4.      Bicara Berirama    - 3 buah sekolah
Pendaftaran Peserta
Acara Bicara Berirama di Dewan Al-Khawarizmi SK Bukit Kenak
 Sebelum pertandingan dimulakan , pada jam 8.30 pagi, semua hakim, penjaga masa,pengacara  dan jurulatih peserta dari semua sekolah yang menyertai Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Jerteh 2015 telah diberi taklimat ringkas tersebut oleh Ketua Hakim iaitu Puan Zam binti Ismail dari Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh , Terengganu. Karnival ini bermula seawal 10.00 pagi . Karnival berjalan dalam lingkungan dua jam setengah.
Pertandingan Pidato yang bertempat di Bilik j-Qaf 2
Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2
Bagi majlis penutup, acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En Mat Rani B Yacob dari  Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak.Selesai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan rumusan daripada Ketua Hakim Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Jerteh 2015 . Beliau mengharapkan semua pihak berpuashati dengan segala keputusan pertandingan kerana semua hakim dan guru jurulatih telah diberi taklimat ringkas.
Majlis Penutup
Majlis Penutup diteruskan dengan ucapan Perasmian penutup oleh Pengerusi Zon Jerteh, merangkap tuan rumah iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak, Jerteh ,Terengganu,     En Wan Mohd Zain Bin Wan Bakar.
Majlis diteruskan dengan persembahan semula juara dan pemenang semua kategori iaitu :

1.Bercerita Tahap 1 – adik  Nor Lisa Awanis binti Riduan Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh 
2.Bercerita Tahap 2 – adik Masyitah binti Affandi dari Sekolah Kebangsaan Tok Motong
3.Pidato - adik Nur Idiena bt Juraimi Sekolah Kebangsaan Tanah Merah
4.Bicara Berirama -Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak

Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang.
Pencapaian yang amat membanggakan ialah pasukan Bicara Berirama SKBK yang berjaya merangkul kejayaan dan akan mewakili daerah ke peringkat Daerah nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak SKBK kita nanti.
Kredit laporan : Puan Nurlizah bt. Surep

LAWATAN BERINFORMSI KE PESTA BUKU TERENGGANU 2015

Stadium Tertutup Gong Badak, 29 Mac 2015 - Menyahut seruan untuk mewujudkan generasi berilmu serta berbudaya membaca, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Terengganu baru-baru ini. Rombongan bertolak jam 8.30 pagi dari sekolah dan sampai kira-kira jam 10.30 pagi.

Objektif:
1.      Meningkatkan minat membaca yang berterusan.  (avid reader).
2.      Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
3.      Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
4.      Mengenalpasti tokoh murid yang banyak  membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
5.      Menampilkan murid yang mengamlkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        

6.      Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

Pesta Buku terengganu 2015
 Seramai 38 orang murid menyertai lawatan pada kali ini dengan di iringi oleh 6 guru pengiring yang diketuai oleh Kaunselor SKBK En. Yusoff bin Mamat. Para peserta dilihat amat teruja untuk membeli buku-buku yang dijual sama ada buku akademik atau bacaan fiksyen.
Menyelami khazanah tradisi masyarakat menaiki bot peambang di Jeti Seberang Takir menuju ke Pasar Payang.
 Para peserta kawatan kemudiannya dibawa menaiki bot menyeberangi muara sungai Terengganu di Kg. Seberang takir untuk ke Pasar Payang. Terpancar keterujaan kerana ini adalah kali pertama para peserta menaiki bot yang agak jarang dilakukan oleh masyarakat luar kuala Terengganu.
Sejurus tiba di Pasar Payang,peserta di bawa ke mendaki Bukit Puteri yang merupakan mercu tanda bandar Kuala Terengganu yang juga menyimpan khazanah sejarah yang tidak ternilai iaitu meriam dan kubu lama .
Setelah itu para peserta lawatan dibawa berehlagh di Pantai Batu Buruk, bagi menikmati keindahan alam serta makan tengahari dan bersolat sebelum pulang. Makanan pesrta lawatan kali ini merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu. Jam 4.00 petang rombongan bertolak pulang dan sampai jam 6.15 petang.

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS EXPO KARNIVAL PENDIDIKAN DAERAH BESUT 2015

Pantai Air Tawar, Besut, 28 Mac 2015 - Pelbagai acara disediakan oleh pihak penganjur dan salah satunya ialah Pertandingan Mewarna dan Melukis. SKBK menghantar 5 peserta bagi acara ini.



Menerima hadiah dari pihak penganjur.


Tahniah kepada adik-adik SKBK yang berani menunjukkan bakat mereka. SKBK pulang dengan 1 tempat pertama, 1 tempat ke-2 dan 3 saguhati.

KARNIVAL DAKWAH PERINGKAT ZON JERTEH 2015

SK Padang Landak, 24 Mac 2015 - Alhamdulillah, SKBK seperti biasa menghantar wakil bagi menyertai Karnival Dakwah pada tahun ini. Antara acara yang disertai ialah :

1. Tilawah Lelaki
2. Tilawah Perempuan
3. Hafazan Lelaki
4. Hafazan Perempuan
5. Nasyid
6. Bercerita kisah-kisah Al-qur'an Lelaki
7. Bercerita kisah-kisah Al-qur'an Perempuan
Kumpuan Nasyid Fakhruddin mewakili SKBK
Peserta Hafazan
Guru Pengiring bersama para peserta yang memenangi pertandingan
Tahniah adik Muhd. Amir bin Hasbullah kerana muncul juara Hafazan Zon Jerteh 2015
Tahniah kepada semua peserta serta guru pengiring yang melatih anak-anak SKBK untuk berjaya serta membina keyakinan diri. Antara kejayaan yang dicapai ialah :
1. Johan Hafazan Lelaki - Adik Muhd. Amir bin Hasbullah
2. Tempat ke-3 Tilawah Perempuan - Adik Nur Hasanah Abdullah