Tuesday 26 May 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2015


SK Bukit Kenak, 16 Mei 2015 - Bagi merealisasikan agenda Kerajaan Negeri Tereangganu, jabatan ini telah memutuskan bahawa semua sekolah menengah dan sekolah rendah negeri Terengganu akan mengadakan Gotong Royong Perdana Sekolah-sekolah Negeri Terengganu yang bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Sekolah Terbersih. Maka dengan itu, SKBK dengan kerjasama Sarana PIBG bersama-sama menjayakan gotong-royong kali ini.

Bersiap untuk bergotong-royong
 Pada jam 8.00 pagi semua guru, ibu bapa dan murid berkumpul setelah selesai sarapan pagi bagi memulakan program. Mereka dipecahkan kepada 3 kawasan iaitu :
i. Mencabut Duri Kemang atau semalu di kawasan padang menggunakan parang, playar dan alatan lain
ii. Kawasan sekolah - mengumpulkan sampah-sarap
iii. Kawasan Kantin - Melukis mural dan taman herba kantin
Para guru dan ibu bapa turut serta membersihkan kawasan sekolah
Anak-anak SKBK yang prihatin
Membersihkan kawasan padang dari rumput semalu.

Wakil PPD Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris
Pasukan menceriakan Kantin Sekolah
Alhamdulillah Gotong-royong ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Tahniah kepada semua yang terlibat!

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BESUT 2015

SK Alor Keladi, 13 Mei 2015 - Telah berlangsung karnival B.Inggeris Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut. SKBK menghantar 3 pasukan iaitu :
1. Actions Song
2. Choral Speaking
3. Poetry Recitation.

Mereka adalah anak-anak SKBK yang telah mengharumkan nama sekolah diperingkat Zon Jerteh pada 10 Mei yang lalu. Pertandingan bermula pada jam 9 pagi ini berakhir jam 1.00 tengahari.


Pasukan yang bertanding bagi acara Choral Speaking
 Alhamdulillah pasukan Choral Speaking SKBK berjaya merangkul tempat ke-3 sepertimana pasukan Actions Song. Dan bagi acara Poetry Recitation, peseta SKBK merangkul naib johan. Tahniah untuk semua peserta yang mengambil bahagian.
Pasukan Actions Song SK Bukit Kenak dengan tema Holiday

Tahniah kepada semua pemenang dan tenaga kerja guru yang terlibat

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT ZON JERTEH 2015

SK Alor Lintah, 10 Mei 2015 - Telah berlangsung Karnival B.Inggeris Peringkat Zon Jerteh. SKBK telah menghantar seramai 56 orang murid yang mewakili acara :
1. Story Telling
2. Public Speaking
3. Actions Song
4. Choral Speaking
6. Poetry Recitation

Tahniah Panitia Bahasa Inggeris dan Peserta Karnival B.Imggeris 2015
Johan bagi acara Poetry Recitation dan Actions Song
Alhamdulillah SKBK pulang dengan merangkul 3 kejayaan iaitu Actions Song, Poetry Recitation dan Choral Speaking yang akan mewakili Zon Jerteh ke peringkat Daerah Besut yang akan berlangsung pada 13 Mei 2015, Rabu di SK Alor Keladi.
Sama-sama kita doakan kejayaaan anak-anak SKBK. Fighting!



PERKHEMAHAN ST. JOHN AMBULANS KAWASAN BESUT 2015


TAPAK PERKHEMAHAN ST. JOHN AMBULANS PASUKAN SK BUKIT KENAK
 Kem Seri Keluang ,7 Mei 2015 - Telah berjalannya Perkhemahan St. John Ambulans Kawasan Besut yang mana disertai oleh 10 orang murid SKBK iaitu 5 Lelaki dan 5 Perempuan. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh St.John Ambulans Kawasan Besut dengan pelbagai aktiviti berjalan bagi meningkatkan kompitensi murid-murid dalam pertolongan cemas dan ikhtiar hidup. Para peserta dinilai melalui kerjasama pasukan dan integrasi.
        
Suasana Tapak Perkhemahan
Pendaftaran bermula pada jam 2 petang dengan kehadiran semua peserta dan guru-guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Pertandingan Taraf Perkhemahan
2. Jalan Lasak Bermaklumat - Individu dan pasukan
3. Pertandingan Sketsa - Pasukan
4. Pertandingan Masakan Rimba - Integrasi
5. Pertandingan Pertolongan Cemas.

Pasukan juga dinilai melalui aktiviti membina gajet dalam tapak masing-masing.
Sketsa, Masakan Rimba dan Ceramah Pemakanan Sihat
Selain pertandingan, para peserta juga didedahkan tentang Pemakanan sihat melalui ceramah oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah. Para peserta juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah dan tazkirah.

Ekspidisi Mendaki Bukit Keluang dengan ketinggian 350 meter
Aktiviti yang paling diminati oleh para peserta ialah ekspidisi mendaki bukit Keluang yang setinggi 350 meter bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Para peserta diuji ketahanan fizikal dan mental mereka selain dari belajar mengamati keindahan flora dan fauna yang jarang sekali di lihat. Ekspidisi ini diketuai oleh Kem Komanden En. Ridhwan Vijaya dari Pusat Kegiatan Ko Besut. Antara guru yang turut serta ialah, En. Zainudin Muhamad, Puan Suriani Muhammad dan Cik Yusni bt. Ab.LLah.
Kawasan Perkhemahan yang sangat kondusif
Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tahniah dan syabas kepada Pasukan st. John Ambulans SKBK yang turut mendapat tempat ke-2 dalam acara persembahan Sketsa. Jutaan penghargaan kepada semua guru SKBK yang bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan kali ini.

Sunday 24 May 2015

Majlis Pertukran YM Tuan Roslan Long Ahmad, En. Mazani Salleh serta Perpisahan Guru Praktikum

SK Bukit Kenak, 6 Mei 2015 - Sebutir pertama yang pernah menyinari SKBK selama 17 tahun akhirnya dibawa pergi. YM Tuan Roslan Long Ahmad atau lebih dikenali dengan nama manja oleh rakan-rakan sekerja sebagai "Pok Su Lan" kini bergelar pendidik di SK Bukit Tempurung. Berat kaki beliau melangkah kaki, berat lagi hati kami untuk melepaskan beliau. Di kenali sebagai insan yang sangat prihatin seperti seorang kawan, abang dan juga ayah bagi warga SKBK.

Majlis Pertukaran Pok Su Lan, En. Mazani dan Guru-guru Praktikum
 Manakala, En.Mazani bin Salleh tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu beliau diwakili oleh En. Muhd. Shahril bin Md. Shah selaku Penyelaras PPKI untuk menerima hadiah dan cederahati.
Ucapan terakhir sebagai guru SKBK juga ucapan dari Tuan Guru Besar dan juga Guru Praktikum
 Pok Su Lan dalam ucapan beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada semua rakan sekerja serta pihak pengurusan sekolah selama beliau bergelar pendidik SKBK. Walaupun beliau nampak tenang namun, dari riak wajah beliau dapat dilihat kesedihan kerana berpisah dari SKBK tercinta. Tuan Guru Besar pula dalam ucapan beliau memuji serta merakamkan penghargaan di atas jasa dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di SKBK. Sifat tenang beliau seringkali menjadi contoh kepada rakan-rakan lain dalam sesuatu keadaan. TERIMA KASIH POK SU LAN.
Hadiah tanda kenang-kenangan dari Pihak Sekolah
Cenderahati dari PIBG yang disampaikan oleh NYDP PIBG Dato' Kamaruzzaman.
Hadiah dari Kelab Guru dan Staff oleh En. Yusof bin Mamat

Tanda Ingatan dari Guru Lelaki, Panitia B.Melayu serta PPKI
Hadiah dari Guru Praktikum kepada Guru Penyelia
 Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semoga ukhuwwah yang terbina ini akan terus kekal walaupun sudah berkhidmat di sekolah lain. Terima kasih.
Hadiah dari yang diraikan kepada pihak sekolah.