Thursday, 23 February 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

05 Februari 2017, Sk Bukit Kenak - Telah berlangsung Pelancaran Program Jom Sekolah. Majlis bermula jam 7.45 pagi di Dewan Al-Khawarizmi.




Wednesday, 15 February 2017

MAJLIS MERAIKAN HAJAH HAMIDAH ABDUL HAMID KE SK BETING LINTANG


04 Januari 2017- Satu rombongan menghantar Hjh. Hamidah Abdul Majid yang kini sebagai GPK Ko-Kurikulum SK Beting Lintang. Barisan guru SKBK serta staff dan pekerja bertolak pada jam 1030 pagi dan sampai kira-kira jam 11.00. 



Rombongan kami disambut dengan agak meriah walaupun sekolah yang kecil. Hajah Hamidah telah mula bertugas di SKBK pada tahun 2013. Pelbagai pencapaian yang hebat telah dihasilkan hasil usaha dan komitmen beliau, seorang guru yang berdedikasi dan komited terhadap kerja, disenangi oleh semua warga SKBK.

Setelah selesai majlis dan jamuan di SK Beting Lintang, kira-kira jam 1 tengahari, kami bertolak pulang dengan seribu satu rasa kehilangan insan yang sangat berharga bagi SKBK.


 Satu lagi Majlis Pertukaran beliau diadakan di SKBK, dengan ucapan Guru Besar dan yang diraikan. Serta penyampaian tandahati dari pelbagai pihak bagi menghargai jasa dan bakti Puan Hajah Hamidah, kehilangan yang tiada gantinya. SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.