Sunday 1 January 2017

SELAMAT DATANG 2017



1 Januari 2017, SK Bukit Kenak - Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2017 berjalan dengan lancar walaupun dengan cuaca yang tidak menizinkan, perhimpunan dapat diadakan di Dewan Al-Khawarizmi. Seawal jam 7.30 pagi, murid-murid dan guru mula berkumpul di Dewan termasuk para ibu bapa murid tahun satu.



Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi Majlis iaitu Pn. Norlizah bt. Surep dan bacaan doa oleh Adik Mohd. Izat dari kelas 5M, nyanyian lagu negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Ini diikuti oleh ucapan GPK HEM En. Mohd. Zaid bin Hussain yang memberikan taklimat serba sedikit tentang peraturan sekolah dan perkara-perkara yang berkaitan Hal Ehwal Murid.  


 Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan tuan Guru Besar Hj. Azmi bin Yaakob yang menekankan tentang aspek-aspek penting di awal persekolahan.
 

Taklimat Program Transisi oleh Penyelaras Transisi TAhun 1 Pn. Fauziah binti Aminuddin.

Wajah-wajah anak tahun 1SKBK 2017 
Perhimpunan tidak rasmi ini berakhir pada jam 8.30 pagi dengan semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk sesi PdP dan manakala guru yang berkelapangan dijemput ke surau sekolah untuk solat hajat.