Wednesday 25 April 2012

Ceramah Keibubapaan dan Sesi Dialog Bersama Ustaz Mohd Zawawi b. Mohamad

Pada 24 April 2012 telah berlangsungnya Ceramah Keibubapaan dan Sesi Dialog Bersama Ustaz Mohd Zawawi b. Mohamad, Penceramah Bebas Radio FM Kelantan merangkap Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah, Kelantan. Majlis yang disertai oleh Guru-guru SKBK, pelajar Tahun 6 dan ibubapa pelajar tahun 6 ini berlangsung meriah dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta  yang hadir.


Penceramah Jemputan : Ustaz Mohd Zawawi b. Mohamad


Sambutan yang mengalakkan dari Ibubapa pelajar


Penuh perhatian, "petua menjadi ibubapa terbaik"

Monday 16 April 2012

Majlis Tilawah A-Qur'an, Hafazan dan Bercerita Kisah-kisah Dari Al-Qur'an dan Festival Nasyid Peringkat MSSZJ 2012

Bersempena Majlis Tilawah A-Qur'an, Hafazan dan Bercerita Kisah-kisah Dari Al-Qur'an dan Festival Nasyid Peringkat MSSZJ 2012, Panitia Agama Islam SKBK telah melatih bakat-bakat murid mengambil bahagian dalam acara-acara yang di pertandingkan. MTQ kali ini berlansung di SK Seberang Jerteh pada 26 Mac yang lalu. Berikut pencapaian yang diperolehi :

Naib Johan Festival Nasyid 2012
Kumpulan Al-Raudhah


Naib Johan Tilawah L : Mohd. Hasrul Naim bin Hassan
Ke-3 Bercerita : Adik Muhd. Hazim bin Tarmuzi
Adik Nur Maisarah bt. Said

Semoga pencapaian tahun ini akan menjadi kayu ukur bagi tahun-tahun mendatang..

Bintang Cemerlang Olahraga

Tunas Harapan dari MSSDB 2012 : Adik Mohd. Amirul Hakim bin Al-Bakeri


Alhamdulillah.. bakat yang menyinar dar sekolah kita yang tercinta ini. Naib Johan Acara Lompat Jauh Lelaki bwh 12 Tahun serta JOHAN Acara 80 meter Berpagar bwh 12 Tahun


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28

29 Mac 2012, SK Bukit kenak telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28. Perasmian Penutup  Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Adun Jerteh, turut hadir bersama En. Wan Mohd Najib b. Wan Hassan selaku YDP PIBG SK Bukit Kenak dan Pn. Nazilan bt Md. Salleh, Pegawai LINUS dari PPD Besut.