Tuesday 25 February 2014

TAHNIAH SKBK! 2 PINGAT EMAS DAN 1 GANGSA MSSSDB 2014

Pusat Latihan Balapan, SMK Nasiruddin Shah - Kejohanan Oleharaga dan Balapan MSSDB 2014 telah berlansung dari 16 hingga 20 Februari 2014. Menyaksikan SKBK mencatat rekod kejohanan yang membanggakan bagi tempoh 10 tahun dengan merangkul 2 emas dan 1 Gangsa. Pingat emas  diperolehi melalui acara Lompat Tinggi P12 yang diwakili oleh Adik Nur Aishah Solehah bt. Yaakub dengan memecah Rekod Kejohanan MSSDB dengan catatan ketinggian 1.27 meter. Adik Nur Aishah Solehah juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kejohanan dan Olahragawati Terbaik Kejohanan P12.
Adik Nur Aishah Solehah menerima Anugerah Olahragawati MSSSDB
yang disampaikan oleh YB. Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman, ADUN Kuala Besut.
Anugerah Peserta Terbaik Kejohanan Kategori P12
Pingat Emas kedua diperolehi melalui acara 200meter L12 yang diwakili oleh Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli. Manakala pingat gangsa diperolehi melalui acara Lontar Peluru L12.
Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli menerima pingat Emas bagi Acara 200 meter L12
Dengan usaha gigih yang dicurahkan oleh para guru Olahraga serta usaha anak didik membuahkan hasil yang membanggakan SKBK.

Monday 24 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014



SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2014 pada 9 Februari 2014 melibatkan 44 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini.
Majlis tersebut yang bermula seawal 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar serta dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Jerteh iaitu Koperal Ibrahim bin Che Kar dan Lans koperal Azhar bin Ibrahim yang menggantikan pegawai mereka yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu.Majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, En. Yusoff bin Mamat dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhammad Zain bin Wan Bakar.  Beliau menekan tentang 6 Aspirasi Murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Beliau amatlah mengharapkan pengawas sekolah menjadi role-model kepada murid-murid dalam aspek ketinggian sahsiah serta akhlak yang mulia dan budaya memberi salam perlu dilaksanakan bermula dari pengawas sekolah.  Turut berucap dalam majlis tersebut, Lans Koperal Azhar bin Ibrahim yang mengingatkan antaranya mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
Majlis penyerahan Watikah Pelantikan ini dimulakan dengan penyarungan blazer kepada Adik Muhammad Muzammil bin Mat Rofe sebagai simbolik perlantikan sebagai Ketua Pengawas. Turut disampaikan pelantikan penolong Ketua Pengawas iaitu Adik Nur Maisarah bt. Said. Ini diikuti dengan semua pengawas lain Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru dilantik iaitu Adik Muhammad Muzammil bin Mat Rofe dari Tahun 6 Jaya.
Dan bagi menghargai kesudian Pegawai Perhubungan Sekolah untuk hadir menyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pengawas, Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan hadiah cenderahati kepada beliau. Majlis ini diakhiri dengan sessi fotografi Pengawas SKBK bersama guru-guru Badan Pengawas, Pihak Pengurusan Sekolah  serta jemputan yang hadir. Sedikit jamuan mengakhiri majlis pada jam 10.00 pagi.
Badan Pengawas SK Bukit Kenak mengucapkan tahniah kepada semua Pengawas Sekolah yang telah terpilih untuk sesi 2014, serta mengharapkan agar semua Pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.

LAWATAN TUAN PPD HJ. AB. HALIM BIN HJ. HASSAN

SK Bukit Kenak, 9 Februari 2014 - SKBK menerima kunjungan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hj. Ab. Halim bin Hj. Hassan yang membuat lawatan bagi memantau perjalanan persekolahan pada waktu pagi. Beliau juga semoat meninjau perjalanan RMT dan kantin sekolah. Setelah itu beliau dengan diiringi oleh Tuan Guru besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyertai perhimpunan pagi Ahad.

Pegawai PPD memberi ucapan di Perhimpunan pagi
Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah di atas usaha melatih pengawas sekolah untuk mempengerusikan majlis perhimpunan yang mana dalam bahasa Inggeris. Begitu juga beliau amat berbangga dengan keceriaan kantin yang mana beliau mengesyorkan agar Kantin SKBK dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi. Sambil memuji penyelaras dan jawatankuasa kantin serta pihak pentadbiran SKBK.

Monday 3 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH

Kg. Gong Nangka - 30 Januari bersamaan 28 Rabiul Awaal 1435 Hijrah, dengan Temaa Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Bukit Kenak telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Aturacara Majlis Sambutan :

7.45 pagi : Jamuan murid-murid di kantin
8.15 pagi : Berkumpul di dataran
8.30 pagi :Perarakan mengikut Rumah Sukan
9.30 pagi : Ceramah di Masjid Kg. Gong Nangka
10.30 pagi : Jamuan ringan di masjid kg. Gong nangka
10.45 pagi : Perarakan pulang ke SKBK
11.15 pagi : Rehat
11.30 pagi : Pertandingan Nasyid / Bercerita Kisah nabi / Bacaan Mekanis
12.20 tgh  : Ucapan Perasmian Penutup Oleh : Wakil PPD Besut
12.45 tgh  : Jamuan Dhif, guru dan staf

Perarakan ke Masjid Kg. Gong Nangka

Alunan selawat yang diketuai oleh Ustaz Fakhrul Radzi Mokhtasar

Ceramah maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhd. Zaiman bin Mansur dari SK Kg. Nail yang sangat menarik.

Pertandingan Nasyid/ Bercerita Kisah Nabi Tahap 2 / Bacaan Mekanis Tahap 1

Majlis Perasmian Penutup oleh Penyelia Kanan Agama PPD, Ustaz Mohd. Nor bin Salleh
Majlis perasmian penutup di sempurnakan oleh Penyelia Kanan Agama PPD Besut, ustaz Mohd. Nor bin Salleh. Beliau dalam ucapannya mengharapkan agar para murid dan guru dapat menyelami maksud sambutan Maulidurrasul buka sekadar perarakan dan petandingan malah sebenarnya tanda kecintaan kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Beliau juga memuji usaha pihak sekolah mengadakan sambutan Maulidurrasul kali ini yang begitu meriah dengan penyertaan oleh seluruh warga SKBK.   

 Keputusan Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H :

1. Bacaan Mekanis :
    Tempat Pertama : Bendahara
    Tempat Ke-2     : Temenggung
    Tempat Ke-3     : Syahbandar
    Tempat ke-4      : Laksamana

2. Bercerita Kisah Nabi :
    Tempat Pertama : Bendahara
    Tempat Ke-2     : Laksamana
    Tempat Ke-3     : Syahbandar
    Tempat ke-4      : Temenggung

3. Nasyid :
    Tempat Pertama : Laksamana
    Tempat Ke-2     : Syahbandar
    Tempat Ke-3     : Temenggung
    Tempat ke-4      : Bendahara
Majlis Penyampaian Hadiah yang di sempurnakan oleh Penyelia Kanan Agama PPD, Ustaz Mohd. Nor bin Salleh.

Salam Maulidurrasul 1435 Hijrah
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Sk Bukit Kenak - Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2014 telah diadakan pada 22 januari lalu yang bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Kenak. Ia merupakan salah satu dasar baru kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam menampung perbelanjaan awal tahun bagi mereka yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah. Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dipengerusikan oleh Guru UBK SKBK, En. Yusoff bin Mamat.
Ceramah oleh En. Ghazali bin Che Noh mengisi slot bersama penjaga.

Bagi menjelaskan dasar kerajaan, En. Ghazali bin Che Noh selaku Exco UMNO Besut turut hadir bagi tujuan tersebut. Beliau mengharapkan para ibu bapa agar memanafaatkan bantuan kerajaan untuk pelajaran anak-anak di samping beberapa isu semasa yang timbul pada masa kini.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar SKBK, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Beliau dalam ucapan mengingatkan para penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak disamping membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah. Turut diulas tentang peranan semua pihak termasuk PIBG dalam menjayakan Visi dan Misi sekolah serta beliau memberi sedikit penjelasan tentang kejayaan sekolah dalam UPSR yang meningkat sebanyak 20% dari sebelumnya.
Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Exco Kesihatan Negeri merangkap ADUN Jertih. Dalam ucapan beliau, beliau menjelaskan  isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Beliau juga menggalakkan umat islam sekitar utuk meneruskan sambutan Maulidur Rasul bagi memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pelajar tentang cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga menjelaskan dasar kerajaan berkenaan GST kepada masyarakat Bukit Kenak disamping meminta ibu bapa penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak yag akan membangunkan dengan negara kelak dan beliau seterusnya merasmikan majlis.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014 kepada murid Tahun 6 Jaya oleh Y.B Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Jertih 
Pengagihan bantuan di teruskan selepas itu yang bertempat dikantin sekolah, di mana para murid menerima sebanyak RM100 seorang bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Majlis ini berjaya diselesaikan pada jam 1.15 tengahari.
Ibu bapa mengambil wang bantuan persekolahan dari para guru kelas.