Monday 21 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013

AHAD, 20 JANUARI 2013,  Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi tahun 2013 kepada pelajar-pelajar SK Bukit Kenak. Majlis yang dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud,  AJK Bahagian Jerteh yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Dato' Seri Idris b. Jusoh telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dimulakan dengan ucapan Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar dan seterusnya dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud. Seramai 550 orang pelajar diiringi ibubapa masing telah menerima sumbangan wang tunai bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang. Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 5  petang.  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Anuar b. Mahmud kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan tersebut.


Ucapan Aluan  oleh Tn. Guru Besar, En. Wan. Mohd Zain b. Wan Bakar dan Perasmian oleh Saudara Anuar b. Mahmud, AJK Bahagian, mewakili Dato' Seri Idris b. Jusoh.
 
Pendaftaran Ibu Bapa dan Pelajar dengan Guru Kelas Masing-Masing
 
 
Penyampaian Sumbangan Awal Persekolahan kepada pelajar berjalan lancar
 
 
 
DIN/din/2013
 


Friday 11 January 2013

MESYUARAT MINGGUAN GURU SKBK KALI PERTAMA 2013

KHAMIS, 10 JANUARI  2013, Mesyuarat Mingguan Guru-Guru SKBK Kali Pertama  2013 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat Mingguan kali pertama ini diadakan bagi menyahut seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu agar semua  sekolah mengadakan mesyuarat setiap hari khamis bagi memperkemaskan serta memperkasakan pendidikan di sekolah.  Mesyuarat yang berlangsung selepas waktu persekolah ini, banyak memberi input kepada guru-guru tentang perkembangan pendidikan terkini serta penyampaian maklumat yang terus ke akar umbi.  Di samping itu, mesyuarat mingguan ini juga akan dapat membantu pihak pengurusan mendapat maklum balas dari guru-guru secara langsung agar penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.


Tn. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Di dalam Mesyuarat Mingguan Guru Kali Pertama 2013 ini, Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain B. Wan Bakar telah menjelaskan hala tuju  Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 kepada guru-guru serta  peranan guru-guru bagi mencapai visi dan misi tersebut.  Di harapkan dengan penyampaian maklumat yang jelas dan secara terus kepada guru-guru tersebut, akan dapat membantu guru-guru dalam memperkayakan teknik serta kaedah penyampain maklumat kepada pelajar bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan itu mencapai kejayaan.






Guru-guru sedang mendengar ucapan dari Tn. Guru Besar


Sambutan yang baik dari semua guru...




DIN/din/13