Saturday 21 February 2015

MAJLIS TEMU MURNI TAHUN 6 / 2015

SK Bukit Kenak, 15 Februari 2015 - Jawatankuasa UPSR SKBK telah mengadakan Majlis Temu Murni Tahun 6 yang melibatkan guru-guru, Murid Tahun 6 serta para ibu bapa. Program ini adalah bagi mencambahkan lagi usaha dan komitmen para ibu bapa serta murid tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan anak masing-masing. Pertemuan dua hala ini diadakan di Dewan Terbuka SKBK dengan membentangkan prestasi TOV murid tahun 6 serta merangka gerak kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.

Aturcara Majlis Temu Murni tahun 6

8.15 pagi   :  Ucapan Pengerusi Majlis - En. Yusoff bin Mamat, Kaunselor SKBK
                     Bacaan Doa
                     Ucapan Guru Besar - En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
                     Pembentangan Perancangan Aktiviti oleh Penyelaras - En. Mohd. Nasober Ibrahim
                     Sesi Dialog
                     Penyerahan Mentor dan Mentee
10.00 pagi  : Temu Murni Ibu bapa bersama Guru Kelas
12.00 tgh   :  Majlis Bersurai.
Pendaftaran dan kehadiran para ibu bapa /penjaga murid tahun 6
En. Wan Mohd. Zain dalam ucapan beliau merakam terima kasih di atas usaha pihak j/kuasa UPSR dalam menganjurkan majlis tersebut dan beliau berbangga dengan kehadiran para ibu bapa yang amat menggalakkan. Dalam pada itu juga beliau sempat memperkenalkam GPK HEM baru En. Wan Suhaimi bin Wan Hamzah serta GPK Ko-Kurikulum, Puan Jorafida bt. Mohamad Zin. Beliau menjelaskan tentang prestasi UPSr meningkat dalam tempoh 3 tahun berturut-turut dan kemuncak pada tahun 2013. namun mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2014. Pada tahun 2016 format baru UPSR akan diperkenalkan dengan 60% penilaian peperiksaan dan 40% penilaian Berasaskan Sekolah. Beliau juga memuji para murid 2015 yang dilaporkan berkelakuan baik dan memuaskan bagi menghadapi UPSR. Pencapaian UPSR 2014 dengan lulus semua matapelajaran ialah 67% dengan GPS 3.34 yang mana GPS yang ideal ialah 2 ke atas. Sehubungan dengan itu pelbagai program akan dirangka bagi meningkatkan semula prestasi UPSR pada tahun ini.
Komunikasi Dua Hala pihak sekolah dan para Penjaga
Intipati Pembentangan Program Kecemerlangan UPSR 2015 oleh Penyelaras UPSR En. Mohd. Nasober b. Hj. Ibrahim :
1. Motivasi Pelajar
2. Solat Hajat
3. Program Bacaan yasin
4. Kelas Bimbingan Petang
5. Kelas Bimbingan Malam
6. Kem Kecemerlangan
7. Kem Motivasi
8. Teknik Menjawab Soalan
9. Program Mentor Mentee
10. Kelas Cuti Terancang
11. Kem Elit UPSR
12. Klinik UPSR
13. Temu Murni Ibu bapa
14. Hadiah Galakan UPSR

Mengambil tempat dalam majlis ini juga ialah penyerahan Mentor Mentee yang diselia oleh Kaunselor SKBK En. Yusoff bin Mamat dengan murid seramai 80 orang akan diserahkan kepada 10 kumpulan Menteen dan setiap kumpulan akan menerima 3 mentor di kalangn guru j/kuasa Kecemerlangan UPSR itu sendiri.
Penyerahan Mentee kepada guru Mentor masing-masing oleh Penyelaras UPSR.
Tahniah dan syabas di atas usaha j/kuasa UPSR dalam menganjurkan majlis ini dan semoga segala usaha kita akan mendapat keberkatan dari Allah Taala. Insya Allah

ENGLISH DAY ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS 2015

SK Bukit Kenak, 12 Februari 2015 - Panitia Bahasa Inggeris SKBK telah menganjurkan program English Day yang bertempat di DewanTerbuka SK Bukit Kenak. Program yang diadakan adalah bertujuan bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar, menggalakkan pelajar berbahasa inggeris di luar waktu kelas dan meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menggunakan bahasa inggeris.
Pertandingan Story Telling dan Public Speaking telah berjalan lancar dengan  penyertaan dari murid-murid Tahun 4 hingga 6 iaitu dengan 15 penyertaan untuk Story Telling dan Public Speaking seramai 5 orang. Pertandingan ini juga bagi memilih murid-murid yang berbakat bagi mewakili sekolah di Karnival Bahasa Inggeris tidak lama lagi.
Ucapan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar dalam Bahasa Inggeris

 Aturcara program adalah seperti berikut :
10.45 pagi   :  Murid berkumpul di Dewan Terbuka
11.00 pagi   :  Ketibaan YDP PIBG SK Bukit Kenak
11.15 pagi   :  Ucapan Aluan 
11.20 pagi   :  Bacaan Doa
11.25 pagi   :  Ucapan Guru Besar dan Gimik Perasmian
11.50 pagi   :  Pertandingan Story Telling dan Public Speaking
12.50 tgh     :  Majlis Penyampaian Hadiah.
Inipati Ucapan Guru Besar
Beliau merakamkan jutaan penghargaan di atas usaha Panitia Bahasa Inggeris dalam menggerakkan English Day. Menggalakkan para murid agar berbahasa Inggeris semasa berada di sekolah mahu pun di rumah walaupun minimum kerana ianya akan membentuk persekitaran untuk menggunakan bahasa tersebut dalam komunikasi sekaligus membantu pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja para guru juga diseru agar sering berkomunikasi dengan murid dalam bahasa Inggeris.
Gimik Perasmian English Day 2015
Majlis juga turut dihadiri oleh Mr. Mark Dodge dari Native Speaker Programme Brighton Education.
 Tahniah diucapkan kepada semua peserta di atas kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan. Setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa program, pegawai, kakitangan serta semua pelajar yang terlibat.
Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Story Telling  dan Public Speaking

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PSS 2015

SK Bukit Kenak, 10 Februari 2015 - Berlangsung di Dewan Terbuka SKBK, tepat jam 7.45 pagi, Majlis ini berjalan lancar dengan penglibatan semua murid serta guru-guru SKBK. Apakah NILAM?

Apa itu NILAM

logo-nilam
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seperti berikut;
  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara Buku
  • Meminjam buku
  • Memberi pinjaman buku
  • Ulasan Buku
  • Ulat Buku
  • Kamus Bergerak
  • Forum
  • Ceramah Buku
  • Ceramah
  • Jejak Buku
  • Khemah Membaca
  • Kuiz Pengetahuan
  • Radio Sekolah
  • Pameran Buku
  • Buku Skrap
  • SEMAI
  • Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)
Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center. Murid-murid yang layak akan mendapat:
  • “Stand Medal”
  • Buku Kerja.
  • Sijil Anugerah NILAM
  • Kad Ahli Ekslusif NILAM
  • Kad Kumulatif
  • Sijil Akuan Sekolah
  • Sijil Berhenti Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM
MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015

Aturcara Majlis :

7.45 pagi   :  Murid dan Guru Berkumpul di Dewan Terbuka
                     - Bacaan Doa 
                    - Ucapan Penyelaras NILAM : Puan Salma Mohamed Nor
                    - Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran : Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain
                    - Bacaan Mekanis Tahap 1 dan Bercerita Tahap 2
                    - Gimik Pelancaran NILAM
                    - Penyerahan Watikah Pengawas PSS
9.45 pagi   : Majlis Bersurai

Sekitar Majlis Pelancaran NILAM
Ucapan GPKP serta bacaan Mekanis Tahap 1 dan Bercerita Tahap 2
Penyerahan Watikah Pengawas PSS 2015

Tuesday 17 February 2015

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZAIPAH ISMAIL DAN PUAN ROSE MONALISA MUHAMAD

SK Bukit Kenak, 4 Februari 2015 - SKBK sekali lagi kehilangan, Puan Zaipah dan Puan Rose Monalisa, masing-masing bertukar ke SK Renek dan Sk Nyiur 7. Satu kehilangan besar bagi semua warga SKBK yang mana Puan Zaipah Ismail ialah merupakan guru B. Melayu yang berpengalaman terutamanya mengajar Tahun 6 dan sudah lama berkhidmat di SKBK selama lebih kurang 11 tahun. Walaupun berat kaki melangkah namun tetap beliau gagahkan juga demi anak bangsa. Manakala Puan Rose Monalisa telah diadakan untuk beliau Majlis Menghantar ke SK nyiur Tujuh baru-baru ini.

Ucapan Insan yang diraikan Puan Zaipah Ismail dan Pn. Rose Monalisa Muhamad
 Tidak ketinggalan ucapan penghargaan dan terima kasih dari Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain Wan Bakar dalam ucapan beliau. Dan beliau juga mengharapkan komitmen yang baik dapat diteruskan di tempat baru mereka kelak. Manakala Pn. Zaipah dalam ucapan beliau pula merakamkan terima kasih kepada semua rakan pendidik serta memohon maaf sekiranya beliau ada membuat kesalahan yang tidak disengajakan dan ukhuwwah akan tetap kekal walaupun sudah berlainan sekolah. Begitu juga Puan Rose Monalisa dalam ucapan beliau , merakamkan terima kasih serta sangat menghargai setiap saat beliau berada SKBK tercinta.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah, wakil PIBG, Kelab Guru dan Staf serta Guru Perempuan kepada Puan Zaipah bt. Ismail.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah, wakil PIBG, Kelab Guru dan Staf serta Guru Perempuan kepada Pn. Rose Monalisa bt Mohamad.


Majlis ini dihadiri oleh semua warga pendidik SKBK, pihak pentadbiran, Staf dan Kakitangan swasta. Majlis kali ini dibuat di Bilik Kemahiran Hidup yang diselia oleh Puan Hamidah Abdul Majid selaku Penyelaras Sambutan. Majlis tamat pada jam 2.00 petang dengan jamuan makan tengahari.

Semoga yang diraikan akan terus sukses dan komited. Selamat Maju Jaya dari Warga SKBK.