Thursday 21 March 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN PERTANDINGAN SMART ENGLISH YAYASAN DIRAJA  SULTAN MIZAN PERINGKAT ZON JERTEH 2013

 7 MAC 2013, seramai 12 orang murid telah menyertai Pertandingan Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan Peringkat Zon Jerteh bertempat di SK Alor Lintah. SKBK telah mendapat tempat pertama keseluruhan pertandingan tersebut. Peserta SKBK terdiri daripada 6 orang murid Tahun 2, 2 orang murid Tahun 4, 2 orang murid Tahun 5 dan 2 orang murid Tahun 6 yang mempunyai pelbagai aras pengetahuan Bahasa Inggeris. SKBK berjaya mendapat hadiah berupa baucer yang bernilai RM240. Para peserta SMART ENGLISH ini dibimbing oleh 2 orang guru iaitu Puan Zarinawati bt Shaari, Cik Suhaila bt Abu Bakar dan dibantu oleh seorang guru ganti, Cik Hasnul ‘Iffah bt Mohd Noor.


Smart English..sedang menunggu giliran..


 Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil minat membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris sangat tidak popular dalam kalangan murid-murid dan mereka kurang bermotivasi untuk membaca. Pertandingan ini memberi peluang dan pendedahan kepada mereka supaya rajin dan berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan Bahasa Inggeris.


Sedang membuat persembahan


Bersama hadiah voucer RM240.. Johan Keseluruhan

SMART ENGLISH YDSM 2013 Peringkat Daerah Besut akan diadakan pada 16 April 2013 bertempat di SK Alor Peroi. Diharapkan para peserta SMART ENGLISH SKBK terus gigih berusaha dan tidak jemu membuat latihan-latihan yang telah dijadualkan oleh guru-guru pembimbing. Harapan sekolah agar peserta-peserta dapat membuat persembahan yang terbaik dan meneruskan kecemerlangan SKBK.

Sunday 17 March 2013

KEM KEPIMPINAN DAN MOTIVASI MURID SK BUKIT KENAK 2013

16 MAC 2013,  SK Bukit Kenak telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan dan Motivasi Murid bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak selama 2 hari 1 malam. Tentatif program adalah seperti berikut:-

Sabtu - 16 Mac 2013

8.00 Pagi    - Pendaftaran
                   - Taklimat oleh Kaunselor sekolah : En. Yusoff b. Mamat
8.30 Pagi    - Ceramah Motivasi 1 : Kaunselor sekolah, En. Yusoff b. Mamat
10.30 Pagi  - Minum Pagi
11.00 Pagi - Ceramah Motivasi 2 : Penceramah Undangan, Tn Hj. Ahmad Zaki b. Mohammad, GPK HEM
                    SMK Wataniah
1.15 Tgh    - Makan, Solat Zohor berjemaah
2.30 Ptg     - Bengkel
3.30 Ptg     - Indoor Games
4.30 Ptg     - Bersurai/Rehat
6.30 Ptg     - Berkumpul di Surau untuk Solat Maghrib dan Isya berjemaah
8.00 Mlm   - Tazkirah Maghrib : Ustaz Azmi b. Abullah, guru KAFA SKBK
9.00 Mlm   - Jamuan BBQ
10.00 Mlm - Bersurai

Ahad - 17 Mac 2013

7.45 Pagi    - Majlis Penutupan Kem Kepimpinan dan Motivasi 2013 dan Penyampaian Sijil dan Hadiah
                     yang di sampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Besut, En. Abd. Rashid b. Ideris




Ceramah motivasi disampaikan oleh Tn Hj. Ahmad Zaki b. Mohammad, GPK HEM                     SMK Wataniah



Bengkel pelajar



Permainana Dalaman



BBQ dan jamuan makan malam..



Perasmian penutup oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tn Hj. Rashid b. Ideris




Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta


Friday 8 March 2013

LAWATAN KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU

6 MAC 2013, Seramai 45 orang pelajar bersama dengan 6 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Karnival Buku Terengganu yang berlangsung dari 28 Feb hingga 9 Mac 2013.  Rombongan pelajar seramai 45 orang ini telah bertolak dari SK Bukit Kenak sekitar jam 8 pagi dan tiba di Terengganu Trade Centre (TTC) sekitar jam 10 Pagi. Lawatan yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Encik Yusof b. Mamat bersama 5  guru pengiring telah menggunakan sepenuhnya masa selama hampir 3 jam di TTC untuk melihat pelbagai jenis buku dengan tawaran harga yang cukup hebat. Selain untuk mendedahkan kepada pelajar dengan pelbagai bahan bacaan di pasaran dan menarik minat pelajar terhadap bahan bacaan tersebut, lawatan ini juga bertujuan untuk mengumpul bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan di sekolah.


Karnival Buku Terengganu
 
Sibuk memilih buku yang sesuai...
Setelah seharian berada di TTC bersama buku-buku, pelajar-pelajar seterusnya di bawa  untuk merehatkan minda dengan mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Terenggganu di Losong dan Taman Tamadun Islam.


Rehatkan minda di Muzium Negeri Losong..

Santai...

Menjamu selera sambil menghilangkan penat seharian berjalan...
 
Melihat keagungan senibina islam di Taman Tamadun Islam (TTI)

Seterusnya sebelum bertolak balik, tidak lengkap kiranya tidak membawa ole-ole dari terengganu untuk di bawa pulang.  Rombongan seterusnya singgah sekejap di Mydin Mall untuk memberi ruang kepada pelajar membeli barang kepeluan untuk dibawa pulang.  Sewaktu pejalanan pulang juga, rombongan sempat untuk singgah membeli keropok lekor Kg Tanjung yang terkenal dengan kesedapan untuk untuk dibawa balik sebagai ole-ole dari bandar Terengganu.  Rombongan selamat tiba di sekolah sekitar Jam 7 malam. Admin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang menjayakan lawatan ini.



DIN/din/2013