Monday 15 July 2013

ADIK MOHD SYAFIQ TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT KEBANGSAAN

15 JULAI 2013 - Besut,  Seorang lagi permata yang telah berjaya digilap dan dilahirkan di  SK Bukit Kenak. Adik Mohd. Syafiq b. Rozli telah berjaya mengharumkan nama Daerah Besut dan SK Bukit Kenak amnya dalam acara  merentas desa  apabila telah muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Merentas Desa, bawah 11  tahun di Peringkat Negeri  Terengganu yang berlangsung baru-baru ini.  Adik Mohd Syafiq yang mewakili Daerah Besut merupakan  Naib Johan peringkat Daerah dan telah dipilih untuk mewakili Daerah ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri. 

Sebagai Naib Johan peringkat Negeri Terengganu, Adik Mohd Syafiq sekali lagi dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke  Pertandingan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sabah tidak lama lagi.

Adik Mohd. Shafiq merupakan anak kedua daripada dua beradik yang di lahirkan di Kg Gerai Tua, Mukim Bukit Kenak adalah seorang pelajar tahun 5 di SK Bukit Kenak. Bakat adik Mohd Syafiq telah berjaya dicungkil apabila mengikuti  pertandingan merentas desa peringkat Daerah Besut yang berlangsung pada bulan Jun  lalu di mana adik Mohd Syafiq meraih tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Di lahirkan dalam keluarga yang serba sederhana dimana ayahnya berkerja sendiri dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa tidak mematahkan semangat adik Mohd. Syafiq untuk berjuang di pentas sukan sehingga mengharumkan nama sekolah, Daerah dan seterusnya Negeri Terengganu. Seluruh warga SKBK mendoakan adik Mohd Syafiq berjaya membawa pulang trofi kejuaraaan di peringkat kebangsaan itu nanti. Selamat Maju Jaya dari seluruh warga SKBK

Adik Mohd Syafiq mewakili Terengganu ke pertandingan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan di Sabah tidak lama lagi.



DIN/din/2013