Monday 20 October 2014

Kejohanan Sukan Kali ke-34 / 2014

Sk Bukit Kenak - Hari ini 20 Oktober 2014, telah berlansung Kejohanan Sukan Kali ke-37. Pelbagai acara yang telah dan akan dipertandingkan sehingga 21 Oktober 2014 yang mana melibatkan semua kategori iaitu Pra Sekolah, PPKI, Tahun 1-6, Pegawai Kejohanan serta ibu bapa.
Alhamdulillah perjalanan sukan hari pertama berjalan lancar dengan sebanyak 48 acara di pertandingkan.
















Gotong-royong Perdana 2014

Bukt Kenak - 18 Oktober 2014, telah berlansung Gotong-royong Perdana 2014 peringkat Negeri Terengganu yang mana melibatkan pelbagai agensi secara serentak di seluruh Negeri Terengganu. Sehubungan dengan itu tidak terkecuali SKBK dalam menjayakannya. 
Seawal jam 8.00 pagi, guru-guru SKBK bersama murid-murid tahun 6 memulakan program ini. Gotong- royong tertumpu kepada kawasan sekolah terutama menyiapkan kebersihan kelas bagi rumah sukan.
Gotong-royong dengan kerjasama padu.. Kunjungan dari wakil PPD Besut Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris

Alhamdulillah program ini berakhir dengan jayanya pafa kira-kira jam 12 tengahari

Wednesday 1 October 2014






http://www.instantstreetview.com/

SK BUKIT KENAK





Majlis Perpisahan Pengawai EIO SKBK Cik Fazreena Mohd. Yusoff

SK Bukit Kenak - satu majlis bagi meraikan Pegawai EIO sekolah telah diadakan, Cik Fazreena Mohd Yusoff yang telah berkhidmat selama 3 tahun di SKBK tercinta. Beliau telah mendapat tawaran untuk berkhidmat di Bestari.Com di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Beliau merupakan staff yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas dan satu kehilangan yang besar bagi SKBK. Semua maklum beliau juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab memajukan blog SKBK pada awal penubuhan lagi dan juga dokumentator bagi majlis-majlis yang berlangsung di SKBK.

Dalam majlis ini, tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas jasa dan usaha yang telah dibuat oleh Cik Fazreena demi SKBK. Beliau juga memuji cik Fazreena sebagai seorang yang mudah bekerja bersama dan sangat patuh.

 
Titipan buat Cik fazreena sebagai kenang-kenangan di atas khidmat dan bakti beliau di SKBK dari pihak sekolah, PIBG, Kelab Guru dan staff.

Kenangan di Aidilfitri yang lalu... barisan belakang (kanan).


Terima Kasih Daun Keladi, ada jodoh kita jumpa lagi.

Latihan Dalam perkhidmatan : CUT APPLE A

SK Bukit Kenak - Bertempat di Bilik Mesyuarat 1, 27 September 2014 (Sabtu) telah dijalankan satu Latihan dalam Perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru dan staff SKBK. LADAP ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2 petang yang mana disampaikan oleh Tn. Hj. Mohammad bin Ali, Kaunselor PPD dan Pn. Hajah Norlaila dari PPD Besut.

Tuan Guru Besar juga sempat menyampaikan amanat beliau tentang matlamat berkerja dalam pasukan yang kuat dengan kerjasam dari semua guru dan staf. Beliau juga memuji kerjasama warga SKBK yang begitu utuh dalam menjayakan aspirasi SKBK mencapai visi dan misi.

Seterusnya fasilitator memberi pendedahan kepada peserta tentang CUT APPLE A iaitu :

C - Caring
U - Understanding
T - Trusting

A - Accepting
P - Patience
P - Positive Thinking
L - Listening
E - Empathy

A - Assertive.

Pelbagai aktiviti juga dijalankan dalam bentuk pasukan yang mewakili nama Amerika, Turki, Israel dan Switzland dengan peserta yang sangat responsif.

Sepanjang penerangan dan sesi mesra antara fasilitator dan peserta.

Aktiviti berkumpulan.

Ucapan dari wakil peserta wanita dan peserta lelaki

Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar kepada Fasilitator serta wakil PPD, Hj. Abdul rashid bin Idris

Semoga dengan adanya perkongsian ini akan membantu warga SKBK untu berkerja dalam persekitaran yang positif dan membina.

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1Malaysia Peringkat Sekolah 2014

SK Bukit Kenak -  Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1Malaysia Peringkat sekolah  telah diadakan pada 24 September 2014  (Rabu) bertempat di Dataran Perhimpunan. Antara pengisian majlis ini ialah penerangan kepentingan minum susu terhadap tubuh badan dan tatacara minum susu dengan betul dan selamat. Taklimat berkaitan telah diberikan oleh Penyelaras Susu 1Malaysia SKBK Pn.  Sariah Andul Ghani dengan dibantu oleh para guru.
             Tujuan majlis ini ialah untuk menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia pada 24 September pada setiap tahun. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pembekal susu melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records sebagai acara minuman susu secara serentak yang akan melibatklan 1.2 juta murid sekolah.

            Bagi peringkat Kebangsaan telah diadakan di SK Sg. Kapar Indah, Klang, Selangor. Ucapan perasmian akan dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia.
         
Tepat jam 10.30 pagi, semua murid RMT SKBK minum susu secara serentak.

Demo keselamatan sebelum minum susu 1 malaysia

Penyelaras susu 1M bersama dengan AJK dan para guru


Minum susu 1M serentak untuk Malaysia Book of Records

Dalam pada itu, dua guru SKBK telah menghadiri Sambutan Hari susu Sekolah Sedunia peringkat Negeri yang diadakan di SK Sri Berang, Kuala Berang. Mereka ialah Cik Yusni bt. Ab. Llah dan Pn. suhaila Abdul Ghani. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Reka Cipta /Inovasi dari Kotak susu PS1M dan Kuiz. Penyampaian pelbagai Hadiah disampaikan kepada sekolah yang menang. Majlis disempurnakan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria bin Husin (S.M.T.,P.J.K)

Sambutan Hari Susu Sedunia 1 Malaysia Peringkat Negeri di SK Sri Berang, Kuala Berang.