Tuesday 24 March 2015

LAMBAIAN LE TOUR DE LANGKAWI 2015

Kg. gerai, Jerteh, 11 Mac 2015 - SKBK tidak terlepas menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2015. Laluan Kota Bharu - Kuala Terengganu merupakan peluang yang sangat berharga bagi anak-anak SKBK kali ini. Bersama para guru, murid-murid begitu bersemangat untuk menyambut ketibaan pelumba-pelumpa dari seluruh pelusuk dunia. Murid-murid dipecahkan mengikut kelas masing-masing ke tempat laluan LTDL 2015. Akhirnya pada jam 1.45 tengahari , murid-murid yang teruja dapat melihatnya sendiri dengan mata kepala mereka sendiri.

Berarak ke jalan besar yang merupakan laluan LTDL 2015.
Memberikan sorakan semangat kepada para pelumba.
Satu pengalaman yang berharga bagi anak-anak SKBK, yang tidak akan dilupakan.

MESYUARAT AGONG PIBG SK BUKIT KENAK 2015


SK Bukit Kenak, 8 Mac 2015 - Telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG bagi tahun 2015 di dewan terbuka SKBK yang dihadiri oleh para ibu bapa, pemimpin setempat serta warga SKBK.


Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, Bacaan Doa serta Alunan Bacaan Ayat Suci Al-Qur'an oleh adik Muhammad Amir bin Hasbullah. Apa yang menarik kali ini pelbagai hadian cabutan bertuah disediakan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Rata-rata penjaga yang hadir memberikan respon positif yang menggalakkan ini.
Pelbagai Hadiah Cabutan bertuah untuk para ibu bapa dan warga SKBK.
Sesi Mesyuarat Agong PIBG, Pembentangan Kewangan, Usul dan Cadangan yang dipengerusikan oleh En. Fauzi bin Muhammad
Ketibaan YB. Tuan Hj. Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Jerteh.
Persembahan murid tahun 5.
Kutipan Derma Kilat
Diharapkan agar Mesyuarat agong pada kali dapat mencapai objektif yang diinginkan oleh semua pihak. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran pada kali ini

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM (PEREMPUAN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015

Merbau Menyusut, Setiu - Bermula 25 Februari sehingga 28 Februari 2015, bertempat di Pusat Ko Kurikulum Merbau Menyusut, Setiu telah berlangsung Perkhemahan Unit Uniform (Perempuan) Peringkat Negeri. Seramai 13 orang murid SKBK telah terpilih bagi mengikuti perkhemahan ini dengan seramai 11 murid dari SK Tg. Mahmud 2 dan 10 murid dari SK Permaisuri Nur Zahirah. Kesemuanya 36 orang peserta mewakili Daerah Besut.

Kontijen Besut bertolak pada jam 12.30 tengahari dari Pusat KO, Alor Lintang dan sampai jam 3.00 petang di tapak perkhemahan. Para peserta diberi pendedahan berkaitan Pertolongan Cemas, Ikatan, Larian Berhalangan, Pandu Arah serta Masakan Rimba.
Pelbagai aktiviti perkhemahan disertai oleh peserta perkhemahan.
Malam persembahan.
Kontinjen Besut bersama guru pengiring.

Tuesday 3 March 2015

KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN MURID 2015

     SK Bukit Kenak, 2 Mac 2015 - Penganjuran bersama semua badan pengawas murid telah menjayakan Kursus Motivasi dan Kepimpinan Murid 2015 dengan penglibatan 160 orang peserta. Perjalanan program adalah sepertimana berikut :
7
7.45 pagi : Pendaftaran
8.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis - Pn. Hamidah bt. Abdul Majid
                 Bacaan Doa
                 Ucapan GPK HEM
                 Ucapan dan Perasmian oleh Wakil KPPD Besut
                 Ceramah Utama oleh En. Zukri bin Jusoh
10.15 pagi : Minum pagi
10.45 pagi : LDK
12.30 tgh   : Majlis Perasmian Penutup
                   Sesi Fotografi
                   Bersurai
Ucapan aluan dan wakil KPPD Besut
Antara Objektif penganjuran ialah :
1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
2. Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
3. Menerapkan rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan  tugas  dengan jujur, amanah dan dedikasi.
4. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
5. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan `role model` oleh orang lain.
6. Membentuk semangat bekerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan  visi organisasi.
Ceramah Kepimpinan oleh En. Zukri Jusoh, Penguam cara Syar'ei dan Sivil
Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi dan Penceramah Jemputan
Sesi LDK mengikut unit masing-masing
Perasmian Penutup oleh GPK HEM En. Wan Suhaimi Wan Hamzah serta penyampaian sijil penyertaan kepada semua unit.
Badan-badan Murid yang terlibat dalam kursus kali ini.
Tahniah dan syabas di atas penganjuan program sebegini demi kecemerlangan dan sahsiah para pemimpin kecil SKBK.

Sunday 1 March 2015

LARIAN CERGAS PERINGKAT SEKOLAH 2015

SK Bukit Kenak, 18 Februari 2015 - Telah berlangsungnya Larian Cergas Peringkat Sekolah bagi tahun 2015. Acara sukan tahunan seperti inilah yang dinantikan oleh setiap warga SKBK. Lokasi yang trlibat ialah bermula dari sekolah melalui kg. Alor Saji, Kg. Pak Wong, Kg. Kolam serta sekitar Bukit Kenak. Trek larian dipecahkan kepada 4 kategori iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 Lelaki Perempuan, Tahap 2 Lelaki dan Tahap 2 Perempuan. Latihan bagi acara ini juga dijalankan pada hari-hari sebelumnya bagi melancarkan acara larian pada hari berlangsungnya Larian Cergas. Seperti biasa 4 buah rumah sukan berentap untuk menjuarai acara Larian Cergas ini.
Senamrobik yang disertai oleh murid-murid dan semua warga SKBK seawal jam 7.45 pagi.
 Setelah selesai senamrobik murid-murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain selaku GPK Pentadbiran pada jam 9.00 pagi. Larian ini dipantau oleh pasukan peronda yang diketuai oleh Setiausaha Sukan, En. Zainuddin bin Muhammad selaku Penyelaras Acara ini. Empat 'Check Point' perlu dilalui oleh murid Tahap 2 Lelaki dan Perempuan. 
Pelepasan murid ke trek mengikut kategori.

Para guru selaku petugas di setiap Check Point serta penamat.

Sepanjang larian cergas.
Keseluruhan larian berjaya ditamatkan pada jam 10.30 pagi dan semua murid direhatkan sementara menunggu keputusan pertandingan oleh para hakim Penamat serta pencatat bagi setiap tahun. Pada jam 11.30 tengahari berlangsung majlis penyampaian hadiah di dewan terbuka SKBK.
Majlis Penyampaian Hadiah.
Dan pada tahun ini, julung-julung kalinya rumah Laksamana telah berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan. Tahniah kepada guru rumah sukan serta murid-murid SKBK yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan kali ini. Pada jam 12.45 tengahari, selesai majlis penyampaian hadiah semua murid bersurai.

Tahniah Rumah Laksamana (Kuning) Juara Keseluruhan Larian Cergas 2015

Antara wajah-wajah guru serta murid-murid SKBK sepanjang Larian Cergas 2015
TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEJAYAAN PENGANJURAN LARIAN CERGAS TAHUN 2015, KITA BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN.