Sunday 1 March 2015

LARIAN CERGAS PERINGKAT SEKOLAH 2015

SK Bukit Kenak, 18 Februari 2015 - Telah berlangsungnya Larian Cergas Peringkat Sekolah bagi tahun 2015. Acara sukan tahunan seperti inilah yang dinantikan oleh setiap warga SKBK. Lokasi yang trlibat ialah bermula dari sekolah melalui kg. Alor Saji, Kg. Pak Wong, Kg. Kolam serta sekitar Bukit Kenak. Trek larian dipecahkan kepada 4 kategori iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 Lelaki Perempuan, Tahap 2 Lelaki dan Tahap 2 Perempuan. Latihan bagi acara ini juga dijalankan pada hari-hari sebelumnya bagi melancarkan acara larian pada hari berlangsungnya Larian Cergas. Seperti biasa 4 buah rumah sukan berentap untuk menjuarai acara Larian Cergas ini.
Senamrobik yang disertai oleh murid-murid dan semua warga SKBK seawal jam 7.45 pagi.
 Setelah selesai senamrobik murid-murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain selaku GPK Pentadbiran pada jam 9.00 pagi. Larian ini dipantau oleh pasukan peronda yang diketuai oleh Setiausaha Sukan, En. Zainuddin bin Muhammad selaku Penyelaras Acara ini. Empat 'Check Point' perlu dilalui oleh murid Tahap 2 Lelaki dan Perempuan. 
Pelepasan murid ke trek mengikut kategori.

Para guru selaku petugas di setiap Check Point serta penamat.

Sepanjang larian cergas.
Keseluruhan larian berjaya ditamatkan pada jam 10.30 pagi dan semua murid direhatkan sementara menunggu keputusan pertandingan oleh para hakim Penamat serta pencatat bagi setiap tahun. Pada jam 11.30 tengahari berlangsung majlis penyampaian hadiah di dewan terbuka SKBK.
Majlis Penyampaian Hadiah.
Dan pada tahun ini, julung-julung kalinya rumah Laksamana telah berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan. Tahniah kepada guru rumah sukan serta murid-murid SKBK yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan kali ini. Pada jam 12.45 tengahari, selesai majlis penyampaian hadiah semua murid bersurai.

Tahniah Rumah Laksamana (Kuning) Juara Keseluruhan Larian Cergas 2015

Antara wajah-wajah guru serta murid-murid SKBK sepanjang Larian Cergas 2015
TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEJAYAAN PENGANJURAN LARIAN CERGAS TAHUN 2015, KITA BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN.

No comments:

Post a Comment