Thursday 25 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

24 Oktober 2012,  Pusat Sumber SK Bukit Kenak telah melancarkan Kempen Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah. Program seminggu yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia telah bermula pada 21 Oktober 2012 dan telah melabohkan tirainya pada 24 Oktober 2012. Berbagai aktiviti telah di jalankan sepanjang seminggu Program tersebut berlangsung antaranya ialah Kembara Nilam, Pertandingan Mewarna (tahap 1 dan 2), Spell it Right (tahap 1 dan 2), Teka silangkata, Outdoor Games, Penulisan Tulisan Jawi, Read 2012 (Setiap murid dikehendaki membaca buku cerita serentak seluruh negara selama 33 minit 30 saat.) dan Melengkapkan Peribahasa. Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru yang telah menjayakan program ini.

 Antara Guru Pengiring "Kembara Nilam" Ke Kuala Terengganu

Taklimat ringkas dari Pegawai Trafik Udara semasa "Kembara Nilam"

Merasai suasana berada di puncak Menara Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu
Di puncak Menara Trafik Udara DCA, Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu

Mengalas perut sebelum Kembara Nilam diteruskan  ke TTI

Program "Spell it Right" sedang berlangsung di sekolah

Program mewarna, Bijak Matematik dan Membaca untuk 33 minit turut sama berlangsung.







Editor : Din/Din/2012
SKBK DILANDA BANJIR KILAT


23 Okt 2012, Hujan renyai-renyai dan berterusan selama 3 jam menyebabkan sekali lagi SKBK digelanggi air.  Banjir kilat seperti ini kerap kali berlaku terutama bila musim hujan yang baru bermula ini. Keadaan ini berlaku disebabkan  saliran yang tersumbat di kawasan pembinaan bangunan baru yang  terbengkalai buat sementara waktu. Banjir kilat ini menyebabkan seluruh laluan, bilik darjah dan bilik guru telah digelanggi air.  Keadaan ini menyebabkan guru-guru terpaksa menyelamatkan peralatan elektrik dan elektronik yang berada di tempat yang rendah ke  tempat yang lebih selamat.

Air memasuki kelas, bilik guru dan laluan pejalan kaki.















Editor: Din/Din/2012

Friday 19 October 2012


KURSUS LADAP PERINGKAT SEKOLAH

11 Oktober 2012, Pihak  Pentadbir sekolah, melalui Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar telah berjaya menganjurkan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah.  Kursus sehari yang bertempat di Bilik Perpustakaan SKBK telah dihadiri seramai 40 orang guru dan Tn. Guru besar yang juga bertindak sebagai penceramah program.  Kursus LADAP kali ini dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot-1, berkaitan dengan KSSR, slot ke-2  Penambahbaikan UPSR dan Slot ke-3, Sistem Pengurusan Pertaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Semoga guru-guru mendapat ilmu dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan penambahbaikan dalam sistem pendidikan.. Terima Kasih.


Kursus LADAP yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar
Guru-guru  sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar





Editor : Din/Din/2012
JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS

9 Oktober 2012, Bagi menghargai jasa dan sumbangan Pengawas Sekolah, Badan Pengawas SKBK telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas 2012. Majlis yang julung kali nya diadakan di luar sekolah, iaitu bertempat di Syam Restoran Padang  Luas, Jerteh  telah dapat dijalankan dengan jayanya.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan wakil pelajar dan diakhiri dengan ucapan Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua pengawas dan guru penasihat. Sebagai penutup majlis, para pengawas di hidangkan dengan jamuan makan tengahari yang begitu menyelerakan.  SYABAS BADAN PENGAWAS,..

Tn. Guru Besar bersama Guru Penasihat Badan Pengawas
Antara guru penasihat Badan Pengawas SKBK
Penyampaian Cenderahati kepada semua pengawas di sampaikan oleh Tn. Guru Besar.
Sedang menjamu selera...





Editor: Din/Din/2012

Friday 12 October 2012

PROGRAM SAYEMBARA BAHASA MALAYSIA 2012

7 Oktober 2012,   Minggu Program Sayembara Bahasa Malaysia 2012 Peringkat Sekolah telah dilancarkan dengan rasminya pada pagi tersebut. Program seminggu yang dianjurkan oleh Badan Persatuan  dan Kelab SK Bukit Kenak  telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mohd. Faiz b. Awang.  Dalam program ini, setiap Persatuan dan kelab dikehendaki menyediakan beberapa peserta yang akan mewakili Persatuan dan kelab masing-masing. Program Sayembara Bahasa Malaysia ini mempertandingkan beberapa acara antaranya syair, sajak, pantun, pidato, bercerita, syarahan dan membaca berita. Tiga pemenang akan diumumkan bagi setiap acara di majlis penutup yang dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan.

Perasmian oleh GPK 1, Ustaz Mohd. Faiz b. Awang


Nyanyian lagu "Cintai Bahasa" oleh Guru dan pelajar selepas perasmian
Guru-guru turut sama dalam majlis perasmian

Persembahan pelajar selepas majlis perasmian
 
Editor: Din/Din/2012

Sunday 7 October 2012

PERTANDINGAN DIKIR ARAB PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

2 Oktober 2012,  Satu Pertandingan Dikir Arab Peringkat Negeri Terengganu telah di adakan di SK Tengku Mahmud 2 di bawah anjuran Jabatan J-Qaf, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Pertandingan tersebut telah disertai oleh tujuh buah sekolah yang mewakili tujuh daerah  di Terengganu iaitu Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu. SK Bukit Kenak yang dibimbing oleh guru pembimbingnya , Cik Yusni bt. Ab. llah telah di pilih mewakili Daerah Besut  dan telah mendapat tempat yang ke tiga dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua ahli Dikir Arab yang telah membawa nama SK Bukit Kenak ke peringkat Negeri.



 Peserta Dikir Arab SK Bukit Kenak bergambar bersama pihak pentabir sekolah di hari pehimpunan mingguan sekolah.

Editor: Din/Din/2012