Monday 25 August 2014

Merdeka! Merdeka : Di sini lahirnya sebuah Cinta ke-57

Insya Allah, SKBK akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 3 September 2014...


Hargailah nikmat kemerdekaan ini dengan pengisiannya yang menguatkan bukan menghancurkan.

Saturday 23 August 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : FROG VLE DAN DSKP KSSR TAHUN 5

Makmal SK Bukit Kenak -  23 Ogos 2014, telah diadakan Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk semua guru SK Bukit Kenak. Berikut adalah tentatif LADAP :

8.00 pagi   - Sarapan pagi di kantin
8.30 pagi   - Taklimat DSKP KSSR RBT  Tahun 5
                    Oleh Pn. Hamidah bt. Abdul Majid
9.30 pagi   - Taklimat DSKP KSSR Sejarah Tahun 5
                    Oleh Pn. Sariah bt. Abdul Ghani.
10.30 pagi - Minum pagi
11.00 pagi - Taklimat DSKP KSSR Matematik Tahun 5
                     Oleh En. Nasober b. Ibrahim
12.00 tgh    - FROG VLE
                    Oleh Cik Suhaila bt. Abu Bakar
1.00 tgh    - Jamuan Tengahari dan Solat Zohor
1.45 ptg    - Taklimat DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 5
                   Oleh : Pn. Wan Norezamani bt. Wan Mohd. Noor
3.00 ptg   -  Bersurai

DSKP KSSR RBT THN 5 oleh Pn. Hamidah bt. Abdul Majid

DSKP KSSR MATEMATIK THN 5 oleh En. Nasober bin Ibrahim


DSKP KSSR Sejarah Thn 5 Oleh Pn. Sariah bt. Abdul Ghani








PERTANDINGAN PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2014

SMK Padang Pulut, Dungun - 21 Ogos 2014, bertempat di Dewan Komuniti SMK Padang Pulut, Dungun, telah diadakan Pertandingan Mewarna, Melukis Poster dan Pidato Program Pendidikan Kebersihan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, SKBK tidak ketinggalan menghantar wakil Mewarna Poster kategori Pemulihan Khas iaitu Adik Nurul Safika Natasha bt. Saharudin dari kelas 3 Usaha. Adik Nurul Safika telah meraih Johan Peringkat Daerah yang melayakkan beliau mewakili daerah ke peringkat negeri. Guru pengiring yang membawa peserta ialah Cik Yusni Ab. Llah dan Cik suhaila Abu Bakar.

Keputusan Bagi pertandingan kali ini akan diumumkan melalui surat ke sekolah dengan majlis Penyampaian Hadiah akan dibuat di Kuala Terengganu nanti. Harapan kita semoga adik Nurul Safika akan mengharumkan nama baik sekolah sekali lagi, Insya Allah.



Adik Nurul Safika Natasha Saharudin


Keputusan Pertandingan Program Pendidikan Kebersihan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Besut 2014




Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Saturday 16 August 2014

AIDILFITRI 2014 DI SKBK MERIAH!

Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.


 SK Bukit Kenak - Pada 7 Ogos 2014 yang lalu, SKBK terus berwarna-warni meraikan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pelbagai aturcara disusun bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini. Pelbagai pihak dijemput bagi sambutan kali ini. Aturcara majlis berjalan sepertimana berikut :

7.45 pagi - Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKBK / Taklimat
8.00 pagi - Jamuan sarapan pagi di kantin
9.00 pagi - Acara Dewan / Persembahan Murid dan Guru
10.30 pagi - Jamuan Hari Raya PIBG, Guru dan Staff serta Murid-murid SKBK
                  - Persembahan diteruskan.
12.45 tgh - Majlis Bersurai

Hanya gambar-gambar ini dapat menggambarkan kemeriahan hari Raya di SKBK. Buat julung-julung kalinya juadah hidangan kali ini disediakan oleh para pendidik SKBK mengikut unit Uniform, Guru KAFA, PIBG serta pengusaha Kantin.

Antaranya :
- St. John Ambulan - Nasi Minyak
- Puteri Islam - Rendang Daging dan Ayam
- TKRS - Ketupat dan tapai
- Pengakap - Mee Kari
- Pandu Puteri - Puding dan desert.
- Guru KAFA - Bihun


Penuh Warna-warni..

Taklimat serta jamuan sarapan pagi iaitu nasi minyak.

Persembahan oleh murid serta Guru. Dari kanan, Cikgu Wan Norezamani sedang mendendangkan sebuah lagu.

Tidak ketinggalan nyanyian lagu hari raya oleh pekerja Swasta En. Fendi, Ustaz Rozani Hasan serta Cikgu Saifultera



Hasil kerjasama semua pihak, majlis Sambutan Aidilfitri kali ini amat bermakna dan meriah. Semoga ia dapat mendekatkan silaturrahim di antara semua warga SKBK.

Wednesday 13 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA DAN SUMBANGAN HARI RAYA.


SK Bukit Kenak - Pada 23 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 2014 ,satu Majlis Khas Pengagihan duit Raya dan bantuan kepada murid terpilih ini telah diadakan di Dewan terbuka SKBK .Kutipan dibuat oleh Panita Agama Islam bersempena Ihya' Ramadhan. Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, dengan doa semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya serta mempermudahkan segala urusan yang baik.

Ucapan amanat dari Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Dalam ucapan tuan Guru Besar, beliau mengingatkan para murid agar menjaga keselamatan semasa cuti hari raya dengan mengelakkan diri dari bermain mercun serta  menasihatkan agar murid-murid dapat mengahayati pengertiaan Aidilfitri itu sendiri.


Hasil sumbangan daripada para guru dan staf SK Bukit Kenak dana sebanyak RM 2176.00 bagi perbelanjaan dana bingkisan Aidilfitri yang diagihkan kepada seramai 544 orang murid. Manakala zakat untuk murid miskin ialah RM 782 ini digunakan bagi membantu pelajar miskin, yatim dan yatim piatu. terpilih yang seramai 23 orang.

Penyampaian duit raya dan zakat kepada murid miskin.
Terpancar keceriaan di wajah murid-murid SK Bukit Kenak

Murid-murid juga bersalaman dengan semua warga pendidik SKBK, staf kakitangan dan pekerja swasta dalam majlis tersebut.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua warga SKBK.


Semoga lebaran ini dapat membuka lembaran baru kepada SKBK dan seluruh warganya, bersama mengeratkan silaturrahim dan mencapai visi dan misi sebagai muslim sejati. Amin.

IFTAR JAMA'EI PERINGKAT SEKOLAH 1435 HIJRAH/2014

Dewan Terbuka SK Bukit Kenak - Pada 13 Julai 2014 yang lalu, satu majlis Iftar Jamaei peringkat sekolah telah diatur dan disusun oleh J/Kuasa PIBG SK Bukit Kenak dengan kerjasama pihak sekolah. Program wajib ini telah berjaya diadakan dengan sumbangan hidangan berbuka puasa dari pihak keluarga murid Tahun enam sebanyak 30 hidangan. Tepat jam 6.30 petang, pihak sekolah telah menerima sumbangan hidangan dan diaturkan di dewan Terbuka.



Sementara menunggu waktu berbuka puasa bacaan Tahlil dijalankan dengan diketuai oleh Ustaz Mat Rani bin Yaacob. Seramai 82 orang murid tahun 6 juga diraikan bersama dalam majlis ini dengan kehadiran wakil PPD Besut iaitu Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris.

Bacaan Tahlil sebelum berbuka puasa .


Alhamdulillah majlis Iftar Jamaei ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terutama Ibu bapa. Seusai berbuka puasa, semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau baru SKBK sebelum pulang.