Thursday 23 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H / 2012


PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH, Begitulah tema sambutan Maal Hijrah tahun 2012 masihi bersamaan dengan 1433 Hijrah yang disambut di seluruh Negara, Kesempatan ini juga diambil oleh warga SK Bukit Kenak dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang di adakan pada 16 Feb 2012 . Bertepatan dengan tema Maulidul Rasul pada tahun ini, Sambutan yang begitu meriah telah diadakan di SKBK dengan mendapat kerjasama yang begitu erat di kalangan guru-guru serta kakitangan. Jelas terpancar wajah-wajah kegembiraan dikalangan pelajar-pelajar serta guru-guru di atas kelincinan perjalanan majlis ini.

Majlis Maulidul Rasul peringkat sekolah ini, dimulakan dengan Ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Majlis Agama Islam Terengganu iaitu al-fadil Ustaz Kamaruddin bin Mohd Shahril. Majlis seterusnya disusuli dengan pertandingan perbarisan antara rumah sukan, pertandingan nasyid dan sayembara puisi oleh wakil2 setiap rumah.






Majlis di tamatkan dengan penyampaian hadiah-hadiah untuk pemenang seperti berikut


Perarakan :

Johan : Syahbandar
Naib Johan : Laksamana
Tempat ke tiga : Temenggong

Nasyid :
Johan :Laksamana
Naib Johan : Bendahara
Tempat ke tiga : Syahbandar

Sayembara Puisi :
Johan : Temenggong
Naib Johan : Syahbandar
Tempat ke tiga : Laksamana




Wednesday 15 February 2012

Larian Cergas 2012


Pada 2 Februari baru-baru, secara tradisinya SK Bukit Kenak telah  mengadakan Larian Cergas yang mana melibatkan semua murid seawal Pra Sekolah. Di mana setiap tahap melalui laluan yang berbeza. Bagi melahirkan murid yang seimbang jasmani dan intelektual, Larian Cergas akan memberikan pengalaman yang baik bagi murid-murid sekolah ini.
Senamrobik
       Program ini dimulakan dengan senamrobik oleh semua warga SKBK sebagai pemanas badan dan aktiviti regangan.
Pelepasan Larian Cergas

Laluan Tahap 1

Laluan Tahap 2


Majlis Penyampaian Hadiah
       Setelah selesai larian, murid-murid direhatkan dan dijamu dengan hidangan dan minuman sementara markah terkumpul Rumah sukan dikira oleh para hakim penamat. Dan tepat jam 11.30 pagi, mereka dikumpulkan diperkarangan SKBK bagi Majlis Penyampaian Hadiah oleh pihak pentadbiran SKBK. Terserlah debaran di wajah guru-guru serta murid-murid yang menunggu keputusan Johan Keseluruhan diumumkan. Berikut keputusan Larian Cergas 2012 :

Tempat Pertama : Rumah Temenggung
Tempat Ke-2 : Rumah Bendahara
Tempat ke-3 : Rumah Syahbandar
Tempat ke-4 : Rumah Laksamana


Tahniah kepada semua pemenang di atas kejayaan mereka dan kepada yang tidak berjaya, sila cuba lagi pada tahun akan datang. 

Tuesday 14 February 2012

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6

Pada hari Khamis bersamaan 9 Februari 2012 telah berlangsungnya satu Majlis Temu Murni Ibu Bapa   bersama guru tahun 6 bertempat di Kantin SKBK. Majlis ini dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Faiz b. Awang mewakili Tn. Guru Besar, guru-guru tahun 6 dan para ibubapa pelajar tahun 6. Alhamdulillah majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa pelajar.



En. Aminudddin Mempegerusikan Majlis .Majlis turut disertai GPK1  Tn. Hj. Mohd. Faiz b. Awang, GPK HEM Tn. Hj. Abd. Yazid @Aziz b. Mohd. Zain dan Penyelarah UPSR, Tn. Hj. Khairul zamani b. Abd. Razak.


Pada majlis tersebut Tn. Hj. Mohd Faiz memanjangkan kesyukuran kerana pada Tahun 2011 seramai 20 orang pelajar SKBK mencapai keputusan cemerlang 5A manakala 8 orang pelajar mendapat 4A 1B.  Keputusan ini adalah satu keputusan yang amat membanggakan pihak sekolah dan guru-guru kerana telah menunjukkan peningkatan seperti yang dirancangkan. Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus tanpa rasa jemu demi meningkatkan prestasi pelajar.

                                
                     Calon-calon UPSR 2012 sedang mendengar amanat dari GPK 1

Pada majlis itu juga Tn. Hj. Mohd Faiz meminta masyarakat, khususnya ibu bapa sama-sama berganding bahu dan bersama-sama guru meningkatkan prestasi pelajar untuk tahun 2012 di mana pihak sekolah memyasarkan seramai 30 orang pelajar akan mendapat 5A dalam UPSR.

Di dalam majlis itu juga Tn. Hj. Mohd. Faiz mengariskan beberapa Perancangan Program UPSR 2012 seperti berikut :-

1. Solat Hajat  (Guru dan Murid)  - Februari
2. Kelas Tamabahan Petang (Bermula Feb hingga Ogos)
3. Program Motivasi dan Muhasabah Diri ( Bermula dari Januari hingga Ogos)
4.Ceramah Motivasi Bersama Ibubapa ( Mac)
5.Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan ( April dan Jun)
6. Kem Elit UPSR (Mei dan Julai)
7. Klinik UPSR Bagi Pelajar Lemah (Ogos)
8. Tuisyen Hujung Minggu (April hingga Ogos)
9. Kelas Malam (April hingga Ogos)
10. Program Ransangan Pelajar (Feb, Mac, Jun, Julai dan Ogos)
11. Latihan Tambah Nilai / Latih Tubi (September)
12. Lawatan /Rehlah (Ogos)



Kehadiran Ibubapa yang amat menggalakkan sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah...



Ibubapa berpeluang bertemu dengan guru mata pelajaran  anak masing-masing untuk bertanyakan prestasi anak-anak mereka

Sijil Penghargaan 2011









Tahniah! UPSR 2011 Cemerlang

Murid-murid 5A bergambar bersama Guru Besar, GPK
dan  guru  UPSR  selepas  menerima keputusan   UPSR

Tahniah kepada team UPSR 2011 kerana peningkatan yang cemerlang UPSR 2011.  Pada tahun ini seramai 20 orang telah mendapat 5A berbanding 4 orang pada tahun lepas.  GPS juga telah meningkat daripada 2.50 (2010) kepada 2.02.  Begitu juga LMS berlaku peningkatan.  TAHNIAH!!!!!! 

Tuesday 7 February 2012

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SK Bukit Kenak Sesi 2012

Badan Pengawas Sesi 2012
Alhamdulillah 2011 yang telah menutup tirai kini dibuka dgn post pertama bagi tahun ini iaitu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SK Bukit Kenak sesi 2012. Hasil garapan usaha yang telah dipacu oleh tenaga kerja Badan Pengawas dan restu pihak pentadbiran sekolah, maka seramai 49 orang pengawas sekolah telah dilantik sebagai duta yang akan membawa wadah pendidikan kepada rakan sebaya mereka di bilik darjah. Seramai 24 murid lelaki dan 25 murid perempuan dari tahun 3 hingga 6 kini diberi mandat untuk menjadi pengawas. Dengan seragam baru yang dipertingkatkan aspeknya serta motto " DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN KAMI" pengawas baru ini akan tergalas tanggungjawab mereka memimpin rakan murid di bilik darjah nanti
Persiapan / menanti ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM)

Dan bagi  memberi suntikan semangat kepada para Pengawas, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) bagi menyempurnakan majlis tersebut serta memberi motivasi untuk menjalankan amanah ini.
Ketibaaan Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Ramli

Lafaz Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Adik Muhammad Hasrul Naim Hassan Tahun 6 Jaya
Penyampaian Watikah Perlantikan



Terserlah kegembiraan dan perasaan bangga di wajah murid-murid ini kerana telah dipilih menjadi Pengawas sekolah. Lafaz Ikrar mereka disaksikan oleh para guru yang akan membentuk mereka menjadi insan yang lebih baik, berdisiplin serta cemerlang Sahsiah dan Akademik.

Sesi Bergambar

Guru Badan Pengawas Sesi 2012:


Pn. Mastura bt. Bahar - Pengerusi
Pn. Rosmaria bt. Arifin - Setiausaha
En. Zainuddin bin Muhammad
Hj. Khairul Zamani bin Abdul Razak
YM Ku Hashim bin Ku Kechik
Pn. Noraini bt. Shafi'e
Pn. Norlizah bt. Surep
Pn. Zarinawati Shaari
Cik Yusni bt. Ab. Llah
Jamuan makan VIP/ Guru/ Pengawas
Sedikit jamuan disediakan bagi meraikan tetamu dan juga para pengawas serta guru-guru Badan Disiplin 2012. Menu yang disediakan ialah Nasi Minyak dan juga pencuci mulut oleh pihak kantin SKBK.
          Jutaan penghargaan kepada Tuan Guru Besar yang memberikan sokongan serta kepercayaan kepada guru Badan Disiplin, juga kepada Ustaz Hj. Mohd. Faiz bin Awang , Penolong Kanan 1 yang sudi menghadirkan diri sebagai tanda sokongan dan orang yang paling penting bagi menggerakkan jentera Badan Pengawas SKBK 2012 iaitu Tn. Hj. Mohd. Yazid bin Muhd. Zain, Penolong Kanan HEM yang menjadi induk kepada kemantapan badan ini.