Sunday, 4 December 2011

04 Disember 2011

Admin minta maaf lama tidak update blog atas sebab-sebab tertentu.Pada 14 November 2011,Sekolah Kebangasaan Bukit Kenak telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2011.Majlis diadakan di kantin sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut.Ramai ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 ialah pengerusi En Wan Mohd Zain Wan Bakar,timbalan pengerusi Hj Mohd Faiz bin Awang,naik pengerusi 1 Hjh Wan Kuntom bt Wan Abdullah,dan naik pengerusi 2 Pn Norhayati binti Nasir.Majlis ini diadakan pada pukul 8.15.Aturcara Majlis ialah pukul 8.15 Ibu Bapa mengambil tempat.Pukul 8.30 ketibaan Dif Kehormat dan ucapan oleh Pengerusi Majlis,bacaan doa,persembahan Koir,ucapan Guru Besar Sk Bukit Kenak dan ucapan perasmian oleh Pegawai  Pelajaran Daerah Besut.Selepas itu,persembahan nasyid dan diikuti Penyampaian Hadiah dan Graduasi Pra Sekolah.Seterusnya Penyampaian Hadiah Tahap 1,Tahap 2.Para Ibu Bapa tidak bosan apabila murid PPKI membuat persembahan.Gelagat murid PPKI menghiburkan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.Selepas itu,Penyampaian Hadiah KAFA dan Cemerlang UPKK,Hadiah Kelas PPKI,Hadiah Pemulihan Khas,Hadiah Nilam,Hadiah Khatam Al-Quran,Penyampaian Sijil Graduasi Tahun 6 dan akhir sekali Persembahan Dikir Barat dan Penyampaian Anugerah Khas.Selepas selesai majlis ini,semua tetamu dijamu jamuan ringan dan bersurai.
Persembahan koir
Penyampaian Hadiah Murid Pra Sekolah yang disampaikan oleh Pn Norhayati 
Penyampaian Hadiah bagi murid Tahap 1 yang disampaikan oleh Guru Besar En Wan Mohd Zain
Penyampaian Hadiah bagi murid Tahap 2 yang disampaikan oleh En Wan Mohd Zain
Penyampaian Hadiah KAFA yang disampaikan oleh En Wan Zain



Saturday, 3 December 2011

Thursday, 13 October 2011

KARNIVAL PASCA UPSR PERINGKAT DAERAH 2011

Satu Karnival Pasca UPSR telah berlangsung di SK Permaisuri Nur Zahirah pada 12 Oktober 2011. Karnival  ini diadakan sebagai sebahagian dari program mengisi masa lapang bagi pelajar tahun 6 selepas UPSR yang melibatkan sekolah-sekolah Daerah Besut.  Disamping itu juga  karnival ini secara tidak langsung dapat mengcungkil bakat yang ada di kalangan pelajar-pelajar  tersebut. Dalam karnival sehari tersebut, beberapa acara telah disertai oleh Pelajar SKBK antaranya ialah menghasilkan slaid power point, melukis menggunakan paint, menaip pantas, pertandingan azan, tulisan khat, nasyid dan juga pertandingan memasak.  Dalam kesemua acara tersebut, kita telah menjuarai (Johan) pertandingan memasak dan Johan pertandingan tulisan khat. Tahniah diucapkan di atas kejayan pelajar berkenaan

               Johan Pertandingan Khat.



                  Johan Pertandingan Memasak

Sunday, 18 September 2011


SELAMAT HARI RAYA..
Sek ini mengadakan sambutan hari raya.Guru-guru dan murid-murid memakai baju kurung dan baju melayu.Semuanya kelihatan hensem-hensem dan comey-comey.Banyak makanan dibawa oleh guru-guru,murid-murid dan kakitangan sekolah.Antara makanan dibawa ialah biskut-biskut,kek cokelat,tapai,ketumpat dan sebagainya.Ada diantara pelajar dan guru membuat persembahan.Sambutan hari raya tahun ini sangat meriah.
salah seorang pelajar membuat persembahan
pelbagai makanan
ketika menjamu selera

Wednesday, 7 September 2011

persaraan GPK 1 Puan Norani bt Tuan Ismail

Pada 27 Julai 2011,seorang guru yang disayangi ramai,Puan Norani Bt Tuan Ismail telah bersara.Persaraan Puan Norani amat dirasai oleh guru-guru,staf dan murid-murid.Puan Norani telah berkhidmat di sekolah ini selama 5 tahun bermula bulan Jun 2006 sehingga bulan 27 Julai 2011.Beliau telah mengajar subjek English.Beliau seorang yang peramah,baik,dan penyayang.Beliau sangat mesra dengan guru-guru,murid-murid dan kakitangan pekerja Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak,Jertih,Terengganu.Pada majlis tersebut,guru-guru dan pelajar memberi cenderhati kepada Puan Norani sebagai tanda ingatan kepada beliau.Kenangan dengan Puan Norani tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.Jasa dan bakti beliau berkhidmat disini tetap kami kenang selamanya.


                                                      PUAN NORANI BT TUAN ISMAIL

Sunday, 7 August 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1950 apabila orang-orang kampung bergotong royong membina sebuah bangsal buluh berukuran 800 kaki persegi yang menempatkan seorang guru lelaki dan 52 orang murid.Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1954 oleh Nazir Sekolah-sekolah Melayu Terengganu.Guru Besar pertama yang berkhidmat di sini ialah En.Husin Bin Abdullah berkelulusan Darjah V dan berjawatan "Guru Rakyat".Sejak itu,keramaian murid sentiasa bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2011 sekolah ini telah mempunyai 579 orang murid dan 46 orang guru
Selamat datang ke blog SK Bukit Kenak,Jertih.Terengganu.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1950.