Saturday, 16 February 2013

LARIAN CERGAS 2013

KHAMIS, 14 FEBRUARI 2013.  Larian Cergas 2013 bermula lagi.  Sudah menjadi kelaziman bagi guru-guru dan pelajar di SK Bukit Kenak menjadikan Larian Cergas sebagai pembuka tarai acara kokurikulum bagi setiap tahun. Walaupun dengan kekangan masa yang begitu padat pada minggu ini, ianya tidak menjadi halangan bagi  guru-guru untuk menjayakan Larian Cergas pada tahun ini.  Walaupun dengan hanya tiga kali latihan bagi setiap rumah sukan, namun Larian Cergas yang berlangsung pada hari ini begitu meriah.  Beberapa atlek muda dan muka baru telah berjaya dikesan untuk diasah bakat menjadi atlet yang beriwabawa pada masa hadapan.

Senamrobik beramai-ramai sebelum lariah di bawah kelolaan D'Aura fitnes...

Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dimana guru-guru dan pelajar bersama-sama bersenamrobik bagi memanaskan badan sebelum larian bermula.  Senamrobik setengah jam yang ditaja oleh D' Aura Fitnes  telah membakar semangat pelajar untuk memulakan larian pada pagi ini.

Larian Bermula....

Penamat..... Wajah-wajah keletihan dan keriangan.....
Ini Wajah-Wajah  Ceria Guru Kita... SKBK Boleh !!
Larian  Cergas 2013 telah tamat sekitar jam 10.30 pagi  dengan penutupan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Mohd Faiz b. Awang.  Pada Tahun ini Rumah Biru berjaya mengondol Johan keseluruhan bagi acara Larian Cergas.   Tahniah kepada pelajar dan guru-guru rumah Biru. Syabas..


Majlis penyampaian hadiah di akhir larian..



DIN/din/2013

Friday, 15 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH/ 2013 MASIHI

KHAMIS, 7 Februari 2013 / 26 Rabiulawal 1434 Hijrah 

             " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "

Begitulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.  Bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Pihak sekolah bersama guru-guru dan pelajar telah mengadakan perarakan yang bermula dari sekolah menyusuri Kampung Bukit Kenak  ke Masjid Al-Falah, Kg Gerai sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.  Setelah tiba di masjid, guru-guru dan pelajar disajikan dengan ceramah bertajuk Persediaan Sebelum Mati yang disampaikan oleh Al-fadhil ustaz  Kamaruddin bin Mohd Shahril  dari Majlis Agama Islam Terenggganu.


Perasmian Sambutan oleh Tuan  Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar


Ceramah Maulidur Rasul Yang Disampaikan Oleh Penceramah Jemputan


Setelah selesai ceramah, pelajar berarak pulang ke sekolah semula untuk mengikuti beberapa aktivi lain yang dipertandingkan.  Antara yang dipertandingkan dalam Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah Selawat dan Perbarisan, Banner Paling Cantik, Hiasan dan Kreativiti yang paling menarik, Keseragaman  antara ahli rumah sukan, pertandingan melukis, mewarna dan pertandingan kuiz. Sambutan di akhiri dengan penyampaian hadiah untuk pemenang bagi kesemua acara yang dipertandingkan.



Kemeriahana Sambutan Maulidur Rasul oleh Guru dan Pelajar


Penuh Warna Warni

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang..


DIN/din/2013

Monday, 21 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013

AHAD, 20 JANUARI 2013,  Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi tahun 2013 kepada pelajar-pelajar SK Bukit Kenak. Majlis yang dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud,  AJK Bahagian Jerteh yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Dato' Seri Idris b. Jusoh telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dimulakan dengan ucapan Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar dan seterusnya dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud. Seramai 550 orang pelajar diiringi ibubapa masing telah menerima sumbangan wang tunai bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang. Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 5  petang.  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Anuar b. Mahmud kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan tersebut.


Ucapan Aluan  oleh Tn. Guru Besar, En. Wan. Mohd Zain b. Wan Bakar dan Perasmian oleh Saudara Anuar b. Mahmud, AJK Bahagian, mewakili Dato' Seri Idris b. Jusoh.
 
Pendaftaran Ibu Bapa dan Pelajar dengan Guru Kelas Masing-Masing
 
 
Penyampaian Sumbangan Awal Persekolahan kepada pelajar berjalan lancar
 
 
 
DIN/din/2013
 


Friday, 11 January 2013

MESYUARAT MINGGUAN GURU SKBK KALI PERTAMA 2013

KHAMIS, 10 JANUARI  2013, Mesyuarat Mingguan Guru-Guru SKBK Kali Pertama  2013 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat Mingguan kali pertama ini diadakan bagi menyahut seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu agar semua  sekolah mengadakan mesyuarat setiap hari khamis bagi memperkemaskan serta memperkasakan pendidikan di sekolah.  Mesyuarat yang berlangsung selepas waktu persekolah ini, banyak memberi input kepada guru-guru tentang perkembangan pendidikan terkini serta penyampaian maklumat yang terus ke akar umbi.  Di samping itu, mesyuarat mingguan ini juga akan dapat membantu pihak pengurusan mendapat maklum balas dari guru-guru secara langsung agar penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.


Tn. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Di dalam Mesyuarat Mingguan Guru Kali Pertama 2013 ini, Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain B. Wan Bakar telah menjelaskan hala tuju  Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 kepada guru-guru serta  peranan guru-guru bagi mencapai visi dan misi tersebut.  Di harapkan dengan penyampaian maklumat yang jelas dan secara terus kepada guru-guru tersebut, akan dapat membantu guru-guru dalam memperkayakan teknik serta kaedah penyampain maklumat kepada pelajar bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan itu mencapai kejayaan.






Guru-guru sedang mendengar ucapan dari Tn. Guru Besar


Sambutan yang baik dari semua guru...




DIN/din/13

Thursday, 22 November 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT KENAK 2012

4 November 2012, Pihak sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kenak 2012. Majlis yang berlangsung dengan meriahnya ini  telah  dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Hj. Abdullah b. Md. Zin, Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Besut. Di dalam majlis tersebut beberapa anugerah diberikan kepada seluruh pelajar SK Bukit Kenak yang mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Di samping itu, anugerah kecemerlangan Ko-kurikulum dan anugerah pelajar contoh juga turut sama diadakan. Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan berbagai hadiah yang menarik. Majlis tamat sekitar jam 1.00 tengahari.



Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Hj. Abdullah b. Md. Zain, Tuan Guru Besar dan  Pengerusi PIBG SKBK


Bersama tetamu undangan YB Ahli Parlimen Besut


Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Kepada Pelajar

Hadiah Cabutan Bertuah disampaikan Oleh YB Ahli Parlimen Besut

Majlis Dimeriahkan Lagi dengan Persembahan Pelajar


Din/Din/12

Tuesday, 20 November 2012

Majlis Khatam Al-Qur'an Guru / Staff dan Murid Tahun 6 2012

Persiapan Majlis Khatam Al-Qur'an 2012 di Surau SK Bukit Kenak

Majlis Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd. Faiz bin Awang dengan di hadiri oleh para guru dan staf SK Bukit Kenak

Majlis Khatam Al-Qur'an bermula dengan Juru khatam Ustaz Mat Rani bin Yaacob dan Ustaz Rozani bin Hassan

Penyampaian Cenderahati khatam kepada guru dan staff

Barisan Panitia Pendidikan Agama Islam selaku penganjur dan pelaksana program

Thursday, 1 November 2012

SEKITAR JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2012

31 Oktober 2012, Sebagai penutup persekolahan 2012, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Bukit Kenak telah mengadakan jamuan akhir tahun dan majlis penyampaian cenderahati kepada guru-guru dan kakitangan SKBK. Majlis yang berlangsung  pada sebelah petang di Hotel Renaissance Kota Bharu, telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis dimulakan dengan Ucapan pengerusi Majlis, Encik Fauzi bin Mohammed, Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan, En. Zainuddin bin Muhamad dan Ucapan Tuan Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah kepada semua guru dan kakitangan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Sebagai penutup tirai aktiviti 2012, Semua guru dan Kakitangan mengadakan pertandingan Ten-pin bowling tertutup di Mutiara Bowl, Kota Bharu.  Pertandingan yang berlangsung dengan meriahnya itu telah berakhir sekitar jam 5.30 petang.  Dalam pertandingan tersebut, tempat Pertama  telah dimenangi oleh Team Cikgu Fauzi, Mastura dan Ust. Rozani, manakala tempat kedua dimenenangi oleh Team Cikgu Mohd Yazid, Pn. Norhayati Nasir dan Khairul Azizi manakala Tempat ke tiga dimenenangi oleh Team Cikgu Mohamad dan Ust. Mohd. Shakir. Tahniah kepada semua guru dan kakitangan kerana telah sama-sama menjayakan majlis ini.



Ucapan Pengerusi Majlis, Pengerusi Kelab Guru dan Tn. Guru Besar



Mendengar ucapan sebelum jamuan makan tengahari

Sedang menjamu selera...

Penyampaian Cenderahati dan Cabutan Bertuah

Team Bowling SKBK 2012..

Sedang menunjukkan skell masing-masing..


Pemenang Pertandingan Ten-Pin Bowling 2012




Din/Din/2012