| Pegawai PPD memberi ucapan di Perhimpunan pagi |
Monday, 24 February 2014
LAWATAN TUAN PPD HJ. AB. HALIM BIN HJ. HASSAN
SK Bukit Kenak, 9 Februari 2014 - SKBK menerima kunjungan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hj. Ab. Halim bin Hj. Hassan yang membuat lawatan bagi memantau perjalanan persekolahan pada waktu pagi. Beliau juga semoat meninjau perjalanan RMT dan kantin sekolah. Setelah itu beliau dengan diiringi oleh Tuan Guru besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyertai perhimpunan pagi Ahad.
Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah di atas usaha melatih pengawas sekolah untuk mempengerusikan majlis perhimpunan yang mana dalam bahasa Inggeris. Begitu juga beliau amat berbangga dengan keceriaan kantin yang mana beliau mengesyorkan agar Kantin SKBK dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi. Sambil memuji penyelaras dan jawatankuasa kantin serta pihak pentadbiran SKBK.
Monday, 3 February 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH
Kg. Gong Nangka - 30 Januari bersamaan 28 Rabiul Awaal 1435 Hijrah, dengan Temaa Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Bukit Kenak telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang.
Aturacara Majlis Sambutan :
7.45 pagi : Jamuan murid-murid di kantin
8.15 pagi : Berkumpul di dataran
8.30 pagi :Perarakan mengikut Rumah Sukan
9.30 pagi : Ceramah di Masjid Kg. Gong Nangka
10.30 pagi : Jamuan ringan di masjid kg. Gong nangka
10.45 pagi : Perarakan pulang ke SKBK
11.15 pagi : Rehat
11.30 pagi : Pertandingan Nasyid / Bercerita Kisah nabi / Bacaan Mekanis
12.20 tgh : Ucapan Perasmian Penutup Oleh : Wakil PPD Besut
12.45 tgh : Jamuan Dhif, guru dan staf
![]() |
| Perarakan ke Masjid Kg. Gong Nangka |
![]() |
| Alunan selawat yang diketuai oleh Ustaz Fakhrul Radzi Mokhtasar |
![]() |
| Ceramah maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhd. Zaiman bin Mansur dari SK Kg. Nail yang sangat menarik. |
![]() |
| Pertandingan Nasyid/ Bercerita Kisah Nabi Tahap 2 / Bacaan Mekanis Tahap 1 |
![]() |
| Majlis Perasmian Penutup oleh Penyelia Kanan Agama PPD, Ustaz Mohd. Nor bin Salleh |
Majlis perasmian penutup di sempurnakan oleh Penyelia Kanan Agama PPD Besut, ustaz Mohd. Nor bin Salleh. Beliau dalam ucapannya mengharapkan agar para murid dan guru dapat menyelami maksud sambutan Maulidurrasul buka sekadar perarakan dan petandingan malah sebenarnya tanda kecintaan kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Beliau juga memuji usaha pihak sekolah mengadakan sambutan Maulidurrasul kali ini yang begitu meriah dengan penyertaan oleh seluruh warga SKBK.
Keputusan Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H :
1. Bacaan Mekanis :
Tempat Pertama : Bendahara
Tempat Ke-2 : Temenggung
Tempat Ke-3 : Syahbandar
Tempat ke-4 : Laksamana
2. Bercerita Kisah Nabi :
Tempat Pertama : Bendahara
Tempat Ke-2 : Laksamana
Tempat Ke-3 : Syahbandar
Tempat ke-4 : Temenggung
3. Nasyid :
Tempat Pertama : Laksamana
Tempat Ke-2 : Syahbandar
Tempat Ke-3 : Temenggung
Tempat ke-4 : Bendahara
![]() |
| Majlis Penyampaian Hadiah yang di sempurnakan oleh Penyelia Kanan Agama PPD, Ustaz Mohd. Nor bin Salleh. |
Salam Maulidurrasul 1435 Hijrah
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014
Sk Bukit Kenak - Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2014 telah diadakan pada 22 januari lalu yang bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Kenak. Ia merupakan salah satu dasar baru kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam menampung perbelanjaan awal tahun bagi mereka yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah. Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dipengerusikan oleh Guru UBK SKBK, En. Yusoff bin Mamat.
![]() |
| Ceramah oleh En. Ghazali bin Che Noh mengisi slot bersama penjaga. |
Bagi menjelaskan dasar kerajaan, En. Ghazali bin Che Noh selaku Exco UMNO Besut turut hadir bagi tujuan tersebut. Beliau mengharapkan para ibu bapa agar memanafaatkan bantuan kerajaan untuk pelajaran anak-anak di samping beberapa isu semasa yang timbul pada masa kini.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar SKBK, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Beliau dalam ucapan mengingatkan para penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak disamping membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah. Turut diulas tentang peranan semua pihak termasuk PIBG dalam menjayakan Visi dan Misi sekolah serta beliau memberi sedikit penjelasan tentang kejayaan sekolah dalam UPSR yang meningkat sebanyak 20% dari sebelumnya.
![]() |
| Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar |
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Exco Kesihatan Negeri merangkap ADUN Jertih. Dalam ucapan beliau, beliau menjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Beliau juga menggalakkan umat islam sekitar utuk meneruskan sambutan Maulidur Rasul bagi memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pelajar tentang cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga menjelaskan dasar kerajaan berkenaan GST kepada masyarakat Bukit Kenak disamping meminta ibu bapa penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak yag akan membangunkan dengan negara kelak dan beliau seterusnya merasmikan majlis.
![]() |
| Majlis Perasmian dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014 kepada murid Tahun 6 Jaya oleh Y.B Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Jertih |
Pengagihan bantuan di teruskan selepas itu yang bertempat dikantin sekolah, di mana para murid menerima sebanyak RM100 seorang bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Majlis ini berjaya diselesaikan pada jam 1.15 tengahari.
![]() |
| Ibu bapa mengambil wang bantuan persekolahan dari para guru kelas. |
Wednesday, 22 January 2014
PROGRAM TEMU MURNI SERTA MOTIVASI UPSR 2014
SK Bukit Kenak - 15 Januari yang lalu jawatankuasa UPSR 2014 telah mengadakan Program Temu murni serta Motivasi bagi murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini di rangka bagi mendapatkan maklum balas ibu bapa murid dalam mempertingkatkan lagi prestasi anak-anak mereka. Pogram ini dirangka di bawah seliaan Penyelaras UPSR 2014, Puan Roslina bt. Md. Yasin dengan bantuan jawatankuasa yang lain bertempat di dewan terbuka SKBK.
![]() |
| Pendaftaran Ibu Bapa mengikut Kelas |
![]() |
| Petemuan empat mata dengan Para ibu bapa murid tahun 6 |
Bagi meneruskan majlis, Tuan haji Muhamed Faiz bin Awang, GPK Pentadbiran mewakili pihak Guru Besar bagi pertemuan empat mata dengan para ibu bapa. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kerjasama dari ibu bapa dalam menjayakan target UPSR demi kecemerlangan anak-anak. Selain itu dalam pertemuan ini juga, pihak sekolah mencadangkan jumlah bayaran Tabung UPSR pada tahun ini ialah RM150 dan juga bayaran Modul sebanyak RM 30. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua ibu bapa. Beliau menjelaskan Target yang ingin dicapai pada tahun ini ialah 5A- 25 orang , 4A 1B -10 oranr dan bagi merealisasikan target ini, secara umum tradisi tahunan akan diteruskan termasuk KEM Motivasi Teknik Menjawab Sekolah akan diadakan di luar kawasan sekolah sepertimana tahun-tahun lepas. Selain kerjasama dari pihak PIBG juga penting menjayakan impian sekolah ini.
![]() |
| GPK Pentadbiran, Hj, Mohamed Faiz bin Awang bersama dengan Penceramah Motivasi En. Shamsi bin Hj. Shamsudin dari Intelligent Mision, Kota Bharu, Kelantan. |
Program seterusnya, Program Motivasi yang menjemput En. Shamsi bin Hj. Shamsudin dari Intelligent Mision selaku penceramah. Pendekatan yang dibawa beliau berjaya menarik perhatian murid-murid tahun 6 yang begitu khusyuk mengutip ilmu-ilmu dari beliau. Sentuhan hati ibu bapa terhadap usaha mereka dalam membantu anak-anak dapat dilihat dengan kesungguhan ibu bapa menyertai program ini. Laungan "You Are Champion" bergema sekuatnya di dewan terbuka SKBK sebagai tanda azam tersemat di hati para murid.
Semoga Usaha keras semua pihak dalam menjayakan visi dan misi sekolah ini mendapat keberkatan dan restu Allah. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa UPSR, Pihak pentadbiran sekolah, Ibu-bapa serta anak-anak didik SKBK dalam menjayakan program ini.
Tuesday, 21 January 2014
MAJLIS KESYUKURAN DAN SOLAT HAJAT MENDUDUKI BANGUNAN SEKOLAH SERTA BULAN MAULIDUR RASUL 1435 H
SK Bukit Kenak - Pada 9 Januari yang lepas satu majlis kesyukuran dan Solat Hajat telah dijalankan. Ia juga bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini berlangsung dengan meriah dengan kerjasama dari pelbagai pihak. Antara pihak yang dijemput ialah, wakil JKR, Majlis Guru Besar, PPD Besut , Jawatankuasa PIBG serta ibu bapa penjaga murid.
Para jemputan serta warga SKBK mengerjakan solat Hajat di dewan Terbuka SKBK yang diimamkan oleh Ustaz Hj. Mohd. Rani bin Yacob. Ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga di atas kemudahan bangunan baru SKBK
Seusai solat hajat para Jemputan dijemput menjamu selera di kantin. Keceriaan terpancar di wajah para jemputan. Jamuan ini disediakn dengan kerjasama guru-guru serta masyarakat setempat.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga SKBK , Ibu bapa serta murid-murid dan menjadi sinar baru dalam lembaran baru SKBK.
![]() |
| Jamuan untuk semua warga SKBK dan jemputan. |
Para jemputan serta warga SKBK mengerjakan solat Hajat di dewan Terbuka SKBK yang diimamkan oleh Ustaz Hj. Mohd. Rani bin Yacob. Ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga di atas kemudahan bangunan baru SKBK
![]() |
| Solat Hajat Berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Hj. Mat Rani bin Yacob |
![]() |
| Jamuan Kesyukuran |
Thursday, 2 January 2014
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014
SK Bukit Kenak - Awal Persekolahan bermula lagi dengan penuh keceriaan dan semangat iltizam yang baru. Tahun 2014 menyaksikan murid tahun satu seramai 92 orang menjadi warga SKBK. Seawal 7 pagi, kelihatan ramai penjaga yang menjalankan tanggungjawab mereka menghantar murid ke sekolah. Pelbagai karenah dan telatah dapat dilihat.
Jam 7.30 pagi, perhimpunan ringkas dibuat di dewan terbuka SKBK yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Yusof b. Mamat selaku kaunselor. Beliau mengalu-alukan kehadiran para murid, ibubapa dan guru dan seterusnya menjemput Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd. Faiz bin Awang. Dalam ucapan beliau, beliau memberi sedikit penerangan kepada ibu bapa tentang perubahan kedudukan bilik darjah untuk tahun 2014 kerana bangunan baru sudah boleh diduduki, disamping program Transisi Murid Tahun 1 dari minggu pertama hingga ke minggu ke-3.
Setelah itu Tuan Guru Besar dijemput memberikan ucapan yang mana dalam ucapan beliau amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan murid dalam memartabatkan prestasi SKBK. beliau juga mengingatkan tentang dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan dunia pendidikan serta berpesan kepada warga SKBK agar berhati-hati dalam keadaan persekitaran sekolah yang belum sepenuhnya siap.
Pelbagai karenah dapat dilihat mengimbau kembali kenangan lampau yang indah di alam persekolahan. Semoga tahun 2014 lebih cemerlang, menyerlahkan kehebatan Warga SKBK yang boleh dibanggakan.
Monday, 11 November 2013
HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN SKBK 2013
11 November 2013, SK Bukit Kenak - Bagi menghargai dan meraikan pencapaian setiap pelajar sebelum berakhirnya tahun persekolahan 2013, telah diadakan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013 bertempat di Dewan Terbuka SKBK. Program tahunan ini diadakan bagi memberi penghargaan dan meraikan kecemerlangn semua pelajar yang menunjukkan potensi dalam bidang masing-masing samada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik.
Bagi memeriahkan lagi program ini, ibubapa turut sama dijemput hadir bagi menemani anak masing-masing menerima anugerah kecemerlangan. Turut hadir memeriahkan lagi program ialah YB Tuan Haji Muhammad Pehimi b. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh yang seterusnya merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan pada tahun ini.
![]() |
| YB Tn. Haji Muhammad Pehimin b. Yusof, ADUN Jertih sedang menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013 |
Program dimulakan sekitar jam 8.00 pagi, dimana para ibubapa dan palajar mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Seterusnya ibubapa mengambil tempat masing-masing di dewan terbuka manakala anak-anak pelajar yang bakal menerima anugerah pada hari ini berada dikhemah yang disediakan berhampiran dewan terbuka.
Ibubapa/penjaga bersama anak-anak yang bakal menerima anugerah
Bagi memberkati majlis, program diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mat Rani b. Yacob sekitar jam 9.00 pagi. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Tuan Guru Besar, Encik Wan Mohd Zain b. Wan Bakar. Di dalam ucapan pembukaan ini, beliau mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada ibubapa tentang Dasar Pendidikan Negara pada hari ini bagi menuju sebuah negara maju. Seiring dengan itu, beliau turut menjelaskan kepada ibu bapa tentang 1Bestarinet yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan proses pembelajaran pelajar walau dimanapun berada. Di dalam ucapannya, Tuan Guru Besar menjelaskan pentingnya istem frogVLE dan pembelajaran maya pada hari ini untuk diakses oleh ibubapa, pelajar dan guru bagi melihat dan mengikuti setiap program yang dianjurkan di sekolah. Tuan Guru Besar menamatkan ucapannya dengan menyeru agar semua ibubapa bersama-sama proaktif dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak kementerian bagi meningkatkan kejayaan anak-anak.
![]() |
| Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd Zain b. Wan Bakar sedang menyampaikan ucapan |
Sekitar jam 10 pagi, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kecemerlangan kepada semua pelajar yang terlibat. Majlis dimulakan dengan Anugerah Graduasi bagi pelajar pra sekolah. Seramai 25 orang pelajar pra telah menerima anugerah graduasi masing-masing menandakan tamatnya persekolah meraka di kelas pra. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 yang terlibat. Pada tahun ini beberapa anugerah telah disediakan seperti pelajar terbaik setiap mata pelajaran, Pelajar terbaik di dalam kelas, Terbaik bagi kelas KAFA dan Kedatangan penuh. Bagi memeriahkan lagi program, turut diselitkan cabutan nombor bertuah bagi guru, kakitangan, pelajar dan ibubapa. Disamping itu ibubapa juga dihidangkan dengan persembahan seperti actionsong dan nyayian pelajar. Majlis ditamatkan dengan anugerah graduasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 seramai 96 orang sebgai menandakan mereka telah menamatkan pengajian di sekolah rendah dan bakal ke sekolah menengah pada tahun hadapan.
![]() |
| Penerima-penerima anugerah kecemerlangan.. |
Acara kemuncak berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dengan kehadiran YB Tuan Haji Muhammad Pehimi b. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh bagi merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013. Di dalam ucapan beliau, YB Tuan Haji Pehimi meminta seluruh warga Bukit Kenak, ibubapa, masyarakat memberikan komitmen dan perhatian yang lebih kepada anak-anak masing bagi memastikan anak-anak berada dilandasan yang betul bagi untuk menjadi insan yang berjaya. Selesai sahaja ucapan beliau, YB Tuan Haji Pehimin dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada kepada 4 orang tokoh pelajar SKBK. Ke empat-empat mereka ini telah cemerlang di dalam bidang masing-masing.
![]() |
| Bersama 4 orang tokoh pelajar skbk 2013 |
DIN/din
Subscribe to:
Posts (Atom)



























