Thursday, 10 April 2014

SKBK Tuan Rumah Majlis Tadarrus Al-Qur'an dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM 2014 Peringkat Zon Jerteh

SK Bukit Kenak, 3 April 2014 - Julung-julung kalinya SKBK menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarrus Al-Qur'an dan Festival Nasyid Sekoah-Sekolah KPM 2014 Peringkat Zon Jerteh. Majlis yang gilang-gemilang ini berjalan lancar dengan kerjasama dan kerja keras warga SKBK. Di mana penyertaan kali ini meliputi semua sekolah dalam Zon Jerteh.
Persiapan tempat yaang sangat Indah.
Antara acara yang dipertandingkan :
1. Tilawah Al-Qur'an
2. Hafazan surah
3. Bercerita kisah-kisah dari Al-Qur'an
4. Nasyid
Acara-acara yang dipertandingkan.
 Pasukan Nasyid SKBK Raudhatul Jannah berjaya mendapat tempat ke-3 Nasyid manakala pserta Hafazan SKBK juga berjaya mendapat tempat ke-3. Semoga keputusan ini akan menyuntik semangat untuk memperbaiki dan membuat yang lebih baik di masa hadapan.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua peserta dan pemenang.
Bagi merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang, Ustaz Mohd. Noor bin Salleh, Penyelia Kanan Agama PPD Besut telah dijemput. Beliau dalam ucapannya menyebut tentang pentingnya penyertaan murid dalam pertandingan sebegini bagi memupuk pekerti yang mulia serta sayangkan agama. Beliau juga berterima kasih di atas kerja keras yang dibuat oleh para guru dalam melatih anak-anak didik untuk berjaya dalam acara MTQ kali ini serta memuji persiapan yang luar biasa dibuat oleh pihak tuan rumah.

Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyampaikan cenderahati kepada Penyelia kanan Agama PPD Besut.
JUTAAN SYABAS DI ATAS KERJASAMA SEMUA WARGA SKBK YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI.

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROMOSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2014

SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 pada 20 Mac 2014 yang semua murid SK Bukit Kenak. Majlis tersebut yang bermula seawal 7.45 pagi telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada semua murid SK Bukit Kenak berkenaan wujudnya Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBK.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Cik Nurul Aklima binti Saffeai dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fakrul Radzi bin Mokhtasar. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Kaunselor SK Bukit Kenak 2014, En. Yusoff bin Mamat.  Beliau menjelaskan temtang apa itu yang dimaksudkan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Beliau berharap dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan khidmat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. En. Yusoff bin Mamat selaku kaunselor mengatakan bahawa segala perkongsian murid yang terlibat akan dirahsiakan kecuali setelah mendapat kebenaran dan persetujuan murid itu sendiri. Turut berucap dalam majlis tersebut, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Tn. Hj. Abd. Yazid bin Mohd Zain yang mengatakan bahawa wujudnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Ini adalah perlu bagi membantu murid-murid sekolah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja untuk murid yang bermasalah, malah ia penting bagi semua murid untuk medapatkan nasihat, pandangan serta pendapat, kata-kata semangat dalam bidang akademik. GPK HEM juga mengingatkan semua murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Interaksi dengan murid sebagai pelanggan UBK
Majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan sedikit ucapan, seterusnya merasmikan majlis ini.
Perasmian dan penyampaian Brosur dan Buletin UBK
Seterusnya majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua kelas tahap dua iaitu merangkumi Tahun 4, 5, dan 6. Penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, diiringi oleh GPK HEM dan Kaunselor SK Bukit Kenak 2014. Ketua kelas setiap Tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir ke pentas untuk menerima Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling.
by Admin

PPKI SK Bukit Kenak Juara Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas peringkat daerah Besut 2014

Tahniah kepada semua guru dan PPM PPKI
Pusat Latihan dan Balapan SMK Nasiruddin Shah - Pada 1dan 2 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas peringkat daerah Besut 2014. Kejohanan telah diadakan di trek Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Tuan Hj Mohammed Bin Embong
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah menghantar  seramai 6 orang murid untuk menyertai acara-acara yang telah dipertandingkan. Hasilnya PPKI SKBK telah Berjaya meraih 3 pingat Emas, 1 pingat Perak, dan 3 pingat Gangsa.
Adik Muhammad Zukri bin Mohd. Yusof memperoleh pingat Gangsa dalam acara Lontar Peluru
Adik Nor Fatihah bt. Nordin dikalungkan pingat Perak acara Lontar peluru
Adik Muhammad Kamil bin Muhammad Yamin  3 Emas: Lompat Jauh, 100meter dan 200meter

Wajah-wajah anak PPKI yang membanggakan seluruh warga SKBK.
Pencapaian murid PPKI
Muhammad Kamil Bin Yamin                        3 Emas: Lompat Jauh, 100meter dan 200meter
Nor Fatihah Bt Nordin                                   Perak Lontar Peluru dan Gangsa 200meter
Muhammad Zukri Bin Mohd Yusof               Gangsa Lontar Peluru
Kuartet 4X100meter Lelaki                            Gangsa 4X100meter
Pencapaian yang cemerlang ini telah melayakkan PPKI Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak mendapat anugerah Sekolah Terbaik Keseluruhan Daerah Besut bagi kategori sekolah rendah. Ini adalah pencapaian yang terbaik pernah diraih PPKI SKBK setelah 5 tahun penubuhan kelas PPKI di SKBK. Manakala Muhammad Kamil pula telah dipilih mewakili daerah Besut ke Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Negeri pada 17 dan 18hb April 2014 di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong PPKI SKBK selama ini.

Sunday, 6 April 2014

SKBK Johan Action Song Karnival Bahasa Inggeris 2014 peringkat Zon Jerteh .


SK Nyiur Tujuh, Jerteh - 17 Mac 2014 yang lalu telah berlangsung Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Jerteh. SKBK yang diwakili oleh seramai 20 orang murid iaitu 15 orang acara Action song, 2 orang Scrabble, seorang Public Speaking dan seorang Story Telling. Murid-murid ini dilatih oleh guru-guru dari panitia Bahasa Inggeris


Johan Action Song yang disandang oleh Pasukan Action Song SKBK dengan tajuk 'Rainbow'
Menerima hadiah dari Guru Besar SK Nyiur Tujuh En. Wan Zuhairi

Tempat ke-2 Public Speaking yang diwakili oleh adik Nur Maisarah bt. Said
Tempat ke-2 Scrabble oleh adik Ahmad Adib Darwish bin Khair Arifuddin
Tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas pencapaian yang membanggkan ini. Pasukan Action Song SKBK akan mewakili Zon Jerteh ke peringkat Daerah pada 10 April 2014 yang akan berlangsung di SK Kampong Raja, Besut.

Monday, 10 March 2014

LARIAN CERGAS 2014 SK BUKIT KENAK

Tarikh     : 27 Februari 2014
Hari        : Khamis
Masa      : 8.00 pagi
Tempat   : Padang Sekolah dan persekitaran Kg Bukit Kenak

SK Bukit Kenak , Jerteh – Jawatankuasa Ko-kurikulum di bawah seliaan Setiuasaha Sukan En. Zainuddin b. Muhammad telah merancang serta menjalankan Program Larian Cergas. Secara tradisinya memperlihatkan persaingan Antara rumah sukan Laksamana, Bendahara, temenggung dan Syahbandar. Penglibatan yang menyeluruh oleh semua murid Tahap 1, Tahap 2 serta pra sekolah. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah :
1.                Mencergaskan fizikal dan mencerdaskan minda.
2.                Mencungkil bakat dan kebolehan di kalangan murid.
3.                Melaksanakan program berdasarkan Sistem Rumah.
4.                Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.

Program ini berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama yang padu dari pelbagai pihak seperti Pegawai Perhubungan Sekolah, RELA, PIBG serta warga SKBK itu sendiri. Turut hadir memriahkan lagi Majlis Penyampaian Hadiah iaitu En. M.Nordin bim Hassan selaku Pegawai Khas Sukan PPD Besut. Aturcara program larian cergas adalah seperti berikut :

7.45 pagi  :           Perhimpunan di Dewan Terbuka SKBK
7.40 pagi  :           Senamrobik
8.00 pagi  :           Larian bermula
11.00 pagi  :           Rehat / Jamuan
11.30 pagi  :           Penyampaian Hadiah

12.30 tgh  :           Bersurai

Senamrobik oleh para guru serta murid-murid.

Sepanjang larian

Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. TAHNIAH BENDAHARA JUARA 2014

Cenderahati dari pihak sekolah kepada jemputan.

Tuesday, 25 February 2014

TAHNIAH SKBK! 2 PINGAT EMAS DAN 1 GANGSA MSSSDB 2014

Pusat Latihan Balapan, SMK Nasiruddin Shah - Kejohanan Oleharaga dan Balapan MSSDB 2014 telah berlansung dari 16 hingga 20 Februari 2014. Menyaksikan SKBK mencatat rekod kejohanan yang membanggakan bagi tempoh 10 tahun dengan merangkul 2 emas dan 1 Gangsa. Pingat emas  diperolehi melalui acara Lompat Tinggi P12 yang diwakili oleh Adik Nur Aishah Solehah bt. Yaakub dengan memecah Rekod Kejohanan MSSDB dengan catatan ketinggian 1.27 meter. Adik Nur Aishah Solehah juga dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kejohanan dan Olahragawati Terbaik Kejohanan P12.
Adik Nur Aishah Solehah menerima Anugerah Olahragawati MSSSDB
yang disampaikan oleh YB. Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman, ADUN Kuala Besut.
Anugerah Peserta Terbaik Kejohanan Kategori P12
Pingat Emas kedua diperolehi melalui acara 200meter L12 yang diwakili oleh Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli. Manakala pingat gangsa diperolehi melalui acara Lontar Peluru L12.
Adik Muhammad Syafiq bin Md. Rozli menerima pingat Emas bagi Acara 200 meter L12
Dengan usaha gigih yang dicurahkan oleh para guru Olahraga serta usaha anak didik membuahkan hasil yang membanggakan SKBK.

Monday, 24 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014



SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2014 pada 9 Februari 2014 melibatkan 44 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini.
Majlis tersebut yang bermula seawal 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar serta dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Jerteh iaitu Koperal Ibrahim bin Che Kar dan Lans koperal Azhar bin Ibrahim yang menggantikan pegawai mereka yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu.Majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, En. Yusoff bin Mamat dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhammad Zain bin Wan Bakar.  Beliau menekan tentang 6 Aspirasi Murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Beliau amatlah mengharapkan pengawas sekolah menjadi role-model kepada murid-murid dalam aspek ketinggian sahsiah serta akhlak yang mulia dan budaya memberi salam perlu dilaksanakan bermula dari pengawas sekolah.  Turut berucap dalam majlis tersebut, Lans Koperal Azhar bin Ibrahim yang mengingatkan antaranya mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
Majlis penyerahan Watikah Pelantikan ini dimulakan dengan penyarungan blazer kepada Adik Muhammad Muzammil bin Mat Rofe sebagai simbolik perlantikan sebagai Ketua Pengawas. Turut disampaikan pelantikan penolong Ketua Pengawas iaitu Adik Nur Maisarah bt. Said. Ini diikuti dengan semua pengawas lain Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru dilantik iaitu Adik Muhammad Muzammil bin Mat Rofe dari Tahun 6 Jaya.
Dan bagi menghargai kesudian Pegawai Perhubungan Sekolah untuk hadir menyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pengawas, Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan hadiah cenderahati kepada beliau. Majlis ini diakhiri dengan sessi fotografi Pengawas SKBK bersama guru-guru Badan Pengawas, Pihak Pengurusan Sekolah  serta jemputan yang hadir. Sedikit jamuan mengakhiri majlis pada jam 10.00 pagi.
Badan Pengawas SK Bukit Kenak mengucapkan tahniah kepada semua Pengawas Sekolah yang telah terpilih untuk sesi 2014, serta mengharapkan agar semua Pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan.