Saturday, 16 August 2014

AIDILFITRI 2014 DI SKBK MERIAH!

Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.


 SK Bukit Kenak - Pada 7 Ogos 2014 yang lalu, SKBK terus berwarna-warni meraikan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pelbagai aturcara disusun bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini. Pelbagai pihak dijemput bagi sambutan kali ini. Aturcara majlis berjalan sepertimana berikut :

7.45 pagi - Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKBK / Taklimat
8.00 pagi - Jamuan sarapan pagi di kantin
9.00 pagi - Acara Dewan / Persembahan Murid dan Guru
10.30 pagi - Jamuan Hari Raya PIBG, Guru dan Staff serta Murid-murid SKBK
                  - Persembahan diteruskan.
12.45 tgh - Majlis Bersurai

Hanya gambar-gambar ini dapat menggambarkan kemeriahan hari Raya di SKBK. Buat julung-julung kalinya juadah hidangan kali ini disediakan oleh para pendidik SKBK mengikut unit Uniform, Guru KAFA, PIBG serta pengusaha Kantin.

Antaranya :
- St. John Ambulan - Nasi Minyak
- Puteri Islam - Rendang Daging dan Ayam
- TKRS - Ketupat dan tapai
- Pengakap - Mee Kari
- Pandu Puteri - Puding dan desert.
- Guru KAFA - Bihun


Penuh Warna-warni..

Taklimat serta jamuan sarapan pagi iaitu nasi minyak.

Persembahan oleh murid serta Guru. Dari kanan, Cikgu Wan Norezamani sedang mendendangkan sebuah lagu.

Tidak ketinggalan nyanyian lagu hari raya oleh pekerja Swasta En. Fendi, Ustaz Rozani Hasan serta Cikgu Saifultera



Hasil kerjasama semua pihak, majlis Sambutan Aidilfitri kali ini amat bermakna dan meriah. Semoga ia dapat mendekatkan silaturrahim di antara semua warga SKBK.

Wednesday, 13 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA DAN SUMBANGAN HARI RAYA.


SK Bukit Kenak - Pada 23 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 2014 ,satu Majlis Khas Pengagihan duit Raya dan bantuan kepada murid terpilih ini telah diadakan di Dewan terbuka SKBK .Kutipan dibuat oleh Panita Agama Islam bersempena Ihya' Ramadhan. Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, dengan doa semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya serta mempermudahkan segala urusan yang baik.

Ucapan amanat dari Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Dalam ucapan tuan Guru Besar, beliau mengingatkan para murid agar menjaga keselamatan semasa cuti hari raya dengan mengelakkan diri dari bermain mercun serta  menasihatkan agar murid-murid dapat mengahayati pengertiaan Aidilfitri itu sendiri.


Hasil sumbangan daripada para guru dan staf SK Bukit Kenak dana sebanyak RM 2176.00 bagi perbelanjaan dana bingkisan Aidilfitri yang diagihkan kepada seramai 544 orang murid. Manakala zakat untuk murid miskin ialah RM 782 ini digunakan bagi membantu pelajar miskin, yatim dan yatim piatu. terpilih yang seramai 23 orang.

Penyampaian duit raya dan zakat kepada murid miskin.
Terpancar keceriaan di wajah murid-murid SK Bukit Kenak

Murid-murid juga bersalaman dengan semua warga pendidik SKBK, staf kakitangan dan pekerja swasta dalam majlis tersebut.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua warga SKBK.


Semoga lebaran ini dapat membuka lembaran baru kepada SKBK dan seluruh warganya, bersama mengeratkan silaturrahim dan mencapai visi dan misi sebagai muslim sejati. Amin.

IFTAR JAMA'EI PERINGKAT SEKOLAH 1435 HIJRAH/2014

Dewan Terbuka SK Bukit Kenak - Pada 13 Julai 2014 yang lalu, satu majlis Iftar Jamaei peringkat sekolah telah diatur dan disusun oleh J/Kuasa PIBG SK Bukit Kenak dengan kerjasama pihak sekolah. Program wajib ini telah berjaya diadakan dengan sumbangan hidangan berbuka puasa dari pihak keluarga murid Tahun enam sebanyak 30 hidangan. Tepat jam 6.30 petang, pihak sekolah telah menerima sumbangan hidangan dan diaturkan di dewan Terbuka.



Sementara menunggu waktu berbuka puasa bacaan Tahlil dijalankan dengan diketuai oleh Ustaz Mat Rani bin Yaacob. Seramai 82 orang murid tahun 6 juga diraikan bersama dalam majlis ini dengan kehadiran wakil PPD Besut iaitu Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris.

Bacaan Tahlil sebelum berbuka puasa .


Alhamdulillah majlis Iftar Jamaei ini berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terutama Ibu bapa. Seusai berbuka puasa, semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau baru SKBK sebelum pulang.


Monday, 21 July 2014

KEM MOTIVASI DAN BENGKEL TEKNK MENJAWAB SOALAN UPSR 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Kem Damai Resort, Besut - Bermula pada 21 Jun dan berakhir 23 Jun yang lalu, Kem Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2014 telah diadakan. Dengan peserta seramai 76 orang, kem ini telah berjalan dengan jayanya. Bagi memastikan keperluan murid untuk berjaya, pihak sekolah menjemput individu-individu yang pakar berkaitan Teknik Menjawab UPSR. Para murid juga disediakan tempat penginapan yang amat selesa bagi memastikan mereka fokus kepada objektif kem ini.


Guru-guru pakar yang dijemput bagi berkongsi rahsia kejayaan.
Aktiviti riadah yang amat dititik beratkan bagi kecerdasan minda dan juga santai.


Suasana dewan makan yang kondusif dan menyeronokkan.

Motivasi bersama ibu bapa murid Tahun 6 serta majlis Penutup kem.

Wajah para guru yang turun padang membantu perjalanan Kem.

Wednesday, 16 July 2014

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Kali ke-43 tahun 2014


Dewan Besar UMT, Gong Badak - Berlansung Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri kali ke-43 pada 22 Mei bermula jam 9.00 pagi. Seramai 5 wakil guru dari SKBK telah dijemput menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar, GPK KO Pn. Norhayati Nasir, En. Khairul Zamani Abdul Razak, Cik Yusni Ab. Llah dan Cik Suhaila Abu Bakar.

Para guru dari seluruh Negeri Terengganu mengambil tempat.

Perarakan masuk tokoh Guru Negeri Terengganu Tn. Hj. Ariffin bin Embong, Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Persembahan oleh Koir okestra Pelajar UMT.
 Semoga semua guru seluruh Terengganu terus melangkah maju ke hadapan dalam merealisasikan Visi dan Misi falsafah Pendidikan negara.

SAMBUTAN HARI GURU SKBK 2014 MERIAH!

Sk Bukit Kenak, 18 Mei 2014 - Telah berlangsungnya sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014 dengan penuh meriah sekali. Acara yang disambut setahun sekali ini adalah bagi mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik seluruh Malaysia. Dengan pelbagai acara disusun bagi memeriahkan sambutan kali ini.
Bergambar bersama Wakil PPD Hj. Rashid bin Idris


Penyampaian ucapan oleh pihak pentadbir SKBK


Deklamasi sajak serta penyerahan Kad Ucapan kepada Guru Besar sebagai simbolik dari wakil murid.
Acara bertukar hadiah
Acara memotong Kek

Acara sukaneka guru-guru... macam comel jer


Persembahan dewan oleh para guru dan murid SKBK


Wednesday, 28 May 2014

Pertandingan Koir Kebersihan Peringkat Daerah Besut 2014

Sk Permaisuri Nur Zahirah, Kota Putera - Pertandingan tersebut berlangsung pada 15 Mei 2014 pada jam 11 pagi. Seramai 35 orang murid SKBK mewakili sekolah dalam pertandingan ini yang terdiri daripada murid tahun 3, 4 dan 5. Mereka menyanyikan dua buah lagu iaitu Negeri Terengganu Anjung Ilmu dan Negeri Bersih Rakyat Sihat.

Pasukan ini dibawah bimbingan dan seliaan Puan Zarinawati bt. Shaari, Pn. Norlizah bt. Surep dan Cik Suhaila Abu Bakar. Walaupun mendapat saguhati, pasukan koir SKBK tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan pada tahun-tahun akan datang.