Sunday, 7 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

SK Bukit Kenak - 4 September 2014, berlansungnya Solat Hajat Perdana UPSR 2014 yang bertempat di surau Baru SKBK. Seramai 82 calon UPSR bersama para penjaga dan guru mengimarahkan surau Baru SKBK. 

Aturcara program :

7.00 ptg :      Berkumpul di surau
7.20 ptg :      - Solat Maghrib Berjemaah
                     - Bacaan Yaasin
                     - Solat hajat berjemaah
8.30 mlm :   Solat Isya' berjemaah
9.00 mlm :   Jamuan / bersurai

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin . Kelihatan air dan peralatan alat tulis juga disediakan.

Para guru yang hadir menjayakan Solat Hajat Perdana 2014.

Jamuan Makan malam yang disediakan kepada para ibu bapa dan guru di dewan Terbuka SKBK.

Murid-murid Tahun 6 juga dihidangkan dengan Nasi Minyak.
Sama-sama kita doakan kejayaan anak didik kita dan mencapai  target yang telah ditetapkan. Insya Allah. Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah diperlukan dan akan dibayar Allah Taala di suatu saat nanti.

Saturday, 6 September 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-57 PERINGKAT SEKOLAH

SK Bukit Kenak - 3 September 2014, berlangsungnya acara yang dinantikan oleh semua warga SKBK setiap tahun iaitu Sambutan Kemerdekaan Negara ke-57. Tema pada tahun ini ialah 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Sambutan kali ini amat meriah dan bermakna yang mana aturcaranya adalah seperti berikut :

7.45 pagi :     Murid Berkumpul di Dewan Terbuka SKBK
8.00 pagi :     Ketibaan Dhif jemputan iaitu Hj. Abdul Rashid bin Idris selaku wakil KPPD
8.15 pagi :     Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku/Selamat Sultan /Lagu Sekolah
8.30 pagi :     - Bacaan Doa Selamat oleh Al-fadhil Ustaz Rozani bin Hassan
                     - Ucapan Tokoh Kemerdekaan
                     - Ucapan Tuan Guru Besar SKBK
                     - Ucapan Tn. hj. Abdul Rashid bin Idris
                     - Deklamasi Sajak oleh Adik Nur Aina Zulkifli
                     - Deklamasi Sajak oleh Puan Zarinawati Shaari
10.00 pagi :   Nyanyian Lagu-lagu Patriotik serta Lagu Tema Hari Kebangsaan ke-57
10.15 pagi :   Majlis bersurai dan rehat
11.00 pagi :   Pertandingan Mewarna dan melukis Poster Hari Kebangsaan
12.30 tgh   :   Majlis Penyampaian Hadiah
1.15 tgh     :   Bersurai.

Semangat kemerdekaan bersama jalur gemilang

Ucapan Kemerdekaan yang membakar semngat patriotik

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Murid Adik Muzammail mat Rofe kepada Tn. Guru Besar SKBK.

Nyayian Lagu-lagu patriotik dan kibaran jalur Gemilang.

Pihak juri sedang menilai hasil kerja murid SKBK

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster oleh GPK Pentadbiran dan GPK Ko.


Rehat Minda UPSR 2014

Pantai Bukit Keluang, Besut - 2 September 2014, Program rehat Minda Murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR telah diatur dan dijalakan dengan jayanya. Objektif utama program ini adalah memberikan kerehatan minda serta mencetuskan emosi positif bagi calon UPSR kali ini.Program seawal 8.00 pagi ini berakhir jam 12.00 tengahari dengan dihadiri juga oleh semua guru tahun 6, GPK Pentadbiran serta Guru Besar SKBK sendiri.Seramai 82 orang calon UPSR terlibat dalam program ini.


Berkumpul mendengar taklimat Perjalanan program

Murid-murid menikmati makanan Tengahari dan juga bekal dari rumah.

Suasana yang mendamaikan di Pantai Bukit Keluang.

Antara guru-guru yang terlibat.
Program ini berakhir jam 12.00 tengahari di mana 2 buah bas mengahantar pulang murid-murid ke sekolah dengan selamatnya. Rata-rata murid yang terlibat dalam program ini amat bergembira dan seronok, serta mereka dapat mencipta kenangan indah sebelum melangkah ke alam sekolah menengah tahun hadapan.

Monday, 25 August 2014

Merdeka! Merdeka : Di sini lahirnya sebuah Cinta ke-57

Insya Allah, SKBK akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada 3 September 2014...


Hargailah nikmat kemerdekaan ini dengan pengisiannya yang menguatkan bukan menghancurkan.

Saturday, 23 August 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN : FROG VLE DAN DSKP KSSR TAHUN 5

Makmal SK Bukit Kenak -  23 Ogos 2014, telah diadakan Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk semua guru SK Bukit Kenak. Berikut adalah tentatif LADAP :

8.00 pagi   - Sarapan pagi di kantin
8.30 pagi   - Taklimat DSKP KSSR RBT  Tahun 5
                    Oleh Pn. Hamidah bt. Abdul Majid
9.30 pagi   - Taklimat DSKP KSSR Sejarah Tahun 5
                    Oleh Pn. Sariah bt. Abdul Ghani.
10.30 pagi - Minum pagi
11.00 pagi - Taklimat DSKP KSSR Matematik Tahun 5
                     Oleh En. Nasober b. Ibrahim
12.00 tgh    - FROG VLE
                    Oleh Cik Suhaila bt. Abu Bakar
1.00 tgh    - Jamuan Tengahari dan Solat Zohor
1.45 ptg    - Taklimat DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 5
                   Oleh : Pn. Wan Norezamani bt. Wan Mohd. Noor
3.00 ptg   -  Bersurai

DSKP KSSR RBT THN 5 oleh Pn. Hamidah bt. Abdul Majid

DSKP KSSR MATEMATIK THN 5 oleh En. Nasober bin Ibrahim


DSKP KSSR Sejarah Thn 5 Oleh Pn. Sariah bt. Abdul Ghani








PERTANDINGAN PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2014

SMK Padang Pulut, Dungun - 21 Ogos 2014, bertempat di Dewan Komuniti SMK Padang Pulut, Dungun, telah diadakan Pertandingan Mewarna, Melukis Poster dan Pidato Program Pendidikan Kebersihan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, SKBK tidak ketinggalan menghantar wakil Mewarna Poster kategori Pemulihan Khas iaitu Adik Nurul Safika Natasha bt. Saharudin dari kelas 3 Usaha. Adik Nurul Safika telah meraih Johan Peringkat Daerah yang melayakkan beliau mewakili daerah ke peringkat negeri. Guru pengiring yang membawa peserta ialah Cik Yusni Ab. Llah dan Cik suhaila Abu Bakar.

Keputusan Bagi pertandingan kali ini akan diumumkan melalui surat ke sekolah dengan majlis Penyampaian Hadiah akan dibuat di Kuala Terengganu nanti. Harapan kita semoga adik Nurul Safika akan mengharumkan nama baik sekolah sekali lagi, Insya Allah.



Adik Nurul Safika Natasha Saharudin


Keputusan Pertandingan Program Pendidikan Kebersihan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Besut 2014




Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas