Friday, 14 November 2014

SESI BERGAMBAR GURU DAN STAF 2014


SEMOGA TAHUN-TAHUN YANG MENDATANG LEBIH CEMERLANG.

MAJLIS MENGHANTAR PN. NORHAYATI NASIR (GPK KO) KE SK JABI

SK Jabi, Besut - 13 November 2014, satu tarikh yang akan diingati apabila SKBK terpaksa melepaskan Pn. Norhayati Nasir (GPK KO-Ku) yang menyambung tugas beliau sebagai GPK Pentabiran di SK Jabi. Sebagai seorang yang amat penyayang dan memahami, beliau merupakan individu yang disayangi dan disegani oleh para guru dan staf. Perkhidmatan beliau bermula pada tahun 2010 di SKBK sehingga sekarang amat cemerlang dan sukar rasanya untuk dilepaskan serta satu kehilangan besar bagi SKBK tercinta.

Memberi amanat terakhir sebagai GPK Ko kepada anak didik SKBK.

Senyuman yang akan sentiasa diingati dan dirindui.
 Seramai kira-kira 20 orang guru mengiringi beliau ke SK Jabi dengan sambutan yang meriah dari pihak SK Jabi yang mengalu-alukan beliau bertugas di sana.

Ucapan pertama di SK Jabi.
Walaupun kesedihan namun beliau masih mampu tersenyum kerana khidmat beliau amat diperlukan di SK Jabi. Terima Kasih di atas segalanya Pn. Norhayati bt. Nasir.

JAMUAN KENAIKAN PANGKAT DAN PENERIMA APC 2014

Tanjung Demong Beach Resort, Besut - Pada 12 November baru-baru ini telah berlangsungnya Jamuan Kenaikan Pangkat serta Penerima APC 2013. Di mana para guru yang terlibat telah bernurah hati meraikannya dengan mengadakan jamuan kepada semua guru serta staf SKBK. Jamuan yang bermula jam 1.00 tgh ini tamat pada jam 2.30 petang. Rata-rata guru dan staf yang hadir merakamkan rasa berterima kasih di atas inisiatif rakan-rakan yang menganjurkannya.

Meriah dan penuh kesyukuran.

Mengeratkan silaturrahim.
 Terima Kasih kepada rakan-rakan guru yang menganjurkan jamuan ini.

Tuesday, 11 November 2014

LAWATAN BERINFORMASI KE KUALA TERENGGANU TAHUN 2014

Kuala Terengganu - Pada 10 November, seramai 60 orang murid serta 6 orang guru telah terlibat dalam lawatan Berinformasi ke Kuala Terengganu. Penyelaras program ialah En. Mohd. Yusoff bin Mamat selaku Kaunselor Sekolah dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah. Rombongan bertolak pada jam 8.00 pagi dari sekolah .

8.00 pagi   - Bertolak dari sekolah
10.30 pagi - Tiba di Planetarium
11.30 pagi - Di Perpustakaan Negeri Terengganu
12.30 tgh   - Bertolak ke Pantai Batu Buruk untuk makan tengahari
2.00 ptg    - Solat di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam Trg.
3.00 ptg    - Di Muzeum Negeri Terengganu
4.00 ptg    - Membeli-belah di Mydin Mall Kuala terengganu
5.30 ptg    - Bertolak pulang

Bergambar di Planetarium Kuala Terengganu.

Bergambar di Perpustakaan Negeri terengganu

Santai riadah sambil rehat minda di Pantai Batu Buruk
  
Menelusuri sejarah silam di Muzeum Negeri Terengganu.

Rombongan selamat tiba di sekolah pada pukul 7.15 malam. Alhamdulillah semoga lawatan ini dapat memberikan banyak manafaat dan pendedahan kepada para murid SKBK.

KARNIVAL BAKAT PERINGKAT NEGERI ANJURAN BSN DENGAN KERJASAMA SKPNZ

SK Permaisuri Nur Zahirah, Besut - Pada 8 Oktober 2014, telah berlangsung Karnival Bakat anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama SKNZ. Program yang berobjektifkan mencungkil bakat-bakat para murid sekolah rendah dalam aspek persembahan. Pelbagai persembahan seperti Nasyid, nyayian solo, dikir barat dan mewarna telah dipertandingkan.


Alhamdulillah, SKBK telah menghantar 5 peserta ke peringkat saringan dan 2 daripadanya telah terpilih ke peringkat Akhir. Dengan usaha dan komitmen para guru serta murid yang mengambil bahagian, Adik Nur Aina bt. Zulkifli dari tahun 6 telah berjaya mendapat naib johan yang merangkul hadiah RM 800. Beliau dilatih sendiri  oleh ibunya Pn. Norlizah bt Surep dengan membawakan nyanyian lagu Asli " Empat Dara". Manakala adik Nurul Adlina bt. Yusaini dari tahun 3 telah mendapat saguhati RM 200 dengan persembahan beliau nyayian solo " Terima Kasih"  yang merupakan anak kepada Pn. Zarinawati bt. Shaari.

Para peserta juga membawa pulang hadiah iringan, sijil serta Tabung BSN. Selain itu juga para guru juga tidak ketinggalan untuk hadir memberi sokongan iaitu GPK Ko-ku Pn. Norhayati bt. Nasir serta Cik Suhaila Abu Bakar selaku guru pengiring.

TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK SKBK YANG CEMERLANG!

Sunday, 9 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN BADAN PENGAWAS, PENGAWAS SPBT DAN PRS 2014.

SK Bukit Kenak - Sesi Persekolahan 2014 sedang menuju ke penghujungnya, maka pada 6 November (Khamis) yang lalu telah berlangsung jamuan perpisahan dan akhur tahun gabungan 3 badan pengawas sekolah. Seramai 102 murid diraikan dalam majlis ini yang turut dijemput para guru dan semua kakitangan sekolah. 
Pada Majlis ini, En. Yusoff Mamat dijemput memberikan ucapan mewakili guru-guru badan masing-masing. Dan Adik Muhd Muzammil selaku Ketua Pengawas mewakili para murid dalam menyampaikan ucapan penghargaan. Dalam pada itu, Tuan Guru besar dalam ucapan memuji usaha para guru pembimbing dalm mengadakan majlis ini bagi menghargai kerjasama dan komitmen murid badan masing-masing. 


Persembahan dari wakil pengawas Adil Nur Adlina.


Semoga majlis sebegini dapat diteruskan bagi memberikan semangat dan motivasi kepada para murid untuk terus komited membantu para guru demi SKBK tercinta.

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2014 PERINGKAT SEKOLAH

SK Bukit Kenak - 4 November 2014 iaitu pada hari Selasa yang lalu, telah berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia yang bertempat di Dewan terbuka SKBK. Program ini melibatkan keseluruhan murid tahun 1 hingga 6 SKBK yang mengambil masa 33 minit. Antara objektifnya ialah untuk memupuk budaya membaca di kalangan para murid SKBK. Program yang bermula jam 8.00 pagi ini tamat kira-kira jam 9 pagi.

Murid memilih bahan bacaan yang bersesuaian

Semangat para murid membaca bahan bacaan yang disediakan.

Jawatankuasa pelaksana Kem Membaca 1 Malaysia bergambar bersama GPK Ko-Ku, Pn. Norhayati Nasir.