Friday, 9 January 2015

HARI PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2015

Sk Bukit Kenak - Pada 8 Januari yang lalu telah berlansung Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali pertama 2015 yang di hadiri oleh semua guru dan staff SKBK sejurus selesainya Pendaftaran murid bagi sesi 2015. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SKBK, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar.

Para Guru dan Staff SKBK
Tuan Guru Besar memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan beliau yang menggambarkan perasaan terima kasih dan bangga dengan warga skbk yang seperti keluarga. Beliau seterusnya menyentuh perihal tugas dan tanggungjawab para pendidik dalam melaksanakan amanat. Ditekankan juga isu First Day, First Bell, First Lesson. Beliau dalam pada itu meminta para juga menambahbaik aspek dokumentasi dimana setiap guru dibekalkan satu fail PPB untuk memartabatkan lagi tugas para guru. Bermula tahun 2015 ini juga, SKBK akan menggunapakai sistem 'Punch Card' bagi merekod kehadiran guru dan staf.

Dokumen penting bagi sesi persekolahan.
SKBK pada tahun ini menerima dua warga baru, iaitu En. Wan Suhaimi Wan Hassan iaitu GPK HEM yang baru dari SK Kuala Besut 2 dan Cik Hajah Zarida dari SK Pasir Akar. Manakala kekosongan GPK Pentadbiran diisi oleh Tn. Hj. Abdul Yazid bi. Muhd. Zain mantan GPK HEM SKBK. Para guru juga diberikan penerangan jelas tentang bidang tugas masing-masing bagi sesi 2015 dan tidak banyak perubahan besar berlaku sama ada dalam J/Kuasa Kurikulum, J/Kuasa HEM mahupun J/K Ko-kurikulum.

Mendengar amanat yang disampaikan oleh barisan kepimpinan SKBK.
Semoga sesi persekolahan yang akan bermula pada 11 Januari depan bakal menjanjikan transformasi serta penambahbaikan yang akan membawa SKBK ke puncak kegemilangan. Insya Allah. 

Wednesday, 3 December 2014

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

SK Bukit Kenak - Tanggal 26 November 2014, satu tarikh yang dinanti-natikan oleh semua warga SKBK, iaitu tarikh keputusan Ujuan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah diumumkan. Keputusan pada tahun ini kurang memberansangkan dari sudut peratusan 5A dan A. Namun tidak banyak penurunan berlaku dari peratusan lulus. Keputusan ini diterima dengan penuh redha dan syukur dengan azam yang lebih tinggi bagi tahun 2015.

Alu-aluan pengerusi majlis

Kehadiran para murid dan ibu bapa

Pengumuman oleh Tuan Guru Besar En. wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
 Senarai calon yang mendapat 5A :

1. Nur Maisarah bt. Said - 6 Jaya
2. Nurul Izzah bt. Ramli - 6 Jaya
3. Mohd. Qhaidir  - 6 Jaya

Antara 2 orang calon yang mendapat keputusan 5A

Analisa Pencapaian Keseluruhan dengan GPS 2.4
Tahniah dan syabas kepada semua guru SKBk serta anak-anak SKBK.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU DAN MURID SKBK: JUMPA LAGI 2015

1001 Kenangan di tahun 2014.. Semoga 2015 lebih Cemerlang dan gemilang!
Selaku Admin Blog SKBK 2014, di sini saya mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang tidak disedari sepanjang mengendalikan blog SKBK ini. Semoga blog ini memberikan banyak info dan maklumat kepada semua warga SKBK dan juga masyarakat.
~Yusni Ab. Llah ~

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI MOHAMED FAIZ BIN AWANG GPK PENTADBIRAN

SK Bukit Kenak - Jasamu dikenang, Seribu kenangan, itulah gambaran warga SKBK di atas kehilangan seorang lagi insan istimewa yang sangat berjasa kepada SKBK tercinta. Tak lain tak bukan Guru Penolong kanan Pentadbiran, Tuan Hj. Mohamed Faiz bin Awang. Selama 6 tahun menyemai bakti di SKBK serta 35 tahun perkhidmatan beliau sebagai guru, akhirnya hari yang bersejarah tiba.

Ketibaan Ustaz Mohamed Faiz dengan diarak dalam Beca serta disambut semua warga SKBK

Persembahan Pencak Silat oleh Persatuan Gayume Stame Gare, Bachok.

Persembahan Nasyid serta Dikir Barat oleh anak-anak SKBK yang ditujukan khas untuk Tn. Hj. Mohamed Faiz

Bacaan Biodata oleh Ustazah Rosmaria Arifin serta tayangan video Khas untuk yang diraikan Ustaz
 Kronologi Perkhidmatan Cemerlang

            Pemuda sangat meminati sukan bola sepak ini,  memulakan perkhidmatan beliau sebagai guru apabila ditempatkan di SMK Putatan, Sabah pada 1979. Berada di negeri di bawah bayu sehingga Disember 1981 di mana terpaksa berjauhan selama setahun dengan isteri dan anak tercinta demi berkhidmat untuk negara.

Langit tidak selalu mendung, sinar harapan untuk pulang ke semenanjung tiba apabila beliau akhirnya telah dihantar pulang bertugas di SK Guntong, Setiu pada 1 Januari 1982 sehingga 1985.

Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pengetahuan, pada Januari 1986, beliau telah dihantar bertugas pula di SK Beting Lintang sehingga 31 Disember 1987. Mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu untuk menjadi pendidik yang berdedikasi.

Pada 1 januari 1988, beliau menyambung perkhidmatan di SK Alor Peroi sehingga disember 1999 iaitu selama setahun. Rakan sekerja yang sangat prihatin dan baik ini kemudiannya membina pengalaman baru beliau apabila dihantar bertugas nun jauh di SK Pulau Perhentian pada 1 Jan 1989 sehingga 31 Disember 1990 yang menuntut pengorbanan meninggalkan isteri dan anak-anak tercinta. Namun apakan daya, demi tugas beliau gagahkan jua.

Takdir Allah mengubah segalanya apabila pada tanggal 1 Januari 1991, beliau pulang bertugas di SRJK(C) Chung Hwa Jerteh, yang lebih dekat dengan keluarga tercinta. Komitmen dan dedikasi yang beliau tunjukkan telah memenangi hati pentadbir sekolah sehingga beliau diamanahkan sebagai Guru Penolong kanan Ko-Kurikulum lantikan sekolah pada masa itu sehingga 31 Disember 1992.

Menimba pelbagai pengalaman, beliau kemudiannya bertugas di SK Jabi, Besut bermula 1 Jan 1993 sehingga 31 Disember 1998. Pada tahu ke-5 berkhidmat di SK Jabi, beliau sekali lagi diamanahkan sebagai GPK Ko-Kurikulum Lantikan sekolah dek komitmen yang ditunjukkan beliau.

Setelah 5 tahun berkhidmat di SK Jabi, khidmat beliau kemudiannya diperlukan di SK Alor Lintah iaitu bermula 1 Januari 1999 sehingga 15 Oktober 2002 selama 2 tahun. Seperti biasa, di sana beliau amat disenangi kerana sikap beliau yang prihatin dan suka membantu.

Akhirnya panggilan bertugas ke SK Tok Dor terpaksa disahut bermula 16 Oktober 2002. Beliau telah mencurahkan bakti di sana selama lebih kurang 2 tahun lebih iaitu sehingga Julai 2004.

Setelah sekian lama berkhidmat mendidik anak bangsa, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dengan memulakam tugas beliau tersebut di SK Pengkalan Nyireh pada 1 Ogos 2004 sehingga 15 Ogos 2008. Dek minat yang mendalam, beliau telah berjaya membuat pelbagai perubahan serta melonjakkan aktiviti ko-kurikulum di Sk Pengkalan Nyireh.

Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih, walaupun sedih untuk meninggalkan SK Pengkalan Nyireh, pada 16 Ogos 2008, beliau tetap tabah menerima ketentuan apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di sekolah yang asing bagi beliau. Sekolah tersebut tidak lain SK Bukit Kenak Tercinta.

Perkhidmatan beliau yang cemerlang telah memungkinkan beliau di angkat sebagai Guru Penolong kanan Pentadbiran bermula 15 Ogos 2011. Dianggap sebagai seorang rakan sekerja, abang dan ayah yang amat rapat dengan para guru dan staf, beliau amat disenangi dan disegani dab sangat menggemari minuma Nescafe Ais atau nescafe beng . Bersama melalui pelbagai kepayahan dan kesulitan dalam menyempurnakan tugas bersama guru-guru telah menyebabkan beliau amat dekat di hati semua. Beliau kini akan menamatkan perkhidmatan beliau di SKBK tercinta ini sebagai guru Penolong kanan Pentadbiran.

Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau pernah mendapat melintang dalam perkhidmatan semasa Skim Saraan Baru SSB pada tahun 1996. Dan diatas kecemerlangan beliau juga, pada tahun 1997, beliau dianugerahkan anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Sk Jabi.
Dan yang terkini beliau sekali lagi mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013 di SKBK tercinta ini. Syabas dan tahniah diatas kejayaan yang telah cicapai oleh beliau.

Insan yang terkenal dengan sifat beliau yang tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman melatih nasyid. Beliau amat dikenali sebagai Ketua hakim Nasyid Daerah bermula pada tahun 1995 sehingga 2014. Diperingkat negeri, beliau merupakan Hakim nasyid Festival nasyid sekolah-sekolah kementerian pendidikan Malaysia sejak tahun 1996 sehingga 2010.
Apatah lagi pernah melatih pasukan nasyid Daerah ke peringkat negeri pada tahun 1995 dan mendapat naib johan. Beliau juga berpengalaman melatih peserta tilawah al-qur’an  ke peringlat negeri dan mendapat naib Johan pada tahun 1997 dan tempat ke-3 pada tahun berikutnya.
Baru-baru ini beliau juga turut melatih pasukan nasyid sekolah rendah  Daerah ke peringkat negeri dan Pasukan Nasyid SMK Tengku Mahmud yang mendapat Johan Negeri ke peringkat kebangsaan.

walau diuji penuh derita, kepada Allah diserah segala, Alhamdulillah kesabaranmu terbayar juga...

Dengan falsafah hidup beliau ’ jangan sekali-kali menjatuhkan orang lain untuk kejayaan diri’ guru yang tegas ini sangat amanah dengan setiap tanggungjawab yang diberikan, akan melakukan sedaya mungkin untuk mencapai kejayaan. Bagi beliau amanah perlu disempurnakan dengan sikap amanah.

Tidak kenal maka tak cinta, Insan yang dimaksudkan ialah, Tuan Haji Muhamed Faiz bin Awang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Kenak.
Hadiah kenang-kenangan dari pelbagai pihak sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan bakti beliau

Bergambar kenang-kenangan sebelum melangkah meninggalkan SKBK

Lambaian terakhir untuk SKBK

Meraikan para guru dan staff dikediaman beliau di Taman Firdaus, Alor Lintang.
 Persaraan beliau ini satu kehilangan besar yang sukar diganti, dek sifat beliau yang amat prihatin, bertanggungjawab dan mesra dengan para guru dan staff serta murid-murid.

Terima Kasih yang tidak terhingga dan Semoga Ustaz Mohamed Faiz akan sentiasa berbahagia di dalam rahmat dan Kasih sayang Allah.

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN TUAN HAJI MOHAMED FAIZ BIN AWANG GPK PENTADBIRAN

SK Bukit Kenak - 19 November 2014, bertempat didewan terbuka SKBK, satu Majlis Makan Malam bagi meraikan Persaraan Tnn. Hj. Mohamed Faiz bin Awang, telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis ini juga bersempena Ulang Tahun Perkahwinan beliau yang ke-35 yang jatuh pada hari tersebut.

Aturcara Majlis :

6.30 malam - Persiapan Dewan
8.30 malam - Meyambut ketibaan yang diraikan bersama isteri
8.45 malam - Ucapan Guru Besar
                   - Nyayian Karaoke oleh guru dan staf
                   - Makan malam
9.00 malam - Yang  diraikan bersama isteri ke pelaminan dan memotong kek Ulang TAhun
                   - Nyayian Karaoke oleh guru dan staf.
                   - Sesi bergambar
10.00 mlm  - Majlis tamat

Majlis ini yang meriah ini dihidangkan dengan kambing bakar alternatif dari Cikgu Kamarol Hisham bin Sulong serta hidangan Nasi  oleh Pengusaha Kantin. 
Tn. Hj. Mohamed Faiz serta isteri memotong kek ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-35

Ucapan Guru Besar dan Sesi Bergambar bersama Guru Lelaki
Tuan Guru Besar, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar dalam ucapan beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada jasa dan sumbangan yang diraikan dan disifatkan sebagai kehilangan besar SKBK. Dan beliau berharap agar Ustaz Mohamed Faiz akan tetap sudi berkunjung ke SKBK walaupun tidak lagi bertugas di sini.
Sesi bergambar kenang-kenangan bersama guru dan staf perempuan SKBK.


Daun selasih di batang pinang,
di bawa budak di atas titi,
Jasa dan bakti terus di kenang,
Takkan terlupa sehingga mati

Tinggi-tinggi buah celagi,
Dicapai tangan tidak tersentuh,
Harap di hati berjumpa lagi,
Kerana rindu sayang nan utuh.



Thursday, 27 November 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

Sk Bukit Kenak - Pda 17 November 2014 bertempat di Dewan Terbuka SKBK, telah berlangsung HAri Anugerah Kecemerlangan 2014. Majlis anugerah ini dijalankan bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus gigih mencapai misi dan visi kejayaan.

Pelbagai kategori hadiah disampaikan antaranya, tempat pertama hingga ke-3 dalam kelas, mata pelajaran terbaik, hadiah KAFA, PPKI dan Pra Sekolah. Manakala Anugerah juga disampaikan kepada murid-murid terbaik dalam bidang masing-masing serta Anugerah Nilam.


Pendaftaran dan Ketibaan KPPD Besut, Tn. Hj. Abdul Halim bin Hasan.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari KPPD Besut, Tn, Hj. Abdul Halim bin Hasan, yang mana beliau amat kagum dengan kehadiran para penjaga yang menandakan keprihatinan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SKBK dalam usaha gigih menaikkan nama sekolah serta menyerlahkan potensi murid-murid. Beliau juga sempat menyampaikan Hadiah kecemerlangan kepada murid-murid SKBK yang terlibat dalam Karnival Usahawan Cilik yang mana merangkul Johan Keseluruhan.

Penyampaian Anugerah kepada tokoh-tokoh Murid 2014
Senarai Tokoh Anugerah Murid SKBK 2014 :
1. Tokoh Kepimpinan - Muhd. Muzammil bin Mat Rope
2. Tokoh Akademik - Nurul Izzah bt. Ramli
3. Tokoh Ko-Akademik - Nur Maisarah bt. Said
4. Tokoh Ko-Kurikulum - Muhd. Syafiq bin Mat Rozli
5. Tokoh PPKI - Muhd. Kamil bin Mat yamin

Persembahan oleh murid dan cabutan bertuah Ibu Bapa dan Guru
Persembahan dari Adik Nur Aina bt. Zulkifli menyerikan lagi majlis pada kali ini yang mana beliau merupakan naib Johan Karnival bakat Anjuran BSN 2014. Tidak ketinggalan nyanyian dari adik Nurul Adlina Yusaini dari tahun 3.
Penyampain Hadiah pencapaian Akademik
Wajah-wajah Tokoh Murid SKBK bersama penjaga.


Penyampaian cenderahti kepada Pegwai Perhubungan sekoah Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris serta cabutan bertuah

Ucapan KPPD Besut, Guru Besar SKBK serta Wakil PIBG
Hari Anugerah pada tahun ini memeprlihatkan kejayaan anak-anak SKBK dari pelbagai aspek yang amat membanggakan. Insya Allah, pada tahun-tahun yang mendatangkan kita sama-sama doakan kecemerlangan ini dapat diteruskan malah lebih hebat dari sedia ada.

Friday, 14 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN PN. NORHAYATI NASIR ANJURAN KELAB GURU DAN STAF SKBK 2014

Granny's, Seb. Jerteh - Pada 13 November 2014, telah berlangsungnya Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Puan Norhayati Nasir selaku GPK KO. Jamuan ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SKBK.
Bermula pada jam 12.45 dan tamat pada jam 2.30 petang. Jamuan yang meriah dengan pelbagai aktiviti serta suasana yang cantik dan kondusif walaupun hujan yang turun tanpa henti dari sejak awal pagi.
Majlis ini dipengerusikan oleh Pn. Hamidah Abdul Majid dengan begitu teruja sekali. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Guru besar En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar, yang merakamkan ucapan terima kasih diatas penganjuran jamuan ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Pn. Norhayati Nasir di atas perkhidmatan beliau yang cemerlang dalam bidang Ko-Kurikulum SKBK dan banyak melahirkan pertama SKBK diperingkat Daerah dan Negeri malah kebangsaan.

Hadiah dan cenderahati kepada Pn. Norhayati Nasir dari Kelab Guru, SKBK, Guru perempuan, Pengusaha Kantin serta PIBG
 Majlis menjadi agak muram dan sayu apabila Pn. Norhayati Nasir memberikan ucapan terakhir beliau sebagai GPK KO SKBK. Namun beliau terus menunjukkan keceriaan walaupun tergambar kesedihan di wajah beliau. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SKBK yang bayak membantu dan memrikan sokongan selama ini.
Hadiah Cabutan bertuah
Di samping itu, hadiah cabutan bertuah juga dibuat bagi memeriahkan suasana jamuan. Para guru dan staf juga menrima hadiah cenderahati dari Kelab Guru dan Staf SKBK 2014.