SK Bukit Kenak, 5 Ogos 2015- Satu majlis Perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran Puan Fanora Mat, Cik Norhidayah EIO serta tamat perkhidmatan guru ganti Cik Noor Amira bt. Ghazali yang berlangsung di bilik Kemahiran Hidup.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari yang diraikan serta diikuti oleh ucaoan yang berbahagia en. Wan Mohd. zain bin Wan Bakar Guru Besar SKBK. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahti kepada yang diraikan dari pelbagai pihak. Dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua guru dan kakitangan SKBK.
Sunday, 16 August 2015
MAJLIS PERPISAHAN PUAN FANORA MAT, CIK NORHIDAYAH EIO DAN GURU GANTI CIK NOOR AMIRA GHAZALI
Monday, 27 July 2015
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SKBK 2015
SK Bukit Kenak, 25 Julai 2015 - SKBK meneruskan tradisi sambutan Hari Raya malah lebih meriah lagi dengan kerjasama PIBG dan semua warga SKBK. Berpakaian berwarna-warni dengan pelbagai hidangan disediakan.
RASIONAL
Menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan rohaniah sekaligus menjadi benteng mencegah kerosakan hubungan sesama umat Islam.
Alhamdulillah.. semua yang dirancang berjalan lancar. Jutaan penghargaan kepada semua warga SKBK kerana menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015. Minal aidil wal faaizin..
RASIONAL
Menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari sudut akliah dan rohaniah sekaligus menjadi benteng mencegah kerosakan hubungan sesama umat Islam.
OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Hari Raya Aidilfitri ini diharapkan dapat:
- Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam.
- Menanam
sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
- Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana
dan semangat persaudaraan.
- Mewujudkan
rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua
peringkat.
- Memberi
ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya di
semua
peringkat.
- Menyediakan
ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menyambut Hari
Raya
AidilFitri di sekolah.
![]() |
| Penyampaian Duit Raya |
![]() |
| Anak-anak SKBK menjamu selera dengan gembiranya |
![]() |
| Guru-guru serta staf menjadi tulang belakang menjayakan majlis Hari Raya. |
![]() |
| Ceria dan Meriah sekali |
![]() |
| Menjamu selera dengan pelbagai hidangan |
![]() |
| Persembahan nyanyian oleh anak--anak SKBK dan serta guru |
![]() |
| Riang Ria Hari Raya SKBK 2015 |
Sunday, 26 July 2015
MAJLIS MENGHANTAR PN. FANORA MAT KE SK PELAGAT SEBAGAI GPK HEM SK PELAGAT
SK Bukit Kenak ,13 Julai 2015 - Setelah berkhidmat di SKBK sejak Januari 2012 sehingga Jun 2015, Puan Fanora Mat telah dinaikkan pangkat ke jawatan GPK HEM SK Pelagat. Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam yang juga merupakan Guru Pengurusan Media dan Perpustakaan. Beliau banyak menyumbangkan kemahiran dan kepakaran beliau dalam bidang aerobik dan kecerdasan di SKBK.
Jawatankuasa sambutan bersama wakil pentadbir dan beberapa orang wakil guru telah mengiringi beliau ke SK Pelagat. Alhamdulillah semua yang diatur berjalan lancar dan semoga Puan Fanora bt. Mat akan terus sukses sebagai sebahagian warga Pentadbir SK Pelagat.
![]() |
| Majlis Ucapan Perpisahan di Dewan Al-Khawarizmi |
![]() |
| Sesi Bergambar dan bersalaman dengan semua Guru dan Murid SKBK sebelum diiring ke SK Pelagat |
![]() |
| Majlis Menyambut Puan Fanora Mat di SK Pelagat |
Thursday, 25 June 2015
MAJLIS SAMBUTAN DI AMBANG RAMADHAN TAHUN 1436H /2015
SK Bukit Kenak, 17 Jun 2015 - Alhamdulillah, Panitia Agama Islam dengan jayanya menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Ramadhan dengan tema : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dijalankan.
Alhamdulillah, semoga usaha-usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Illahi.
![]() |
| Kuiz Ambang Ramadhan |
![]() |
| Persembahan Kalam Jamei oleh Kumpulan Al-Wardah |
![]() |
| Ceramah Ambang Ramadhan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Mohd. Shahril,, Guru Pelawat Pejabat Agama Islam Daerah Besut |
Alhamdulillah, semoga usaha-usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Illahi.
Karnival Kalam Jama'ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015
SK Pusat Jerteh, 16 Jun 2015 - Telah berlangsung Karnival Kalam Jama''ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015. SKBK diwakili oleh Kumpulan Al-Wardah denga persembahan Kalam Jamaei yang bertajuk " Al-Aqlus Salim fil Jismis Salim".
![]() |
| Persembahan oleh pasukan-pasukan Dikir Barat |
![]() |
| Tahniah Kumpulan Al-Wardah SKBK mendapat tempat ke-3 Kalam Jamei. |
Friday, 19 June 2015
PERKHEMAHAN TAHUNAN DAN KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015
Pusat Perhilitan Bukit Marak, 19-20 Mei 2015 - Perkhemahan yang disertai oleh seramai 84 murid dari tahun 6 ini berjalan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti diatur bagi memenuhi keperluan para peserta.
Hari Pertama :
![]() |
| Mendirikan Khemah |
![]() |
| Majlis Perasmian |
![]() |
| Guru serta wakil PIBG bertugas menyediakan makanan dan minuman para peserta |
![]() |
| Solat Zuhur berjemaah. |
![]() |
| Aktiviti Riadhah yang dikendalikan oleh puan Wan Norezamani serta En. Zainuddin |
![]() |
| Bengkel Motivasi |
![]() |
| Senamrobik |
![]() |
| Ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR |
![]() |
| Makan Malam dan barbeque murid bersama guru serta PIBG |
![]() |
| Santai malam bersama En. Kamarul Hisham dan En. Mohd. Shahril |
![]() |
| Menyelami jiwa anak SKBK bersama kaunselor SKBK En. Yusoff Mamat |
![]() |
| Majlis Perasmian Penutup serta Penyampaian Penghargaan kepada Pusat Konservasi Biodiversiti Bukit Marak. |
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015
SK Bukit Kenak, 18 Mei 2015 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti diatur. Dengan kehadiran para murid SKBK, guru-guru KAFA, wakil PIBG serta Staf SKBK, Hari Guru disambut dengan begitu meriah dan bermakna.
Anak-anak SKBK berkumpul seawal 7.45 pagi sebelum mengambil tempat di dewan Al-Khawarizmi. Manakala seekor lembu disumbangkan oleh Pengusaha kantin, Puan Amnum sempena hari Guru kali ini. Guru-guru lelaki serta staf menyembelih sendiri lembu tersebut dan menyediakannya untuk dimasak.
Aktiviti pertama ialah perarakan masuk guru SKBK dengan diiringi oleh tuan Guru Besar, GPK 1, NYDP PIBG Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta guru-guru. Perarakan ini diringi oleh paluan kompang oleh kumpulan kompang SKBK dibawah seliaan Cikgu YM Ku Hashim bin Tg. Kechik.
Kemuncak sambutan ialah penyampaian perutusan hari Guru serta ucapan yang dihadiri oleh semua murid SKBK. Sebanyak 4 biji kek disumbangkan oleh PIBG, Bank Rakyat, ADUN Jerteh serta Kedai Sekolah.
Alhamdulillah sambutan Hari Guru SKBK berjalan lancar dan meriah dengan semua warga SKBK meraikannya dengan menghargai setiap pengorbanan guru mendidik anak-anak SKBK.
TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SAYA.
![]() |
| Sambutan dari murid-murid SKBK |
![]() |
| Gotong-royong memasak oleh para guru dan staf SKBK |
![]() |
| Memasak untuk semua warga SKBK |
![]() |
| Perarakan guru SKBK yang diiringi oleh para murid serta wakil PIBG |
![]() |
| Ucapan Perutusan Hari Guru serta NYDP PIBG |
![]() |
| Ucapan wakil murid serta Guru Besar menerima Hadiah Kek dari Bank Rakyat sempena Hari Guru |
![]() |
| Bacaan Ikrar Hari Guru serta Nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu-lagu patriot |
![]() |
| Hari Guru dimeriahkan lagi dengan kehadiran KPPD Tn. Hj. Ab. Halim bin Hasan serta Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris |
![]() |
| Persembahan Choral Speaking oleh murid SKBK dengan Tajuk "Teacher" serta nyayian oleh NYDP PIBG, Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta para guru SKBK. |
![]() |
| Jamuan makan tengahari kepada semua murid serta seluruh warga SKBK |
TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SAYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)










































