Sunday, 22 May 2011

Sambutan Perayaan Hari Guru

Tanggal 16 Mei 2011, warga guru SK Bukit Kenak telah menyambut Perayaan Hari Guru 2011. Tema perayaan pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara . Adalah diharapkan warga guru khususnya terus menjadi tonggak utama dalam menjana pendidikan yang berkualiti kepada anak didiknya.

Perhimpunan pagi hari guru.....

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari guru




Perlawanan Bola Tampar



Kumpulan 1 v/s Kumpulan 2, kumpulan 1 menang


Kumpulan 3 v/s kumpulan 4, kumpulan 4 menang



Kumpulan 5 v/s kumpulan 6, kumpulan 6 menang.





Heroooo...... akhirnya juara.......... KUMPULAN 1

Wednesday, 4 May 2011

Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan pada 27 Februari 2011. Majlis ini telah dilancarkan dihadapan lebih 500 orang pelajar SK Bukit Kenak. Penyelaras program iaitu Pn Suhaila bt Abd Ghani merangkap Guru Media telah memberi penerangan mengenai program tersebut. Program NILAM pada kali ini telah dirasmikan oleh Guru Besar En Wan Mohd Zain b Wan Bakar. Majlis telah diserikan lagi dengan upacara memotong kek sebaga tanda perasmian program NILAM. Majlis ini diakhiri dengan acara nyanyian lagu NILAM oleh semua pelajar. AJK Nilam 2011 mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan mengharapkan program ini dapat berjalan dengan jayanya.




Aktiviti PSS seterusnya adalah Lawatan ke Pesta Buku Kuala Terengganu. Lawatan ini telah diadakan pada 10 April 2011. Disertai oleh para pelajar tahun 5 dan 6. Pelajar juga turut dibawa melawat Taman Tamadun Islam.








BOLA SEPAK MSST 2011



Dua murid SK Bukit Kenak telah terpilih mewakili MSS Daerah Besut ke Kejohanan Bola Sepak MSST bawah 12 tahun yang telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2011 di Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu. Murid tersebut Muhammad Aiman Al-Hakim bin Mat Husin dan Nik Amir Hamzah bin Ahmad ialah pelajar tahun enam. Mereka telah membantu kesebelasan pasukan bola sepak MSSDB untuk menggondol tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. TAHNIAH!!

Tuesday, 26 April 2011

Penyampaian Hadiah NILAM

Majlis penyampaian NILAM untuk bulan Mac 2011 telah dijalankan pada 24 April 2011. Seramai 11 orang pelajar telah dipilih menerima hadiah galakan tersebut. Pembaca terbanyak pada bulan ini telah disandang oleh Nurul Syazana bt Nazlie Leong dari tahun 5 Jaya. Tahniah diucapkan

Penerima Hadiah Galakan Membaca Bulan Mac - NILAM

Sunday, 24 April 2011

Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSS Daerah Besut.

Bermula 25 April 2011 hingga 27 April 2011 Kejohanan Bola Baling MSS Daerah telah berlangsung di SMK Seri Nering, Jerteh. Dua orang pelajar SK Bukit Kenak iaitu Mohd Afiq Fahmi b. Ariffin dan Mohd Firdaus b. Usman telah diberi kepercayaan untuk mewakili Zon Jerteh kategori bawah 12 tahun dalam Misi membawa kejayaan kepada Zon Jerteh dalam  kejohanan tersebut.  Selamat Berjaya.

Wednesday, 20 April 2011

Senarai Staff SKBK 2011

1. Wan Mohd Zain Bin Wan Bakar- Guru Besar/DG41/PI
2. Noraini Bt. Tuan Ismail-GPK 1/DG41/PI
3. Hj. Mohd Faiz Bin Awang- GPK HEM/GD34/PAI
4. Norhayati Bt. Nasir- GPK Ko-Kurikulum/DG34/
5. Chua Sua Chin-Guru Pemulihan/DG32/PPAK
6. Suhaila Bt. Abd. Ghani- Guru Media/DG41/SN/MT
7. Kamarul Hisham Bin Sulong-Pra-Sekolah/DGA29/PRA/PM
8. Mohd. Shahril b. Mohd Shah- Pemulihan Khas/DG41/PK
9. Rose Monalisa Bt. Mohamad-Pemulihan Khas/DG129/PK
10.Aminuddin Bin Mohd Aris-DG41/PI
11.Fauzi Bin Mohamad-DGA32/PM
12.Khairul Azizi Bin Mohd Yusoff-DGA29/MT/PAI
13.Khairul Zamani Bin Ab. Razak-DGA32/MT
14.YM. Ku Hashim B. Tengku Kechik-DGA32/MZ
15.