Sunday, 7 August 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1950 apabila orang-orang kampung bergotong royong membina sebuah bangsal buluh berukuran 800 kaki persegi yang menempatkan seorang guru lelaki dan 52 orang murid.Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1954 oleh Nazir Sekolah-sekolah Melayu Terengganu.Guru Besar pertama yang berkhidmat di sini ialah En.Husin Bin Abdullah berkelulusan Darjah V dan berjawatan "Guru Rakyat".Sejak itu,keramaian murid sentiasa bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2011 sekolah ini telah mempunyai 579 orang murid dan 46 orang guru
Selamat datang ke blog SK Bukit Kenak,Jertih.Terengganu.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1950.

Saturday, 30 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan Peringkat SK Bukit Kenak

Tanggal 2 Julai 2011 yang lalu, dalam menyahut hasrat dan dasar kerajaan, Larian 1 Murid 1 sukan peringkat SK Bukit Kenak telah dijalankan. Di mana program ini berjalan serentak seluruh negara.Bermula seawal jam 6.30 pagi, pendaftaran diuruskan oleh para guru. Dan diikuti dengan acara Senamrobik bagi memastikan para murid bersedia fizikal dan mental untuk memulakan larian.Seusai senamrobik, murid dilepaskan oleh Tuan Guru Besar En. Wan. Mohd. Zain bin Wan Bakar bermula dari padang sekolah.  laluan utama murid ialah melalui kg. Alor Saji, Kg. Seri Aman, Kg. Pak Wong dan seterusnya kg. Bukit Kenak. Acara pada hari tersebut berehat seketika sebelum acara Sukaneka.

Pendaftaran Murid

Senamrobik

Sepanjang Larian

Sukaneka
Majlis Penyampaian Hadiah

Acara pada hari tersebut berehat seketika sebelum acara Sukaneka. Dan Majlis Penyampaian Hadiah kemudiannya disempurnakan oleh para pentadbir Sekolah sebagai penutup Larian 1 Murid 1 Sukan bagi tahun 2011.

Tuesday, 21 June 2011

Video Memoir Pn. Chua Sua Chin

Untuk insan yang pernah mencurah bakti untuk SK Bukit Kenak Tercinta

KEM BESTARI SOLAT FASA 2 /2011

Alhamdulillah , sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada yang Esa yang memberi ruang dan kelancaran bagi KBS Fasa 2 pada tahun ini berjalan dengan lancar. Dengan dokongan Unit KBS j-QAF SKBK dan sokongan bantuan guru-guru KAFA, KBS kali ini dapat disempurnakan di bulan Mei.

Sunday, 22 May 2011

Sambutan Perayaan Hari Guru

Tanggal 16 Mei 2011, warga guru SK Bukit Kenak telah menyambut Perayaan Hari Guru 2011. Tema perayaan pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara . Adalah diharapkan warga guru khususnya terus menjadi tonggak utama dalam menjana pendidikan yang berkualiti kepada anak didiknya.

Perhimpunan pagi hari guru.....

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari guru




Perlawanan Bola Tampar



Kumpulan 1 v/s Kumpulan 2, kumpulan 1 menang


Kumpulan 3 v/s kumpulan 4, kumpulan 4 menang



Kumpulan 5 v/s kumpulan 6, kumpulan 6 menang.





Heroooo...... akhirnya juara.......... KUMPULAN 1