Wednesday, 12 September 2012


MERDEKA RAYA DAERAH BESUT 2012

8 SEPTEMBER 2012, Sambutan Perarakan Merdeka Raya Daerah Besut 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Air Tawar Besut.   Sambutan yang begitu meriah telah dihadiri oleh lebih dari 100 NGO, Pejabat Kerajaan, Kakitangan Sekolah-sekolah Daerah Besut dan Pelajar-pelajar sekolah. Turut serta dalam Perarakan Merdeka Raya tersebut ialah Pacuan 4 roda, Motosikal berkuasa tinggi, perarakan motorbot yang menyusuri sungai Kuala Besut dan juga kenderaan-kenderaan persendirian yang dihias cantik.

Acara yang di rasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih itu telah melabohkan tirainya sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan jamuan makan tengahari untuk semua peserta. SK Bukit Kenak tidak ketinggalan kerana telah terpilih sebagai NAIB JOHAN bagi Kategori Sekolah Rendah dengan membawa balik wang tunai RM300.00  Syaabah kepada semua peserta yang menyertai perarakan tersebut. SKBK BOLEH!


16 Orang Guru dan Kakitangan SKBK  turut serta menyertai perarakan tersebut


Naib Johan Kategori Sekolah Rendah dalam acara Perarakan Merdeka Raya 2012




Editor : Din/Din/2012

Friday, 31 August 2012

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN GURU

30 Ogos 2012, Serentak dengan sambutan  Majlis Hari Raya Aidilfitri, turut diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Cikgu Roslinda bt Md. Din  ke Sk Bukit Tempurung yang berkuatkuasa 16 Ogos 2012.  Cikgu Roslinda yang berasal dari Melaka telah berkhidmat sebagai guru Matematik di SK Bukit kenak  bermula 8 Jun 2008. Di kesempatan ini ADMIN  mewakili pihak  SKBK mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa-jasa Cikgu Roslinda mendidik anak-anak di SKBK tanpa rasa jemu. JASAMU TETAP DIKENANG SEPANJANG ZAMAN....



Editor: Din/Din/2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

30 Ogos 2012,  Satu Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Majlis sambutan hari raya kali ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan masyarakat setempat yang turut  sama-sama  menyediakan kuih muih di kios yang disediakan oleh pihak sekolah untuk jamuan kepada semua pelajar.  Majlis yang julung kalinya di adakan ini mendapat sambutan yang begitu meriah dari Lapan JKKK yang masing-masing menyediakan juadah mengikut JKKK masing-masing kepada pelajar. Lapan JKKK tersebut terdiri daripada JKKK Bukit Kenak (Juadah Laksa Penang), JKKK Alor Saji (Juadah Mee Kari), JKKK Gerai (Juadah Lemang), JKKK Lay Out Gerai (Juadah Mee Hon goreng dan Keropok), JKKK Pak Wong (Juadah Tapai), JKKK Gong Nangka (Air Cendol), JKKK Gong Lilit (Juadah Akok) dan JKKK Sri Aman (Juadah Pulut Lepa).


Wajah-wajah Hari Raya

Antara 8 JKKK Sekitar SK Bukit Kenak yang sama-sama turut memeriahkan majlis dengan menyediakan juadah di Kios masing-masing.

Majlis Sambuatan Hari Raya kali ini dimulakan dengan Tazkirah Hari Raya yang disampaikan oleh Al-fadil ustaz Mat Rani b. Yaacob. Seterusnya Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu hari raya yang disampaikan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru SKBK. Acara kemuncak sambutan hari raya kali ini diteruskan dengan jamuan kuih raya dan juadah hari raya yang disediakan oleh 8 JKKK yang mengambil bahagian kepada semua pelajar.

Persembahan guru dan pelajar.







Wajah-Wajah Ceria Hari Raya

Para pelajar menjamu juadah Hari Raya





Selamat Hari Raya Dari Kami Di SKBK






Editor: Din/Din/2012

Thursday, 9 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA KGKT  2012

2 Ogos 2012, Warga Guru dan kakitangan SKBK telah mengadakan majlis berbuka puasa anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SKBK 2012 bertempat di Syam Restauran. Majlis yang begitu meriah telah dihadiri  lebih dari 100 tetamu yang terdiri dari  ahli keluarga masing-masing.




Guru Besar dan Guru-guru sibuk melayan keluarga masing-masing

Admin bersama keluarga turut memeriahkan majlis
 sibuk melayan keluarga masing-masing



Editor : Din/Din/2012

Wednesday, 25 July 2012

Kempen  Kibar Jalur Gemilang


17 Julai 2012, Bersempena Kempen Perayaan Bulan Kemerdekaan yang ke-55,  SK Bukit Kenak telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah.  Kempen yang dijalankan serentak di seluruh negara itu, telah berjaya dilancarkan dengan jayanya.  Program dimulakan dengan nyanyian lagu  negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.  Seterusnya ucapan kemerdekaan disampaikan oleh seorang  wakil guru.  Acara kemuncak diteruskan dengan gimik mengebarkan jalung gemilang sambil menyanyikan lagu Patriotik beramai-ramai. Acara tamat sekitar jam 10.00 pagi.


Tuesday, 24 July 2012

Program Ambang Ramadhan


17 Julai 2012, Sempena bulan Syaaban, yang menandakan hampirnya kedatangan ramadhan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh rahmat ini maka seharusnya kita saling ingat mengingati tentang Ramadhan itu sendiri.  Maka dikesempatan itu, pihak Kelab Guru  dan Kakitangan (KGKT) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu Program Ceramah Di Ambang Ramadhan yang diadakan di Kantin SK Bukit kenak.  Penceramah Jemputan pada majlis tersebut adalah al-fadhil ustaz Hj. Mohd. Khairudin b. Hj. Salleh, penceramah bebas yang dijemput khas untuk memperkatakan tetang Fadhilat Ramadhan.  Majlis ini dihadiri oleh semua guru,  kakitangan serta semua pelajar SKBK.


Ceramah di sampaikan oleh penceramah jemputan.

Beberapa program dianjurkan sempena Program Ambang Ramadhan ini seperti ceramah, kuiz dan juga pertandingan mewarna bagi pelajar tahap 1.  Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis di tamatkan tepat pukul 1 tengahari.


Bagi mengakhiri majlis tersebut, majlis penyampaian hadiah di adakan untuk pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yazid selaku GPK HEM SKBK.

perkhemahan unit beruniform SKBK tahun 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBK TAHUN 2012


26 April 2012, Unit Kokurikulum SK Bukit Kenak telah berjaya mengadakan satu perkhemahan unit beruniform di Pusat Perhilitan, Bukit Marak Jerteh Terengganu. Perkhemahan ini diketuai oleh YM Ku Hashim b. Tg. Kechik yang bertindak sebagai Kem Komanden sepanjang perkhemahan tersebut.  Perkhemahan Unit Beruniform ini disertai oleh 80 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6 yang terdiri dari KRS, Puteri Islam, Pengakap, Tunas Puteri dan St. John Ambulance. Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Pengarah Perhilitan Daerah pada 28 April 2012.



Aktviti Hari pertama dan memasang khemah..


BBQ.. Guru-guru dan pasangannya bersama-sama belajar memeriah lagi makan malam..




Majlis Perasmian oleh Pengarah Perhilitan Daerah Besut
Aktivit malam terakhir..