Monday, 21 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013

AHAD, 20 JANUARI 2013,  Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi tahun 2013 kepada pelajar-pelajar SK Bukit Kenak. Majlis yang dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud,  AJK Bahagian Jerteh yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Dato' Seri Idris b. Jusoh telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dimulakan dengan ucapan Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar dan seterusnya dirasmikan oleh Saudara Anuar b. Mahmud. Seramai 550 orang pelajar diiringi ibubapa masing telah menerima sumbangan wang tunai bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang. Majlis melabuhkan tirainya sekitar jam 5  petang.  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Anuar b. Mahmud kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan tersebut.


Ucapan Aluan  oleh Tn. Guru Besar, En. Wan. Mohd Zain b. Wan Bakar dan Perasmian oleh Saudara Anuar b. Mahmud, AJK Bahagian, mewakili Dato' Seri Idris b. Jusoh.
 
Pendaftaran Ibu Bapa dan Pelajar dengan Guru Kelas Masing-Masing
 
 
Penyampaian Sumbangan Awal Persekolahan kepada pelajar berjalan lancar
 
 
 
DIN/din/2013
 


Friday, 11 January 2013

MESYUARAT MINGGUAN GURU SKBK KALI PERTAMA 2013

KHAMIS, 10 JANUARI  2013, Mesyuarat Mingguan Guru-Guru SKBK Kali Pertama  2013 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Mesyuarat Mingguan kali pertama ini diadakan bagi menyahut seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu agar semua  sekolah mengadakan mesyuarat setiap hari khamis bagi memperkemaskan serta memperkasakan pendidikan di sekolah.  Mesyuarat yang berlangsung selepas waktu persekolah ini, banyak memberi input kepada guru-guru tentang perkembangan pendidikan terkini serta penyampaian maklumat yang terus ke akar umbi.  Di samping itu, mesyuarat mingguan ini juga akan dapat membantu pihak pengurusan mendapat maklum balas dari guru-guru secara langsung agar penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.


Tn. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan

Di dalam Mesyuarat Mingguan Guru Kali Pertama 2013 ini, Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain B. Wan Bakar telah menjelaskan hala tuju  Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 kepada guru-guru serta  peranan guru-guru bagi mencapai visi dan misi tersebut.  Di harapkan dengan penyampaian maklumat yang jelas dan secara terus kepada guru-guru tersebut, akan dapat membantu guru-guru dalam memperkayakan teknik serta kaedah penyampain maklumat kepada pelajar bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan itu mencapai kejayaan.






Guru-guru sedang mendengar ucapan dari Tn. Guru Besar


Sambutan yang baik dari semua guru...




DIN/din/13

Thursday, 22 November 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BUKIT KENAK 2012

4 November 2012, Pihak sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kenak 2012. Majlis yang berlangsung dengan meriahnya ini  telah  dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Hj. Abdullah b. Md. Zin, Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Besut. Di dalam majlis tersebut beberapa anugerah diberikan kepada seluruh pelajar SK Bukit Kenak yang mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Di samping itu, anugerah kecemerlangan Ko-kurikulum dan anugerah pelajar contoh juga turut sama diadakan. Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan berbagai hadiah yang menarik. Majlis tamat sekitar jam 1.00 tengahari.



Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Hj. Abdullah b. Md. Zain, Tuan Guru Besar dan  Pengerusi PIBG SKBK


Bersama tetamu undangan YB Ahli Parlimen Besut


Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Kepada Pelajar

Hadiah Cabutan Bertuah disampaikan Oleh YB Ahli Parlimen Besut

Majlis Dimeriahkan Lagi dengan Persembahan Pelajar


Din/Din/12

Tuesday, 20 November 2012

Majlis Khatam Al-Qur'an Guru / Staff dan Murid Tahun 6 2012

Persiapan Majlis Khatam Al-Qur'an 2012 di Surau SK Bukit Kenak

Majlis Perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd. Faiz bin Awang dengan di hadiri oleh para guru dan staf SK Bukit Kenak

Majlis Khatam Al-Qur'an bermula dengan Juru khatam Ustaz Mat Rani bin Yaacob dan Ustaz Rozani bin Hassan

Penyampaian Cenderahati khatam kepada guru dan staff

Barisan Panitia Pendidikan Agama Islam selaku penganjur dan pelaksana program

Thursday, 1 November 2012

SEKITAR JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2012

31 Oktober 2012, Sebagai penutup persekolahan 2012, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Bukit Kenak telah mengadakan jamuan akhir tahun dan majlis penyampaian cenderahati kepada guru-guru dan kakitangan SKBK. Majlis yang berlangsung  pada sebelah petang di Hotel Renaissance Kota Bharu, telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis dimulakan dengan Ucapan pengerusi Majlis, Encik Fauzi bin Mohammed, Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan, En. Zainuddin bin Muhamad dan Ucapan Tuan Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah kepada semua guru dan kakitangan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Sebagai penutup tirai aktiviti 2012, Semua guru dan Kakitangan mengadakan pertandingan Ten-pin bowling tertutup di Mutiara Bowl, Kota Bharu.  Pertandingan yang berlangsung dengan meriahnya itu telah berakhir sekitar jam 5.30 petang.  Dalam pertandingan tersebut, tempat Pertama  telah dimenangi oleh Team Cikgu Fauzi, Mastura dan Ust. Rozani, manakala tempat kedua dimenenangi oleh Team Cikgu Mohd Yazid, Pn. Norhayati Nasir dan Khairul Azizi manakala Tempat ke tiga dimenenangi oleh Team Cikgu Mohamad dan Ust. Mohd. Shakir. Tahniah kepada semua guru dan kakitangan kerana telah sama-sama menjayakan majlis ini.



Ucapan Pengerusi Majlis, Pengerusi Kelab Guru dan Tn. Guru Besar



Mendengar ucapan sebelum jamuan makan tengahari

Sedang menjamu selera...

Penyampaian Cenderahati dan Cabutan Bertuah

Team Bowling SKBK 2012..

Sedang menunjukkan skell masing-masing..


Pemenang Pertandingan Ten-Pin Bowling 2012




Din/Din/2012

Thursday, 25 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

24 Oktober 2012,  Pusat Sumber SK Bukit Kenak telah melancarkan Kempen Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah. Program seminggu yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia telah bermula pada 21 Oktober 2012 dan telah melabohkan tirainya pada 24 Oktober 2012. Berbagai aktiviti telah di jalankan sepanjang seminggu Program tersebut berlangsung antaranya ialah Kembara Nilam, Pertandingan Mewarna (tahap 1 dan 2), Spell it Right (tahap 1 dan 2), Teka silangkata, Outdoor Games, Penulisan Tulisan Jawi, Read 2012 (Setiap murid dikehendaki membaca buku cerita serentak seluruh negara selama 33 minit 30 saat.) dan Melengkapkan Peribahasa. Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru yang telah menjayakan program ini.

 Antara Guru Pengiring "Kembara Nilam" Ke Kuala Terengganu

Taklimat ringkas dari Pegawai Trafik Udara semasa "Kembara Nilam"

Merasai suasana berada di puncak Menara Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu
Di puncak Menara Trafik Udara DCA, Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu

Mengalas perut sebelum Kembara Nilam diteruskan  ke TTI

Program "Spell it Right" sedang berlangsung di sekolah

Program mewarna, Bijak Matematik dan Membaca untuk 33 minit turut sama berlangsung.







Editor : Din/Din/2012
SKBK DILANDA BANJIR KILAT


23 Okt 2012, Hujan renyai-renyai dan berterusan selama 3 jam menyebabkan sekali lagi SKBK digelanggi air.  Banjir kilat seperti ini kerap kali berlaku terutama bila musim hujan yang baru bermula ini. Keadaan ini berlaku disebabkan  saliran yang tersumbat di kawasan pembinaan bangunan baru yang  terbengkalai buat sementara waktu. Banjir kilat ini menyebabkan seluruh laluan, bilik darjah dan bilik guru telah digelanggi air.  Keadaan ini menyebabkan guru-guru terpaksa menyelamatkan peralatan elektrik dan elektronik yang berada di tempat yang rendah ke  tempat yang lebih selamat.

Air memasuki kelas, bilik guru dan laluan pejalan kaki.















Editor: Din/Din/2012