Monday, 20 May 2013

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK BUKIT KENAK 2013

16 MEI 2013 - Guru Malaysia, 1 Aspirasi 1 Agenda. Begitulah tema sambutan Hari Guru yang disambut serentak oleh semua guru di Malaysia. Tidak terkecuali, SK Bukit Kenak juga telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari tersebut.  Majlis yang dimulakan pada awal pagi dengan menyambut ketibaan guru dan PIBG dengan paluan kompang oleh pelajar.  Seterusnya pelajar, guru dan difp-dif jemputan berkumpul di tapak perhimpunan untuk sama-sama mendengar perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah JPN Terengganu, Wakil PIBG, Guru Besar dan Wakil Pelajar.

Menyambut ketibaan guru-guru dan dif-dif jemputan dengan paluan kompang oleh pelajar
Seterusnya bacaan Ikrar Guru oleh semua guru yang dibacakan oleh Pengerusi Kelab Guru, En. Zainuddin b. Muhamad. Selesai bacaan ikrar semua guru dan dif-dif jemputan sama-sama menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh bersemangat. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan kad hari guru oleh wakil murid. Seterusnya pelajar dan guru-guru sama-sama ke padang sekolah untuk menyaksikan aksi guru-guru dalam permainan sukanika.


Bacaan ikrar hari guru dan majlis  memotong kek hari guru oleh Guru Besar dan Wakil PIBG


Ucapan Guru Besar dan bacaan Ikrar Hari Guru oleh wakil guru
Tidak berakhir di padang, majlis diteruskan lagi dengan acara "indoor" dimana pelajar secara sukarela membuat persembahan untuk menhiburkan guru-guru mereka. Berbagai acara dipersembahkan oleh pelajar termasuklah nyayian, Bicara berirama, lakonan dan juga sketsa pelajar. Tidak terkecuali, guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu  bagi memeriahkan lagi majlis tersebut

Pelajar secara sukarela membuat persembahan untuk guru-guru mereka..

Acara sukanika guru yang disambut penuh meriah..



Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua guru..


Majlis diakhiri sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada semua guru sebagai menghargai jasa guru serta sedikit jamuan tengahari kepada semua kakitangan SKBK. Kepada semua pihak yang terlibat dalam sambutan Hari Guru ini, admin mengucapkan ribuan terima kasih.


DIN/din/2013

Sunday, 12 May 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT ZON JERTEH 2013

SK Nyiur Tujuh, Jerteh - telah berlangsung Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Zon Jerteh pada 7 Mei 2013. Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran diatas kemenangan SKBK sebagai Johan pertandingan tersebut. Seramai 35 murid tahun 5 dan 6 telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama baik sekolah dalam pertandingan ini.


Suasana sebelum pertandingan bermula bersama barisan Guru yang menjadi tulang belakang utama : Dari kiri  Pn. Zarinawati Shaari, Pn. Norlizah Surep, Cik Suhaila Abu bakar dan akhir, Pn. Maziah bt. Mohamad.



KITALAH JUARA!



Semoga Usaha yang ditunjukkan ini akan membuah hasil yang baik demi anak didik Sk Bukit Kenak.

Sunday, 21 April 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN (P) DAN NAIB JOHAN (L) KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH

17 APRIL  2013 - Pasukan Bola Baling SK Bukit Kenak telah berjaya merangkul ke dua-dua tempat bagi kejohanan Bola Baling MSS Zon Jerteh yang berlangsung di SK Tanah Merah. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula 17 April 2013 hingga 18 April 2013 telah disertai 9 buah sekolah rendah di Zon Jerteh. Pada kejohanan kali ini, SK Bukit Kenak telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila kedua-dua pasukan yang dihantar iaitu Lelaki 12 tahun dan perempuan 12 tahun telah berjaya melangkah masuk ke peringkat Separuh akhir dan akhir setelah memungut mata tertinggi diperingkat kumpulan untuk di nobatkan sebagai Johan (P) apabila memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Manakala bagi peserta lelaki di nobatkan sebagai naib johan kumpulan berdasarkan jumlah jaringan apabila berkongsi mata yang sama dengan SK Padang Luas.

Bergambar bersama guru pengiring selepas menerima hadiah..

Pada perlawanan Akhir di hari yang kedua, Pasukan SK Bukit Kenak perempuan bertemu dengan SK Pelagat dan telah berjaya mengalahkan pasukan  tersebut dengan jaringan 3-0 seterusnya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dan SK Pelagat, Naib Johan.  Manakala bagi pasukan lelaki, pada  perlawanan akhir SK Bukit Kenak sekali lagi bertemu dengan SK Padang Luas dan akhirnya SK Bukit Kenak terpaksa mengalah di masa tambahan dengan jaringan 1-0 dan seterusnya di nobat sebagai Naib Johan keleluruhan.


Perlawanan Akhir SK Bukit Kenak bertemu SK Pelagat..

Admin mengucapkan syabas dan tahniah, kepada semua guru bola baling sekolah, terutama jurulatihnya yang membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan ini. Semoga kejayaan pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk perlawanan di peringkat Daerah kelak.  Seramai 5 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan telah terpilih untuk mewakili Daerah dalam Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Besut yang akan berlangsung pada 23 April 2013 dan 24 April 2013 di SMK Nasharuddin Shah, Alor Lintang. Selamat berjaya.

Johan Kategori Perempuan 12 Tahun.. SKBK.


Naib Johan Kategori Lelaki 12 Tahun.. SKBK






DIN/din/2013

Thursday, 18 April 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH TAHUN 2013

SK Tengku Mahmud - Pada 18 April 2013, seramai 15 orang murid SKBK telah mewakili Zon Jerteh dalam Pertandingan Action Song Peringkat Daerah tahun 2013. Hasil usaha tenaga pengajar iaitu guru-guru serta kesungguhan anak didik, SKBK berjaya mendapat tempat ke-3.

Sekitar Karnival Bahasa Inggeris Daerah Besut 2013

Semoga Usaha murni ini dapat menyumbang kepada peningkatan potensi diri murid SKBK In Sya Allah.


YSN/13

Wednesday, 17 April 2013

SMART ENGLISH YDSM COMPETITION 2013 DISTRICT LEVEL

SK Alor Peroi - Pada 15 April 2013, murid-murid SKBK telah menyertai SMART ENGLISH YDSM COMPETITION 2013 DISTRICT LEVEL jam 8.30 pagi. Sebanyak 5 buah sekolah yang mewakili setiap zon dalam daerah Besut iaitu SK Bukit Kenak (Zon jerteh), SK Alor Keladi (Zon Hulu Besut), SK Kg. raja (Zon Kota Putera), SK Kerandang (Zon Jabi) dan SK Kuala Besut (Zon Kuala Besut). Walaupun dengan usaha yang gigih namun rezeki kita hanya mendapat Saguhati.


Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah :
1. Silent Reading
2. Reading Aloud
3. Spelling
4. Aural- Oral Comprehension
5. Chain Story Telling
6. Word Chain Dictation

Action Song : Oh malaysia

ysn/13


Sunday, 14 April 2013

KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT ZON JERTEH 2013

SM Imtiaz Besut - Seramai 8 murid telah menyertai kejohanan Badminton Peringkat Zon Jerteh yang diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Padang Landak pada 3 -4 April 2013 yang lalu. Dalam kejohanan ini, SK Bukit kenak meraih tempat ke-3 perseorangan Perempuan yang diwakili oleh adik Nurul Suraya bt. Mohamad  dan tempat ke-3 Beregu Lelaki yang diwakili oleh adik Muhammad Farhan Aqimie b. Hashim dan adik Muhd. Haikal b. Mat Daud.

Suasana sepanjang kejohanan Badminton Zon Jerteh 2013

Sunday, 7 April 2013

Majlis Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita kisah-kisah dari al-Qur'an serta Nasyid Peringkat Zon Jerteh Tahun 2013

SK Seberang Jerteh - Tanggal 1 April 2013, Majlis Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita kisah-kisah dari al-Qur'an serta Nasyid Peringkat Zon Jerteh Tahun 2013 telah diadakan dengan jayanya. Murid SKBK tidak terkecuali menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Antara kemenangan diperolehi ilah, Tempat ke-2 Bercerita Lelaki yang diwakili oleh adik Muhammad Hazim bin Tarmuzi dari Tahun 6. Nasyid juga merangkul tempat ke-3 yang diwakili oleh 9 murid dari kumpulan Soutul Amjad.



Adik Muhammad Hazim bin Tarmuzi