Thursday, 29 August 2013

KURSUS LDP : KURSUS KESEDARAN DAN PERLUASAN FROG VLE KEPADA GURU-GURU PERINGKAT SEKOLAH

27 OGOS 2013, JERTEH - Telah berlangsungnya Kursus Kesedaran dan Perluasan Frog VLE kepada semua guru dan staf SKBK.  Kursus sehari yang dianjurkan oleh Setiausaha LDP sekolah ini mendedahkan guru-guru dan staf SKBK kepada kaedah pembelajaran maya yang disediakan oleh pihak 1Bestarinet bagi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sesuai dengan  kemajuan dan kemudahan IT  di sekolah.  Kursus ini mendapat bimbingan dari En. Zainuddin Hj. Muhamad dan Cik Suhaila bt Abu Bakar sebagai admin Frog VLE sekolah.  

Admin Frog VLE sekolah, En. Zainuddin Hj. Muhamad dan Cik Suhaila bt Abu Bakar

Sepanjang 5 jam kursus ini berlangsung, guru-guru dan staf di perkenalkan dengan Frog VLE secara lebih dekat. Semua guru dan staf diberi peluang membuka dashboar masing-masing untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sistem ini dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian dan pengajaran di sekolah.  Seterusnya guru-guru dan staf sekolah di bimbing dari segi penggunaan Frog VLE dan proses penyampaian maklumat, pengemaskinian dashboard dan penggunaan Frog VLE dengan lebih meluas.  Secara umumnya kurus ini amat berjaya kerana guru-guru dan staf begitu komited dalam menimba ilmu dalam bidang IT.





Guru-guru dan staf dengan tekun mengikuti kusus LDP Frog VLE


DIN/din/2013

Monday, 26 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

26 OGOS 2013, JERTEH - Sudah menjadi satu kebiasaan bagi warga SK Bukit Kenak menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahaan.  Majlis anjuran bersama antara pihak sekolah, PIBG dan JKKK sekitar SK Bukit Kenak ini sudah menjadi kelaziman setiap kali sambutan Hari Raya. Pada majlis sambutan hari raya kali ini,  9 JKKK yang terdiri dari JKKK Gong Nangka, JKKK Alor Saji, JKKK Gong Lilit, JKKK Gerai, JKKK Pak Wong, JKKK Lay Out Gerai, JKKK Bukit Kenak, JKKK Pohon Tal dan JKKK Sri Aman bergotong royong  menyediakan juadah utama bagi kios masing-masing untuk dijamu kepada pelajar. Setiap JKKK dan ahlinya akan diberi  satu  kios bagi menyediakan sajian mereka masing-masing. Terdapat 9 juadah istimewa yang disediakan oleh 9 JKKK ini di kios masing-masing pada tahun ini.  Sambutan dimeriahkan lagi dengan penglibatan AJK PIBG dan ibubapa yang membantu menyediakan juadah hari raya kali ini.



Antara JKKK Mukim Bukit Kenak yang terlibat dalam menyediakan juadah hari raya

Majlis dimulakan seawal jam 7.45 pagi dimana pelajar-pelajar berkumpul di dewan terbuka SKBK.  Seterusnya pelajar-pelajar meletakkan kuih-kuih raya yang dibawa bersama di atas meja berhampiran dewan dan dibantu oleh guru-guru.  Program diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna bagi semua pelajar.


Seterusnya ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Pegawai Perhubungan Sekolah Balai Polis Daerah Besut, JKKK-JKKK Mukim Bukit Kenak, AJK PIBG dan dif-dif jemputan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. Wan  Bakar, diikuti ucapan ringkas dari Pengerusi PIBG, En. Wan Mohd. Najib b Wan Hassan  dan seterusnya ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tn. Hj. Ab. Halim b Hj. Hassan.  Acara kemuncak majlis sambutan hari raya diteruskan lagi dengan jamuan hari raya kepada semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibubapa dan dif-dif jemputan

Ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Tn. Hj Mohd. Faiz b. Awang, GPK 1


Ketibaan Tn. Pegawai Pelajarn Daerah Besut dan dif jemputan. Ucapan perasmian oleh Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Besut Tn. Haji Ab. Halim b. Hj. Hassan

 Sewaktu jamuan,  pelajar akan bergerak ke kios-kios yang disediakan oleh JKKK untuk memilih makanan yang disediakan. Antara makanan utama yang disediakan oleh setiap JKKK adalah  seperti Ketupat pulut, Mee kari, Laksa peneng, Lemang bersama rendang, Nasi Minyak, Bihun Goreng bersama keropok, Nasi Impik, Nasi dagang dan Tapai. Sambutan Hari Raya dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh guru-guru, pelajar dan mereka yang berminat untuk menuju lagu raya kepada guru-guru yang mereka.


Pelajar menjamu selera bersama-sama








Guru-guru SKBK segak bergaya di hari raya..



Dif jemputan, JKKK, AJK PIBG dan ibu bapa juga turut sama memeriahkan majlis




Sekitar majlis sambutan hari raya..


Persembahan pelajar




DIN/din/2013

Sunday, 25 August 2013



BUAT PERTAMA KALI DEWAN TERBUKA SKBK DIGUNAKAN

25 OGOS 2013, JERTEH - Buat pertama kalinya dewan terbuka SK Bukit Kenak digunakan untuk perhimpunan rasmi sekolah. Walaupun  belum lagi siap sepenuhnya, dewan tersebut terpaksa digunakan kerana ketiadaan tempat perhimpunan untuk pelajar.  Ini kerana seluruh kawasan sekolah masih lagi dalam proses pembinaan.  Walaupun keadaan tidak begitu selesa buat guru-guru dan pelajar namun apakan daya hanya dewan ini sahaja yang mampu digunakan oleh pelajar setelah pembinaannya telah tertangguh beberapa kali.


Pelajar mengikuti perhimpunan di Dewan Terbuka yang belum siap sepenuhnya


Pentas yang belum siap sepenuhnya terpaksa digunakan oleh guru-guru



DIN/din/2013

Monday, 15 July 2013

ADIK MOHD SYAFIQ TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT KEBANGSAAN

15 JULAI 2013 - Besut,  Seorang lagi permata yang telah berjaya digilap dan dilahirkan di  SK Bukit Kenak. Adik Mohd. Syafiq b. Rozli telah berjaya mengharumkan nama Daerah Besut dan SK Bukit Kenak amnya dalam acara  merentas desa  apabila telah muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Merentas Desa, bawah 11  tahun di Peringkat Negeri  Terengganu yang berlangsung baru-baru ini.  Adik Mohd Syafiq yang mewakili Daerah Besut merupakan  Naib Johan peringkat Daerah dan telah dipilih untuk mewakili Daerah ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri. 

Sebagai Naib Johan peringkat Negeri Terengganu, Adik Mohd Syafiq sekali lagi dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke  Pertandingan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sabah tidak lama lagi.

Adik Mohd. Shafiq merupakan anak kedua daripada dua beradik yang di lahirkan di Kg Gerai Tua, Mukim Bukit Kenak adalah seorang pelajar tahun 5 di SK Bukit Kenak. Bakat adik Mohd Syafiq telah berjaya dicungkil apabila mengikuti  pertandingan merentas desa peringkat Daerah Besut yang berlangsung pada bulan Jun  lalu di mana adik Mohd Syafiq meraih tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Di lahirkan dalam keluarga yang serba sederhana dimana ayahnya berkerja sendiri dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa tidak mematahkan semangat adik Mohd. Syafiq untuk berjuang di pentas sukan sehingga mengharumkan nama sekolah, Daerah dan seterusnya Negeri Terengganu. Seluruh warga SKBK mendoakan adik Mohd Syafiq berjaya membawa pulang trofi kejuaraaan di peringkat kebangsaan itu nanti. Selamat Maju Jaya dari seluruh warga SKBK

Adik Mohd Syafiq mewakili Terengganu ke pertandingan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan di Sabah tidak lama lagi.



DIN/din/2013

Sunday, 30 June 2013

PERTANDINGAN BINTANG KECIL DAERAH BESUT 2013

Kg. Air Tawar, Besut - Pada 28 Jun yang lalu (Sabtu) bertempat di Pekan Budaya Air tawar, Besut, telah berlangsung Pertandingan Bintang Kecil peringkat Daerah. Sekali lagi SKBK dijulang nama sebagai Naib Johan kategori Sekolah Rendah yang diwakili oleh Adik Nurul Izzah bt. Yusaini dari tahun 6 jaya. Dengan membawakan lagu "AdaMu" nyanyian asal Najwa Latif Adik Nurul Izzah memberikan persembahan terbaiknya hasil bimbingan Cikgu Zarinawati Shaari yang juga ibunya sendiri.

Menyampaikan persembahan di hadapan para Guru dan rakan-rakan.


TAHNIAH KEPADA ADIK NURUL IZZAH BT. YUSAINI DI ATAS SUMBANGAN MENGAHARUMKAN NAMA SEKOLAH.

Saturday, 29 June 2013

KEM MOTIVASI DAN BENGKEL BIMBINGAN
MENJAWAB SOALAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2013

29 JUN 2013,  Selesai sudah Kem Motivasi dan Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan UPSR peringkat Sekolah 2013.  Program selama 3 hari 2 malam di Kem Damai Resort, Bukit Kluang disertai seramai 84 orang pelajar tahun 6 ini telah bermula pada 27 Jun lalu dan melabohkan tirainya pada tengahari ini.  Sepanjang program ini beberpa slot telah disusun bagi memberikan pelajar 'input' yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.

Program dimulakan dengan pendaftran pelajar pada petang khamis selepas waktu sekolah dimana ibubapa sendiri yang menghantar anak-anak mereka bagi memberikan semangat untuk pelajar.  Selepas sahaja pendaftaran, pelajar diagihkan ke bilik masing-masing untuk mempersiapkan diri bagi mengikuti aktiviti seterusnya.  Selepas selesai solat asar dan minum  petang, pelajar dibawa ke pantai untuk sesi riadah dan menenangkan minda sambil membina istana pasir.



Pelajar bersama ibubapa pada sesi pendaftaran di meja urusetia




Beriadah sambil membina istana pasir..
Sekitar jam 7.00 malam pelajar mula bersiap untuk makan malam dan bergerak ke surau. selepas solat maghrib, bermulalah sesi bengkel bimbingan menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman yang disampaikan oleh penceramah jemputan Pn. Norhafizah bt. Zainal dari SK Kerandang.  Sesi selama 2 jam tersebut berakhir sekitar jam 10.00 malam dan disambung dengan majlis solat Isya dan sembahyang hajat yang di bimbing oleh Ustaz Mat Rani b Yacob.

Pelajar menikmati jamuan sebelum program bermula

Program diteruskan lagi keesokkannya dengan  bimbingan menjawab soalan bagi Bahasa Inggeris yang dikendalikan sendiri oleh Panitia Bahasa Inggeris SKBK, di ikuti dengan subjek Bahasa Melayu Penulisan yang disampaikan oleh Pn. Zam bt. Ismail dari SK Pusat, Matametik oleh En. Ruzimi dari SK Bukit Tempurung dan di akhiri pada sebelah malamnya dengan subjek Sains oleh En. Alias b. Abd. Ghani, Guru Besar SK Amir.


Pelajar dihidangkan dengan teknik menjawab soalan oleh Panel Pemeriksa UPSR

Pada sebelah pagi hari terakhir, program dimulakan dengan  motivasi ibubapa  yang disampaikan oleh Pn. Nazilan bt. Md Salleh, Penolong Pegawai PPD Besut. Di dalam  ucapanya, Pn. Nazilan menjemput ibubapa bersama-sama  pelajar dan guru bagi bersama-sama membantu  meningkatkan prestasi anak masing-masing.  Beliau juga turut menyarankan bagaimana kaedah yang  terbaik yang ibupaba boleh lakukan bagi meningkatkan motivasi pelajar memandangkan tempoh peperiksaan yang semakin hampir.Beliau juga turut berharap ibubapa dapat meluangkan masa yang secukupnya untuk duduk bersama anak sewaktu mengulangkaji pelajaran agar anak-anak lebih bersemangat untuk mencapai 5A dalam UPSR. Sebagai mengakhiri majlis, beliau turut mewakili Tuan Pegawai PPD Besut merasmikan penutup Kem Motivasi dan Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan UPSR 2013,

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah sama-sama menjayakan program ini terutamanya guru-guru Tahun 6 yang diwakili oleh Penyelaras UPSR nya, Tn. Hj. Khairulzamani kerana telah berjaya menganjurkan program ini dengan begitu teliti dan berkesan.




DIN/din/2013

Monday, 17 June 2013

PERKHEMAHAN KADET ST. JOHN AMBULANS DAERAH BESUT TAHUN 2013

Kem Damai, Bukit Keluang - Pada 13 hingga 15 Jun yang lalu telah diadakan perkhemahan Kadet St. john Ambulans Daerah Besut yang disertai oleh sekolah menengah dan rendah. Seramai 14 orang murid (7 Lelaki) dan (7 perempuan) telah dari tahun 5 SKBK telah terpilih untuk menyertainya. Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam bentuk yang lebih santau dan menarik.

Persiapan di tapak perkhemahan

Majlis Penutup dan penyampaian Hadiah

Meninkmati saat-saat indah sewaktu perkhemahan.


Pertandingan membina Istana Pasir


Pertandingan Masakan Rimba

Berjaya merangkul hadiah Johan Kategori Sekolah Rendah.