Sk Permaisuri Nur Zahirah, Kota Putera - Pertandingan tersebut berlangsung pada 15 Mei 2014 pada jam 11 pagi. Seramai 35 orang murid SKBK mewakili sekolah dalam pertandingan ini yang terdiri daripada murid tahun 3, 4 dan 5. Mereka menyanyikan dua buah lagu iaitu Negeri Terengganu Anjung Ilmu dan Negeri Bersih Rakyat Sihat.
Pasukan ini dibawah bimbingan dan seliaan Puan Zarinawati bt. Shaari, Pn. Norlizah bt. Surep dan Cik Suhaila Abu Bakar. Walaupun mendapat saguhati, pasukan koir SKBK tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan pada tahun-tahun akan datang.
Wednesday, 28 May 2014
Pertandingan Koir Kebersihan Peringkat Daerah Besut 2014
Pesta Pantun Peringkat Negeri 2014
SK Bukit Kenak - Pada 15 dan 17 Mei 2014 yang lalu telah berlangsung Pesta Pantun Peringkat Negeri yang mana SKBK sekali lagi menjadi tuan rumah bagi acara ini. Yang mana peringkat suku akhir serta akhir berlangsung selama 2 hari. Daerah Besut diwakili oleh SK Pusat Jerteh selaku Johan peringkat Daerah.
Peringkat suku akhir menyaksikan pertemuan antara Daerah Besut dan Marang serta Dungun bertemu Setiu.
![]() |
| Sebahagian warga SKBK bersama GPK Pentadbiran di Pesta Pantun |
![]() |
| Pertemuan antara Daerah Besut bertemu Daerah Dungun |
![]() |
| Johan Peringkat Negeri disandang oleh Daerah Dungun. Tahniah |
SKBK Tuan Rumah Pesta Pantun Peringkat Daerah Besut 2014
SK Bukit Kenak, 14 Mei 2014 - Telah berlangsung Pesta Pantun Peringkat Daerah dimana SKBK menjadi tuan rumah. Ianya berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 3 yang menyaksikan sekolah-sekolah dalam daerah Besut yang mewakili Zon masing-masing mengambil bahagian.
![]() |
| Pertandingan antara SK Pusat Jerteh melawan SK Bukit Jeruk |
![]() |
| Peingkat Akhir Pesta Pantun Daerah Besut |
![]() |
| Johan Pesta Pantun Peringkat Daerah dimenangi oleh SK Pusat Jerteh. |
Monday, 26 May 2014
MESYUARAT AGONG PIBG SKBK TAHUN 2014

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis iaitu En. Nasober Ibrahim dan Cik Suhaila Abu Bakar. Tuan Guru Besar dijemput memberi ucapan kepada semua yang hadir. Antara intipati ucapan beliau ialah, peranan SKBK dalam tahu 2014 yang menjadi tumpuan JPNT, PPD dalam menjadi tuan rumah bagi acara seperti English Fun Fair, Pesta Pantun serta Majlis Tadarrus Al-Qur'an. Beliau juga menerangkan matlamat SKBK dalam meningkatkan akses pembelajaran berasaskan internet kepada semua murid dan memohon jasabaik para ibu bapa dalam memberikan sumbangan kepada murid. Juga disentuh Target UPSR 2014 iaitu seramai 32 orang dan Program Akaemik UPSR yang akan dijalankan. Mengakhiri ucapan, beliau berkongsi cerita kejayaan Adik M. Shafiq Rozli yang mendapat pingat emas dalam MSSBD dan mewakili daerah ke MSSST juga kejayaan hebat guru serta murid dalam Karnival Usahawan Cilik peringkat Kebangsaan di mana SKBK yang menghantar dua penyertaan pulang dengan 4 Anugerah anjuran Universiti Malaysia Kelantan.
Seterusnya Pengerusi PIBG SKBK dalam ucapannya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran YB Adun Jerteh. Beliau menyatakan kesediaan pihak PIBG dalam membantu sekolah memandangkan bangunan SKBK yang teah siap dan diduduki sepenuhnya dan mengharapkan para ibu bapa agar bersedia menghantar anak-anak ke kelas tambahan pada waktu yang telah dijadualkan bagi membantu pihak sekolah. Dalam pada itu juga beliau memohon sumbangan kerusi sebanyak 500 unit
dari YB Adun dan sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah.
Bagi merasmikan majlis, YB Hj. Pahemi bin Mohd. Yusof dalm ucapan beliau berbesar hati dan berbangga denga pencapaian SKBK dari aspek akademik serta pencapaian ko-kurikulum. Sebagai insentif, beliau menyatakan kesudian beliau untuk membawa murid-murid yang berjaya mengharumkan sekolah diperingkat daerah serta peringkat yang lebih tinggi jamuan di KFC. Beliau juga menjanjikan insentif yang lebih baik sekiranya SKBK mampu mencatatkan pencapaian UPSR yang cemerlang bagi tahun 2014.
![]() |
| Penyampaian insentif kecemerlangan kepada para murid Cemerlang UPSR 2014 |
Majlis juga diserikan dengan persembahan kumpulan Action Song SKBK yang berjaya mendapat tempat ke-2 diperingkat daerah serta persembahan nasyid oleh kumpulan Raudhatul Jannah.
![]() |
| Sesi mesyuarat Agong kali ke-30 |
Mesyuarat Agong kemudiannya diteruskan dengan dipengerusikan oleh En. Wan Najib selaku pengerusi PIBG. Pada tahun ini berlaku pelantikan baharu dalam jawatankuasa PIBG SKBK 2014.
Jawatankuasa PIBG 2014
Jawatankuasa PIBG 2014
Saturday, 17 May 2014
SELAMAT HARI GURU 2014 .. GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Bersempena Hari Guru 2014 , Marilah kita sama-sama menghayati tema tahun ini iaitu Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi ..... Tahniah dan syabas kepada semua guru di malaysia. Di sini admin kongsikan sajak kepada semua yang bergelar GURU :
SEKAPUR
SIREH BUATMU GURU
Guru,
Engkaulah
penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa
menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa
mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa
membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah
insan istimewa.
Guru,
Engkau bak
mentari menyinari siang,
Engkau bak
bulan menerangi malam,
Cahayamu
menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya
kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan
gemilang.
Guru,
Tanpamu
tiadalah anak bangsa,
Yang bisa
mencorakkan Negara,
Engkau
mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk
bangsa yang berwawasan,
Engkau insan
cemerlang.
Guru,
Engkaulah
lilin menerangi kegelapan,
Menerangi
cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk
sanubari yang suci murni,
Mendidik
kami menjadi sejati,
Engkau insan
terbilang.
Guru,
Sekuntum
terima kasih kami berikan,
Sebagai
mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah
mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan
bijak bestari,
Engkau
pencetus evolusi kami,
Terima kasih
guru!
Nukilan
Ahmad Abid
Khairuddin
Thursday, 15 May 2014
PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN CILIK DAN KLINIK KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI (PROSPEK) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.
SK Tengku Mahmud - Sekali lagi SKBK melakar sejarah dengan hasil yang diiktiraf di peringkat Kebangsaan. Program Karnival Usahawan Cilik Dan Klinik Keusahawanan Sempena Program
Pembangunan Ekonomi Komuniti (Prospek) anjuran Universiti Malaysia Kelantan pada 7 Mei yang lalu nyata menjadi kenangan yang cukup manis bagi SKBK.
TUAN Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. W. Bakar bersama guru pengiring En. Zainuddin dan Pn. Hamidah bergambar dengan peserta SKBK 1 bersama produk Kincir Air Landskap yang mendapat Johan Anugerah Produk Paling Kreatif dan Johan Anugerah Produk Paling Menarik Perhatian. Syabas dan tahniah, terima kasih seluruh warga SKBK.
Wednesday, 14 May 2014
ENGLISH FUN FAIR 2014 : HOSTED BY SKBK
SK Bukit Kenak, Jerteh - Pada 6 Mei 2014 yang lalu telah berlangsung English Fun fair dengan begitu meriah yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5 ptg. Dengan mensasarkan murid Tahap 1, projek ini adalah hasil kerjasama Brighton Education dan JPNT. SKBK sebagai tuan rumah berbesar hati menjadi tuan rumah dengan jemputan lebih 30 murid dari sekolah-sekolah yang mengikuti program Native Speaker atau Penurur Jati.
Seramai 40 orang pelajar IPG Sultan Mizan juga terlibat dalam program ini di mana mereka mengelola aktiviti permainan berasaskan bahasa Inggeris.
Bagi memeriahkan lagi acara, sebanyak 12 permainan Bahasa Inggeris disediakan meliputi 12 stesen yang dikendalikan oleh Guru IPGSM dan diselia oleh Guru Bahasa Inggeris TELL. Program ini berlangsung dengan penuh meriah dan santai sehingga murid-murid SKBK sangat tertarik dan berebut-rebut untuk mengambil bahagian.
![]() |
| Pihak Pentadbiran Sekolah bergambar dengan pihak TELL bersama wakil JPNT |
![]() |
| Antara permainan Bahasa yang menarik perhatian murid. |
![]() |
| Gerai Jualan inisiatif guru Unit Uniform bagi menambah dana unit masing-masing. |
![]() |
| Gelagat para guru dan tetamu di Fun Fair Day 2014 |
Tidak ketinggalan juga persembahan Action Song dari murid SKBK serta nyayian solo oleh Adik Nurul Adlina, Hasanah dan Wan Batrisyia yang mengagumkan pihak TELL.
Tahniah dan syabas kepada SKBK sebagai Hos Fun Fair Day 2014 dan jutaan penghargaan kepada Brighton Education serta JPNT dalam mengelolakan program yang menarik ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















