Sunday, 4 October 2015

Adik Ali bin Zulkifli Juara Nyanyian sempena BSN SCHOOL CARNIVAL 2015

SK Kg. Baharu, Kuala Besut, 8 Ogos 2015 - SKBK sekali lagi melakar nama apabila adik Ali bin Zulkifli tahun 3 Jaya muncul sebagai Juara Nyanyian Karaoke peringkat Daerah. Beliau menerima hamper serta sijil SSPN BSN bernilai RM 1000. Adik Ali merupakan anak kepada Puan Nurlizah bt Surep, Guru Pemulihan Khas SKBK.

Bergambar bersama ahli keluarga

Tahniah diatas kejayaan adik Ali dan semoga menjadi inspirasi kepada anakanak SKBK yang lain.

Sunday, 16 August 2015

MAJLIS PERPISAHAN PUAN FANORA MAT, CIK NORHIDAYAH EIO DAN GURU GANTI CIK NOOR AMIRA GHAZALI

SK Bukit Kenak, 5 Ogos 2015- Satu majlis Perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran Puan Fanora Mat, Cik Norhidayah EIO serta tamat perkhidmatan guru ganti Cik Noor Amira bt. Ghazali yang berlangsung di bilik Kemahiran Hidup.

 Majlis dimulakan dengan ucapan dari yang diraikan serta diikuti oleh ucaoan yang berbahagia en. Wan Mohd. zain bin Wan Bakar Guru Besar SKBK. Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahti kepada yang diraikan dari pelbagai pihak. Dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua guru dan kakitangan SKBK.

Monday, 27 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SKBK 2015

SK Bukit Kenak, 25 Julai 2015 - SKBK meneruskan tradisi sambutan Hari Raya malah lebih meriah lagi dengan kerjasama PIBG dan semua warga SKBK. Berpakaian berwarna-warni dengan pelbagai hidangan disediakan.

RASIONAL
Menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari  sudut akliah dan rohaniah sekaligus menjadi benteng mencegah kerosakan hubungan sesama umat Islam.

OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Hari Raya  Aidilfitri ini diharapkan dapat:
-  Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam.                        
-  Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
-  Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat persaudaraan.
-  Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua 
   peringkat.
-  Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya di semua 
   peringkat.
- Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menyambut Hari 
   Raya AidilFitri di sekolah.


Penyampaian Duit Raya 

Anak-anak SKBK menjamu selera dengan gembiranya

Guru-guru serta staf menjadi tulang belakang menjayakan majlis Hari Raya.

Ceria dan Meriah sekali

Menjamu selera dengan pelbagai hidangan

Persembahan nyanyian oleh anak--anak SKBK dan serta guru

Riang Ria Hari Raya SKBK 2015
Alhamdulillah.. semua yang dirancang berjalan lancar. Jutaan penghargaan kepada semua warga SKBK kerana menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015. Minal aidil wal faaizin..

Sunday, 26 July 2015

MAJLIS MENGHANTAR PN. FANORA MAT KE SK PELAGAT SEBAGAI GPK HEM SK PELAGAT

SK Bukit Kenak ,13 Julai 2015 - Setelah berkhidmat di SKBK sejak Januari 2012 sehingga Jun 2015, Puan Fanora Mat telah dinaikkan pangkat ke jawatan GPK HEM SK Pelagat. Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam yang juga merupakan Guru Pengurusan Media dan Perpustakaan. Beliau banyak menyumbangkan kemahiran dan kepakaran beliau dalam bidang aerobik dan kecerdasan di SKBK.

Majlis Ucapan Perpisahan di Dewan Al-Khawarizmi
Sesi Bergambar dan bersalaman dengan semua Guru dan Murid SKBK sebelum diiring ke SK Pelagat
Majlis Menyambut Puan Fanora Mat di SK Pelagat
Jawatankuasa sambutan bersama wakil pentadbir dan beberapa orang wakil guru telah mengiringi beliau ke SK Pelagat. Alhamdulillah semua  yang diatur berjalan lancar dan semoga Puan Fanora bt. Mat akan terus sukses sebagai sebahagian warga Pentadbir SK Pelagat.

Thursday, 25 June 2015

MAJLIS SAMBUTAN DI AMBANG RAMADHAN TAHUN 1436H /2015

SK Bukit Kenak, 17 Jun 2015 - Alhamdulillah, Panitia Agama Islam dengan jayanya menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Ramadhan dengan tema : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dijalankan.




Kuiz Ambang Ramadhan
Persembahan Kalam Jamei oleh Kumpulan Al-Wardah
Ceramah Ambang Ramadhan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Mohd. Shahril,, Guru Pelawat Pejabat Agama Islam Daerah Besut

 Alhamdulillah, semoga usaha-usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan rahmat Illahi.

Karnival Kalam Jama'ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015

SK Pusat Jerteh, 16 Jun 2015 - Telah berlangsung Karnival Kalam Jama''ei dan Dikir Barat Peringkat Daerah Besut 2015. SKBK diwakili oleh Kumpulan Al-Wardah denga persembahan Kalam Jamaei yang bertajuk " Al-Aqlus Salim fil Jismis Salim".

Persembahan oleh pasukan-pasukan Dikir Barat 
Tahniah Kumpulan Al-Wardah SKBK mendapat tempat ke-3 Kalam Jamei.

Friday, 19 June 2015

PERKHEMAHAN TAHUNAN DAN KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015



Pusat Perhilitan Bukit Marak, 19-20 Mei 2015 - Perkhemahan yang disertai oleh seramai 84 murid dari tahun 6 ini berjalan selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti diatur bagi memenuhi keperluan para peserta.


Hari Pertama :
Mendirikan Khemah

Majlis Perasmian

Guru serta wakil PIBG bertugas menyediakan makanan dan minuman para peserta

Solat Zuhur berjemaah.

Aktiviti Riadhah yang dikendalikan oleh puan Wan Norezamani serta En. Zainuddin

Bengkel Motivasi
Hari Kedua :

Senamrobik

Ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR

Makan Malam dan barbeque murid bersama guru serta PIBG

Santai malam bersama En. Kamarul Hisham dan En. Mohd. Shahril
Hari Ketiga :
Menyelami jiwa anak SKBK bersama kaunselor SKBK En. Yusoff Mamat

Majlis Perasmian Penutup serta Penyampaian Penghargaan kepada Pusat Konservasi Biodiversiti Bukit Marak.