SEJARAH






SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


            Selepas dua tahun Persekutuan Tanah Melayu wujud,maka timbullah kesedaran bagi mendirikan sebuah sekolah telap meluap-luap di kalangan penduduk-peduduk di kawasan ini,kampung-kampung terdiri daripada Kampung Gong Kubor, Kampung Gerai,Kampung Bukit Kenak,Kampung Pulau Berangan,Kampung Gong Nangka,dan sebahagian Kampung Pak Wong.

            Maka Encik Jusoh Bin Awang serta lapan orang rakan-rakannya terdiri daripada Encik Ag.Mat Bin Mat Ali,Encik Daud Bin Jusoh,Encik Abas Bin Senik,Encik Ag.Ngah Bin Mamat,Encik Husain Bin Md Amin,Encik Merah Bin Musa,Encik Ahmad Bin Said,dan Encik Jusoh Bin Mat Saman.Akhirnya dengan sebulat muafakat sebuah bangunan dapat didirikan, iaitu derma wang ringgit dari penduduk-penduduk kawasan di kawasan ini bertempat di Kampung Gong Kubor di atas tanah Encik Awang Mat Bin Mat Ali,kira-kira ¾ batu jarak ke pedalaman daripada kawasan sekolah.Bangunan tersebut berukuran 40kaki x 20kaki persegi yang bernilai lebih kurang rm 500.00.Bangunan ini siap pada tahun 1950.Bangku-bangku dipasang mati kepada tapak konkrik.Pada tahun ini juga Tuan Ketua Pegawai Pelajaran Terengganu telah hadir membuka dengan rasminya dan diadakan perayaan secara besar-besaran.Selepas sekolah ini dirasmikan,guru rakyat yang pertama iaitu Encik Husain Bin Abdullah.Beliau bertugas seorang sahaja ketika itu.Pada ketika itu murid seramai 52 orang dan sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Bukit Kenak,Jerteh,Terengganu.

            Pada tahun 1953,satu bencana alam telah berlaku,bangunan sekolah ini menyembah bumi dipukul rebut yang kuat.Pada tahun ini juga,Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengisytiharkan di dalam Warta Kerajaan untuk mengambil alih membina sekolah baru.Pembinaan diselenggarakan.Pada 13 April 1954,Tuan nazir Sekolah-sekolah Melayu Terengganu melakukan pembukaan merasmikan sekolah baru dengan dihadiri oleh waris kanak-kanak merayakan secara besar-besaran berupaya Temasya Sukaria pada malamnya.Encik Jusoh Bin Awang Mat pernah meminjamkan rumah kediamannya bagi proses pembelajaran sementara selepas sekolah ditimpa bencana alam tersebut.

            Selepas perubahan tapak,waris kanak-kanak telah tiga kali bermuafakat mendirikan bangunan.Pada tahun 1955,Jabatan Pelajaran memberi bantuan perbelanjaan untuk membina bangunan tambahan seluas 40kaki x 20 kaki dan pada tahun 1957,satu bangunan didirikan sebuah lagi yang bernilai rm300.00.Pada tahun 1960,bangunan ini dipelupori oleh Encik Omar Bin Ahmad,jawatan sebagai pengerusi sekolah pada ketika itu.

Pengasas sekolah :
i-                  Pengasas sulongnya ialah Encik Jusoh bin Awang Mat,beliau pernah meminjamkan rumah kediamannya bagi tempat belajar sementara semasa proses perpindahan tapak sekolah selepas ditimpa bencana alam (ribut)
ii-                Encik Omar bin Ahmad ,Pengerusi Jumaah Pengurus mempelupori tiga buah bangunan gotong royong rakyat di tapak sekolah baharu.
    



Bangunan lama dan baru


            Asalnya sekolah ini ,sekolah rakyat dengan sebuah bangunan kecil.Bangunan-bangunan adalah dengan kerja gotong royong dari sejak  1950 hingga 1960, tetapi kerajaan telah mula masuk campur dengan memberi separuh bantuan.Pada tahun 1957,pihak kerajaan telah memberi bantuan sebanyak rm569.50.Berikutnya pula sejumlah rm522.95 bantuan lagi telah diberikan.Pada tahun 1963 sekolah ini mempunyai dua bangunan separuh bantuan kerajaan,K.P. (Trg) 295 besarnya 60 kaki x 23 kaki,dan K.P. (Trg) 296 besarnya 60 kaki x 22 kaki.

            Semasa ini masih ada lagi sebuah bangunan orang-orang kampung dan akhirnya menyembah bumi dipikul ribut.Bangunan baharu yang dibina oleh Jabatan Pelajaran. Pada Tahun 1964 dapat digunakan bangunan yang besarnya 90 kaki x 23 kaki yang memakai bilangan PWD No : 416. Pada tahun 1967 sebuah bangunan tambahan dapat digunakan yang besarnya 62kaki x 24 kaki.Bilangan PWD.No :430.



            Kesudahannya,sekolah ini pada tahun 1971 terletak di atas tanah Lot No 1990 Mukim Bukit Kenak yang keluasannya 5.825 ekar – Plan sheet 6A (Reserved sekolah 1966).Sekarang bangunannya berjumlah empat buah sebagaimana di atas.Kekurangan-kekurangan pada waktu ini ialah tiada bangunan kedai (kantin) sekolah,tiada bangunan pejabat dan belum mencukupi empat buah bilik darjah bagi menampung untuk 12 aliran darjah sekali belajar ( pagi sahaja).


            Kemudahan lain-lain sekolah ini ialah sekolah ini telah disusun bagi membolehkan semua murid belajar pada waktu pagi sahaja dengan 10 aliran darjah.Sungguhpun sekatan-sekatan bilik dan siling masih berkurangan akan tetapi penyampaian pelajaran pagi telah didapati berkesan kemajuannya daripada masa yang pernah diadakan sebelah petang dengan sebab keadaan jalan-jalan serta keadaan sekeliling yang boleh menghalang pengajaran-pengajaran secara pentadbiran petang itu.Padang permainan boleh dikatakan luas dan mencukupi ukurannya,cuma keadaan tanah tidak diratakan dengan baik.Walau bagaimanapun, pada tahun 1971 Pasukan Bola Jaring sekolah ini telah mendapat kejayaan cemerlang dan menyandang Johan Daerah Besut dan seterusnya mewakili daerah Besut ke peringkat Negeri dan telah menyandang Johan Negeri.Ini mengharumkan nama Daerah Besut seluruhnya.Tidak lupa juga kepada Pasukan Bola Sepak telah menyandang Johan Bersama Daerah Besut ketika itu.Pada 12hb Julai 1971 telah diadakan satu perjumpaan ibu bapa secara besar-besaran dan seterusnya Temasha Sukan Tahunan serta Pasaria pada malamnya.Kemajuan-kemajuan  sekolah ini terdiri daripada akademik dan sosial.


Pada tahun 2007,Allahyarham Haji Isa bin Muhammad telah memohon bangunan tambahan kerana sekolah ini kekurangan bangunan untuk pembelajaran.Permohonan ini telah diluluskan dan bermula pada tahun Januari 2008, pembinaan bangunan tambahan 3 blok 3 tingkat telah dibangunkan.Syarikat pertama yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri ialah Sama Pelangi Sdn.Bhd.Kerja menceroboh bangunan lama dan menyiapkan tapak bermula pada tahun 2009 sehingga 11 Mei 2012.Tempoh perkhidmatan syarikat kontraktor ditamatkan kerana lewat dan gagal menyiapkan bangunan ini kerana lebih tempoh yang diberikan.

      Ditenderkan semula pada Ogos 2012 dan dikendalikan semula oleh Syarikat M.Sani Contraction.Bangunan yang dibangunkan adalah Blok A,Blok B, dan Blok C.Saiz blok A,B,C adalah 250kaki x 250kaki dan panjang blok tersebut 27kaki (12 + 12 + 3 ).Blok A ialah bangunan pentadbiran.Aras 2 terdiri daripada bilik Guru Besar,pejabat,bilik mesyuarat.Aras 1 terdiri daripada bilik guru,bilik mesyuarat kecil dan aras bawah dewan terbuka untuk perhimpunan atau majlis rasmi.Manakala blok B aras 3 terdiri daripada pusat sumber dan bilik akses.Aras 2 terdiri bilik j-Qaf 1 ,bilik j-Qaf 2 dan bilik buku teks.Manakala aras 1 terdiri daripada bilik seni,bilik ko-kurikulum,dan bilik sukan.Blok C terdiri daripada bilik darjah aras 3.Bilik darjah itu diduduki oleh murid tahun 6 Jaya,6 Maju dan 6 Usaha.Manakala 2 kelas lagi diduduki oleh murid tahun 5 Jaya,5 Maju.Aras 2 bilik darjah diduduki oleh murid tahun 5 Usaha,4 Usaha,4 Maju,4 Jaya dan bilik j-Qaf.Aras 1 terdiri daripada bilik kemahiran hidup, makmal sains dan bilik darjah pendidikan khas integrasi.


Walau bagaimana pun,bangunan pentadbiran yang dulu dibaiki pulih dan menjadi bilik darjah.Tingkat atas diduduki oleh murid tahun 4 Usaha,bilik pemulihan,2 Jaya dan 2 Maju,manakala tingkat bawah diduduki oleh murid 2 Usaha,1 Jaya, 1 Maju dan 1 Usaha.Bangunan lama masih digunakan.Bangunan lama diduduki oleh murid tahun 3 Jaya, 3 Maju dan 3 Usaha.Walau bagaimana pun,pihak sekolah telah menduduki bangunan bermula pada 01 Januari 2014 di bangunan pentadbiran aras 3 kerana kekurangan bilik darjah.Bangunan ini diserahkan pada 26 Mac 2014.


Akhir kata keseluruhan perbelanjaan untuk menyiapkan bangunan tambahan sekolah ini berjumlah RM8.4 juta.Jumlah guru 56 orang,8 orang kakitangan sokongan,6 orang pekerja swasta dan 4 orang pegawal keselamatan di sekolah ini.Murid seramai 560 orang dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuk pra sekolah dan pendidikan khas integrasi.




Tahun
Nama Guru Besar
Kelulusan
1950-1953
Husain Bin Abdullah
G.Rakyat
1953-1954
Ab Majid Bin Ahmad
Tuos
1954-1956
Awang Bin Long
Tuos
1956-1957
Harun Bin Taib
Tuos
1957-1958
Wan Husin Bin Abbas
Sitc
1958-1959
Sulung Bin Ngah
Sitc
1959-1965
Md Ali Bin Yaakob
Sitc
1965-1969
Mohamad Bin Yusof
Sitc
1969-1972
Mohamad Bin Abd Rahman
Sitc
1972-1983
Ali Bin Yusof
Sitc
1983-1988
Ismail Bin Ibrahim
Sitc
1988-1989
Hj Muhammad Bin Abd Rahman
Sitc
1989-1995
Awang Bin Latif
Dtc
1995-1996
Hj Abd Rahman Bin Sardar
Dtc
1996-2000
Hj Ismail @ Ibrahim Bin Ali
Dtc
2000-2003
Mohd Zaik Bin Husin
Dap/Mate
2003-2011
Hj Isa Bin Mohamad
Dap
2011-sekarang
Wan Mohd Zain Bin Wan Bakar
B.A Hons ICT

No comments:

Post a Comment