Wednesday 4 May 2011

Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan pada 27 Februari 2011. Majlis ini telah dilancarkan dihadapan lebih 500 orang pelajar SK Bukit Kenak. Penyelaras program iaitu Pn Suhaila bt Abd Ghani merangkap Guru Media telah memberi penerangan mengenai program tersebut. Program NILAM pada kali ini telah dirasmikan oleh Guru Besar En Wan Mohd Zain b Wan Bakar. Majlis telah diserikan lagi dengan upacara memotong kek sebaga tanda perasmian program NILAM. Majlis ini diakhiri dengan acara nyanyian lagu NILAM oleh semua pelajar. AJK Nilam 2011 mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan mengharapkan program ini dapat berjalan dengan jayanya.




Aktiviti PSS seterusnya adalah Lawatan ke Pesta Buku Kuala Terengganu. Lawatan ini telah diadakan pada 10 April 2011. Disertai oleh para pelajar tahun 5 dan 6. Pelajar juga turut dibawa melawat Taman Tamadun Islam.








No comments:

Post a Comment