Tuesday 14 February 2012

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6

Pada hari Khamis bersamaan 9 Februari 2012 telah berlangsungnya satu Majlis Temu Murni Ibu Bapa   bersama guru tahun 6 bertempat di Kantin SKBK. Majlis ini dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Faiz b. Awang mewakili Tn. Guru Besar, guru-guru tahun 6 dan para ibubapa pelajar tahun 6. Alhamdulillah majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa pelajar.



En. Aminudddin Mempegerusikan Majlis .Majlis turut disertai GPK1  Tn. Hj. Mohd. Faiz b. Awang, GPK HEM Tn. Hj. Abd. Yazid @Aziz b. Mohd. Zain dan Penyelarah UPSR, Tn. Hj. Khairul zamani b. Abd. Razak.


Pada majlis tersebut Tn. Hj. Mohd Faiz memanjangkan kesyukuran kerana pada Tahun 2011 seramai 20 orang pelajar SKBK mencapai keputusan cemerlang 5A manakala 8 orang pelajar mendapat 4A 1B.  Keputusan ini adalah satu keputusan yang amat membanggakan pihak sekolah dan guru-guru kerana telah menunjukkan peningkatan seperti yang dirancangkan. Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus tanpa rasa jemu demi meningkatkan prestasi pelajar.

                                
                     Calon-calon UPSR 2012 sedang mendengar amanat dari GPK 1

Pada majlis itu juga Tn. Hj. Mohd Faiz meminta masyarakat, khususnya ibu bapa sama-sama berganding bahu dan bersama-sama guru meningkatkan prestasi pelajar untuk tahun 2012 di mana pihak sekolah memyasarkan seramai 30 orang pelajar akan mendapat 5A dalam UPSR.

Di dalam majlis itu juga Tn. Hj. Mohd. Faiz mengariskan beberapa Perancangan Program UPSR 2012 seperti berikut :-

1. Solat Hajat  (Guru dan Murid)  - Februari
2. Kelas Tamabahan Petang (Bermula Feb hingga Ogos)
3. Program Motivasi dan Muhasabah Diri ( Bermula dari Januari hingga Ogos)
4.Ceramah Motivasi Bersama Ibubapa ( Mac)
5.Bengkel Bimbingan Menjawab Soalan ( April dan Jun)
6. Kem Elit UPSR (Mei dan Julai)
7. Klinik UPSR Bagi Pelajar Lemah (Ogos)
8. Tuisyen Hujung Minggu (April hingga Ogos)
9. Kelas Malam (April hingga Ogos)
10. Program Ransangan Pelajar (Feb, Mac, Jun, Julai dan Ogos)
11. Latihan Tambah Nilai / Latih Tubi (September)
12. Lawatan /Rehlah (Ogos)



Kehadiran Ibubapa yang amat menggalakkan sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah...



Ibubapa berpeluang bertemu dengan guru mata pelajaran  anak masing-masing untuk bertanyakan prestasi anak-anak mereka

No comments:

Post a Comment