Tuesday 7 February 2012

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SK Bukit Kenak Sesi 2012

Badan Pengawas Sesi 2012
Alhamdulillah 2011 yang telah menutup tirai kini dibuka dgn post pertama bagi tahun ini iaitu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SK Bukit Kenak sesi 2012. Hasil garapan usaha yang telah dipacu oleh tenaga kerja Badan Pengawas dan restu pihak pentadbiran sekolah, maka seramai 49 orang pengawas sekolah telah dilantik sebagai duta yang akan membawa wadah pendidikan kepada rakan sebaya mereka di bilik darjah. Seramai 24 murid lelaki dan 25 murid perempuan dari tahun 3 hingga 6 kini diberi mandat untuk menjadi pengawas. Dengan seragam baru yang dipertingkatkan aspeknya serta motto " DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN KAMI" pengawas baru ini akan tergalas tanggungjawab mereka memimpin rakan murid di bilik darjah nanti
Persiapan / menanti ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM)

Dan bagi  memberi suntikan semangat kepada para Pengawas, pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) bagi menyempurnakan majlis tersebut serta memberi motivasi untuk menjalankan amanah ini.
Ketibaaan Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Ramli

Lafaz Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Adik Muhammad Hasrul Naim Hassan Tahun 6 Jaya
Penyampaian Watikah Perlantikan



Terserlah kegembiraan dan perasaan bangga di wajah murid-murid ini kerana telah dipilih menjadi Pengawas sekolah. Lafaz Ikrar mereka disaksikan oleh para guru yang akan membentuk mereka menjadi insan yang lebih baik, berdisiplin serta cemerlang Sahsiah dan Akademik.

Sesi Bergambar

Guru Badan Pengawas Sesi 2012:


Pn. Mastura bt. Bahar - Pengerusi
Pn. Rosmaria bt. Arifin - Setiausaha
En. Zainuddin bin Muhammad
Hj. Khairul Zamani bin Abdul Razak
YM Ku Hashim bin Ku Kechik
Pn. Noraini bt. Shafi'e
Pn. Norlizah bt. Surep
Pn. Zarinawati Shaari
Cik Yusni bt. Ab. Llah
Jamuan makan VIP/ Guru/ Pengawas
Sedikit jamuan disediakan bagi meraikan tetamu dan juga para pengawas serta guru-guru Badan Disiplin 2012. Menu yang disediakan ialah Nasi Minyak dan juga pencuci mulut oleh pihak kantin SKBK.
          Jutaan penghargaan kepada Tuan Guru Besar yang memberikan sokongan serta kepercayaan kepada guru Badan Disiplin, juga kepada Ustaz Hj. Mohd. Faiz bin Awang , Penolong Kanan 1 yang sudi menghadirkan diri sebagai tanda sokongan dan orang yang paling penting bagi menggerakkan jentera Badan Pengawas SKBK 2012 iaitu Tn. Hj. Mohd. Yazid bin Muhd. Zain, Penolong Kanan HEM yang menjadi induk kepada kemantapan badan ini.

No comments:

Post a Comment